omniture

Glodon keluarkan penemuan penting dalam kertas putih bangunan digital

Glodon Company Limited
2021-10-29 07:43 52

BEIJING, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Glodon Company Limited (Glodon) hari ini mengeluarkan hasil penyelidikan penting daripada kertas putih bangunan digitalnya yang bakal diterbitkan akhir tahun ini.

Sebagai edisi padat Kertas Putih Platform Bangunan Digital, dokumen yang dikeluarkan meringkaskan konsep dan penemuan utama versi penuh, memperkenalkan platform bangunan digital sebagai sebuah Infrastruktur baharu bagi transformasi digital.

Teknologi digital telah mengubah cara manusia mereka, membina, dan mengendalikan tempat kita tinggal dan bekerja. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengubah dan meningkatkan sektor bangunan dalam format yang lebih sosio, holistik dan bersepadu.

Atas dasar ini, dokumen ini memperkenalkan infrastruktur digital, bangunan digital, dan platform bangunan digital sebagai cara untuk secara drastik mengubah pemikiran dan operasi sektor bangunan. Nilai infrastruktur digital ialah untuk mempromosi transformasi industri bangunan di mana bangunan digital membantu strategi perindustrian, menggunakan teknologi digital yang canggih, untuk menerajui transformasi perindustrian dan peningkatannya.

Platform bangunan digital mewujudkan kerjasama antara pihak berkepentingan, menghubungkan dan menyepadu data projek untuk menyokong pembuatan keputusan dan membangunkan perkhidmatan pintar yang didorong oleh data untuk mengoptimumkan, mensimulasi, mencegah, dan mengawal proses projek. Tambahan lagi, ketiga-tiga elemen ini menyumbang ke arah peningkatan sektor bangunan dengan mencipta pelbagai perkhidmatan baharu dalam reka bentuk, pembinaan dan operasi bangunan kami dan dengan itu memberi kesan kepada matlamat perindustrian untuk menjayakan setiap projek.

Pada peringkat yang lebih pragmatik, dokumen ini juga menjawab soalan-soalan utama seperti apakah transformasi digital bagi perusahaan, mengapa perusahaan perlukan transformasi digital, dan bagaimana perusahaan merealisasikan transformasi digital.

Memfokuskan kepada transformasi dan peningkatan industri pembinaan, Glodon telah menerbitkan kertas putih mengenai bangunan digital buat empat tahun berturut-turut. Versi penuh kertas putih terbaru ini akan boleh didapati dalam talian pada akhir tahun ini.

Sebagai penyediaan perkhidmatan platform bangunan digital, Glodon mempunyai pelbagai perkhidmatan di seluruh kitar hayat bangunan seperti perisian, penyelesaian, data besar, pengkomputeran awan, dan peranti perkakasan pintar. Dengan lebih 8,000 pekerja dan 80 cawangan dan anak syarikat di seluruh dunia, ia telah memberi perkhidmatan kepada pelanggan dari lebih daripada 100 negara.

 

Source: Glodon Company Limited
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Internet Technology Telecommunications Survey, Polls & Research Data Analytics