omniture

MVC-COV1901 Medigen Terpilih untuk Vaksin Percubaan Solidariti COVID-19 WHO

Medigen Vaccine Biologics Corporation
2021-10-28 23:20 204

TAIPEI, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Calon vaksin Medigen Vaccine Biologics Corp (MVC), MVC-COV1901, telah disyorkan oleh kumpulan penasihat pengutamaan vaksin bebas untuk dimasukkan dalam Vaksin Percubaan Solidariti (STv) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Susulan semakan sekitar 20 calon vaksin oleh kumpulan penasihat luar, vaksin MVC telah dipilih sebagai salah satu daripada dua vaksin yang terlibat dalam percubaan global.

Pengumuman oleh WHO, dibuat selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Semakan Etika WHO dan pihak berkuasa kawal selia yang relevan serta jawatankuasa etika Colombia, Mali dan Filipina memberi kelulusan agar kajian ini dapat diteruskan. Setiap tapak klinikal dan penyelidik utama negara masing-masing serta pasukan penyelidikan telah mula mengambil sukarelawan untuk menyertai pusingan percubaan ini.

Ini merupakan platform percubaan klinikal antarabangsa yang rawak yang direka bentuk untuk menilai dengan pantas keberkesanan dan keselamatan vaksin calon baharu yang membawa harapan yang menyumbang kepada pewujudan portfolio vaksin yang lebih besar yang diperlukan untuk melindungi orang ramai daripada COVID-19 di seluruh dunia.

MVC mula membangunkan vaksinnya sendiri pada Februari 2020 dengan harapan untuk membawakan penyelesaian yang dapat membantu sebahagiannya untuk menamatkan pandemik yang dahsyat ini. MVC-COV1901 ialah vaksin subunit dengan antigen S-2P rekombinan diadjuvankan dengan CpG 1018 yang dibekalkan oleh Dynavax serta aluminium hidroksida.

"Kami amat bersyukur kerana kami telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada Vaksin Percubaan Solidariti Antarabangsa WHO terhadap COVID-19. Kami telah berusaha untuk merancang vaksin yang mempunyai kesan sampingan yang ringan dan melindungi orang awam dengan aktif daripada kesan buruk virus. Melihatkan keputusan yang mempunyai harapan setakat ini, kami berharap agar percubaan antarabangsa yang dijalankan oleh WHO dan negara-negara yang mengambil bahagian akan membantu membendung peningkatan kes," kata Charles Chen, Naib Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, Medigen Vaccine Biologics Corp.

Dengan perjuangan memerangi pandemik ini yang masih lagi menyimpang daripada haluannya, keperluan terhadap vaksin yang berkesan masih mendapat permintaan yang tinggi dan MVC percaya bahawa ia mempunyai kapasiti, infrastruktur dan kepakaran untuk menyumbang ke arah mencapai perlindungan global.

Latar Belakang MVC-COV1901 

MVC-COV1901 ialah vaksin subunit dengan antigen S-2P rekombinan diadjuvankan dengan CpG 1018 yang dibekalkan oleh Dynavax serta aluminium hidroksida. Antigen S-2P ialah protein pepaku rekombinan trimerik dan stabil-perfusi yang dibangunkan oleh U.S. NIH. MVC memperoleh lesen teknologi global untuk S-2P daripada U.S. Vaccine Research Center di National Institutes of Health (NIH). Memanfaatkan platform S-2P, MVC menjalankan penyaringan berskala besar terhadap pelbagai adjuvan dan memuktamadkan komposisi vaksin MVC-COV1901 untuk mengoptimumkan keselamatan dan ciri-ciri keimunogenan yang diingini. MVC menubuhkan platform pengeluaran MVC-COV1901 dan berdasarkan kepada data kajian praklinikal, klinikal Fasa 1 dan Fasa 2 MVC, MVC-COV1901 telah menunjukkan keselamatan yang mantap dan respons keimunogenan yang membawa harapan dan hasilnya membuat permohonan dan diberikan EUA di Taiwan dan terus mengejar pengiktirafan kawal selia global.

Latar Belakang Medigen Vaccine Biologics Corp. (MVC) 

MVC ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal yang menggunakan teknologi berasaskan sel untuk membangunkan vaksin dan bioserupa baharu. Dengan matlamat kemandirian nasional, MVC juga menyasarkan untuk menyediakan vaksin dan biofarmaseutikal bagi memenuhi keperluan serantau dan dengan keinginan untuk membantu memerangi ancaman penyakit berjangkit di seluruh dunia. Barisan produk MVC termasuk vaksin EV71 enterovirus, vaksin denggi, vaksin kuadrivalen influenza yang kesemuanya telah memasuki peringkat klinikal lewat. Kemudahan pengeluaran berskala besar MVC adalah canggih dan mematuhi syarat-syarat PIC/s GMP antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.medigenvac.com.

Pertanyaan Media WHO
mediainquiries@who.int

Hubungi Medigen:
Paul Torkehagen
Pengarah, Pembangunan Perniagaan Antarabangsa
paul@medigenvac.com

Perhubungan Pelabur:
ir@medigenvac.com

Pertanyaan Media Medigen:
Michelle Bridget, Continuum PR, di talian +6012 697 7356, atau emel michelle.bridget@continuumpr.com 

Source: Medigen Vaccine Biologics Corporation
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries