omniture

Xinhua Silk Road: Ekspo IoT Dunia 2021 bermula pada hari Sabtu di Wuxi

Xinhua Silk Road
2021-10-28 22:32 219

BEIJING, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Acara Internet Pelbagai Benda (IoT) yang terkemuka di China, Ekspo IoT Dunia (World IoT Expo) 2021 telahpun diadakan pada hari Sabtu di Wuxi, wilayah Jiangsu, timur China.

Foto menunjukkan Suasana Sidang Kemuncak Ekspo Internet Pelbagai Benda Dunia 2021
Foto menunjukkan Suasana Sidang Kemuncak Ekspo Internet Pelbagai Benda Dunia 2021

Menampilkan aplikasi dan teknologi IoT yang terkini, acara tahun ini merangkumi sidang kemuncak utama yang diadakan di bandar Wuxi, pameran mengenai aplikasi dan produk IoT, majlis penganugerahan, beberapa sub-forum dan juga aktiviti yang berkaitan.

Golongan elit daripada industri IoT global berhimpun di Wuxi untuk membincangkan mengenai teknologi termaju, bidang aplikasi dan trend masa depan industri ini serta membantu Wuxi meningkatkan dan mengoptimumkan ekologi industri ini agar dapat menggalakkan sinergi industri IoT di China, malah inovasi dan pembangunan dunia.

Sebagai jenis infrastruktur maklumat yang baharu, IoT telah menjadi enjin yang penting untuk memajukan transformasi digital, penaiktarafan pintar dan penyepaduan industri pembuatan.

Wang Zhijun, naib menteri bagi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, berkata dalam ucapan beliau bahawa China akan mengukuhkan lagi pemacu inovasi, meluaskan kerjasama dan memperkasa ekonomi sebenar dengan lebih baik selain meningkatkan perkhidmatan sara hidup rakyat.

Digelar sebagai bandar IoT, kini Wuxi memiliki lebih daripada 3,000 syarikat berkaitan IoT dengan nilai output melebihi 300 bilion yuan dan menerajui pembentukan lebih separuh piawaian antarabangsa IoT.

Bandar ini telah melaksanakan 23 projek demonstrasi aplikasi nasional utama dengan liputan projek-projek IoT yang merangkumi lebih daripada 830 bandar di 78 negara serta wilayah di serata dunia.

Semasa berlangsungnya ekspo ini, sebanyak 20 projek telah ditandatangani secara tertumpu, meliputi bidang-bidang seperti kecerdasan buatan dan IoT yang akan meningkatkan lagi transformasi industri dengan berkesan selain penaiktarafan Wuxi dan pembangunan industri-industri baru muncul yang strategik.

Di samping itu, disusun oleh China Economic Information Service, Laporan Tahunan Pembangunan Industri Internet Pelbagai Benda China 2020-2021 telah dilancarkan semasa berlangsungnya sidang kemuncak ini. Menurut laporan ini, industri IoT China akan menghidupkan enjin baharu untuk pembangunan digital dan membuka era baharu inovasi pintar menerusi usaha bersama antara strategi nasional, dasar perindustrian dan juga golongan profesional industri.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324455.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mining/Metals Publishing/Information Service Telecommunications Survey, Polls & Research Trade show news