omniture

Darwinbox melantik Mantan Ketua Alight APAC untuk merangsang pertumbuhan & mempercepat pengembangan global

Darwinbox
2021-10-28 16:10 18

SINGAPORE, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Shaswat Kumar menyertai barisan kepemimpinan eksekutif Darwinbox, satu-satunya pemain Asia dan yang paling muda yang ditampilkan pada Magic Quadrant Gartner untuk Rangkaian HCM Awan 2021. Mantan Ketua Alight APAC tersebut menyertai syarikat sebagai Naib Presiden Kanan, Penyampaian dan Kejayaan Pelanggan Global.

Shaswat Kumar, Senior VP of Global Customer Success and Delivery, Darwinbox
Shaswat Kumar, Senior VP of Global Customer Success and Delivery, Darwinbox

Sebagai sebuah syarikat yang bukan sahaja menyaksikan malah turut menerajui pemecutan Awan dalam sektor Sumber Manusia (HR), pertumbuhan tunggalnya bermaksud Realisasi Nilai untuk para pelanggan. Penyertaan Shaswat ke dalam pasukan kepemimpinan syarikat adalah langkah yang besar ke arah pertumbuhan Darwinbox yang pantas dengan nilai maksimum yang diberikan kepada lebih 600 pelanggan dan 1.3 juta pengguna di seluruh dunia untuk menjadi menerajui HCM global.

Shaswat mempunyai pengalaman di pelbagai lokasi geografi dan budaya selama 2 dekad dalam membantu perniagaan melalui perjalanan transformasi HR mereka. Beliau sebelum ini menyertai Hewitt dalam amalan Keberkesanan HR manakala peranan terakhirnya di Aon adalah untuk mendorong transformasi HR bagi sebahagian besar pelanggan yang mengutamakan hasil di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika. Di Alight Solutions, beliau membantu membina perniagaan di rantau ini yang menggabungkan visi masa depan, pengetahuan domain dan teknologi yang mendalam bagi menjana hasil untuk para pelanggan.

"Syarikat menyedari bahawa isu-isu Organisasi, Pekerja dan Tingkah Laku adalah penentu perubahan yang menyeluruh; ini membuka peluang kepada fungsi HR dan mempercepat program Transformasi HR. Sebahagian besar transformasi ini akan direalisasikan dan didayakan oleh alat digital yang betul. Darwinbox dengan teknologi, kadar inovasi dan pendekatan berpusatkan pelanggannya berupaya untuk memanfaatkan kelebihan ini dan menjadi Peneraju Teknologi HR global dengan warisan Asia," kata Shaswat berkenaan misi Darwinbox. Beliau menambah lagi, "Dengan setiap interaksi saya dengan warga Darwinbox, saya sangat teruja menyaksikan peluang dan pemikiran yang konsisten untuk melakukan yang betul seperti yang ditunjukkan oleh pelanggan."

"Di bawah kepemimpinan Shaswat, kami sangat percaya bahawa kami dapat membina sebuah organisasi yang mempunyai pertumbuhan tinggi yang mampu berkembang di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan pengalamannya untuk memacu dan menunjukkan realisasi nilai kepada pelanggan perusahaan melalui transformasi HR, beliau akan memainkan peranan penting dalam membina reputasi kami sebagai penasihat yang dipercayai untuk para pelanggan kami," kata Rohit Chennamaneni, Pengasas Bersama Darwinbox.

Disokong oleh Salesforce Ventures, Sequoia India, Lightspeed India Partners, Endiya dan lain-lain, Darwinbox baru-baru ini menduduki tempat #1 dalam HCM awan Gartner Peer Insights dengan penilaian keseluruhan sebanyak 4.8 mata. Hari ini ia memberikan perkhidmatan kepada lebih 1.3 juta orang pekerja di lebih 90 buah negara termasuk syarikat konglomerat terbesar di Asia dan syarikat teknologi yang berkembang pesat seperti Adani, Mahindra, Kotak, TVS, Arvind, JSW, JG Summit Group, Tokopedia, SBS Transit, SPI Global dan Indorama.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1671376/Shaswat_Kumar_Senior_VP_Darwinbox.jpg?p=medium600

Source: Darwinbox
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Personnel announcements