JAKARTA, Indonesia, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Si.Se.Sa., jenama fesyen Muslim terkemuka yang membawa slogan syar'i terkemuka Indonesia, kembali menyapa pelanggan setianya dan pencinta Si.Se.Sa. dengan pelancaran 55 rekaan fesyen premium terkini, sekaligus menandakan pembukaan besar-besaran butik Si.Se.Sa. di Jalan Prapanca Raya No. 114-115, Kebayoran Baru – Jakarta Selatan, pada hari Sabtu 23 Oktober 2021. Pembukaan semula butik Si.Se.Sa. dan pelancaran koleksi terbarunya juga membuktikan ketahanan perniagaan fesyen Muslim syar'i semasa pandemik, serta menyerlahkan kreativiti Si.Se.Sa yang tidak pernah berhenti berkembang.
Merry Pramono (center) with Siriz Tentani (right) at Press Conference Grand Opening Si.Se.Sa. Jakarta Boutique
"Tahun ini malah lebih istimewa kerana Si.Se.Sa. genap berusia 10 tahun dalam memenuhi keperluan pasaran fesyen Muslim syar'i pakaian sedia pakai yang mewah. Bagi kami, tiada henti atau putus asa dalam berkarya, walau dalam situasi pandemik dengan semua pembatasannya. Sebaliknya, keadaan ini kian mendorong Si.Se.Sa. untuk terus menyediakan pengalaman syar'i dengan gaya, keselesaan dan cara yang anggun," kata Merry Pramono, pereka fesyen kanan dan penasihat Si.Se.Sa.
Bahan premium dan jahitan berkualiti tinggi, Si.Se.Sa. sebagai satu-satunya jenama fesyen Muslim yang memegang lesen rakan kongsi penjenamaan bersama Swarovski, menyematkan semula tanda dagangnya dengan menggunakan Swarovski dalam keseluruhan koleksinya.
"Kami sentiasa menawarkan yang terbaik untuk semua pencinta Si.Se.Sa. di mana sahaja mereka berada. Selain penampilan butik yang baharu yang bersedia untuk memanjakan pelanggan, kami juga memastikan bahawa semua koleksi kami dijamin berkualiti dan kepremiumannya, bahkan semua kristal Swarovski untuk Si.Se.Sa. direka secara langsung oleh pasukan Swarovski di Austria. Kami juga menawarkan pengalaman membeli belah yang selesa melalui wajah baharu butik kami. Pembukaan besar-besaran hari ini juga merupakan penyembuh setelah dua tahun tanpa aktiviti pertunjukan fesyen, sekaligus sebagai perhimpunan Si.Se.Sa. dengan pelanggan setia yang telah lama menantikan koleksi terbaru ini," kata Siriz Tentani sebagai Ketua Perniagaan & Pembangunan Si.Se.Sa.
Pertunjukan fesyen untuk koleksi Si.Se.Sa. baharu ini disokong sepenuhnya oleh jenama kosmetik halal, Wardah. Sejak awal lagi, Si.Se.Sa. telah sentiasa bekerjasama dengan Wardah yang memiliki nafas perniagaan dan visi yang seiring dan sejalan. Keazaman untuk membanggakan industri kreatif di negara ini sekaligus untuk membuktikan bahawa industri halal ialah pasaran yang menjanjikan, menjadi persamaan pada kedua-dua jenama besar ini. Sokongan daripada Wardah menjadikan Si.Se.Sa. semakin menyerlah sebagai penggiat utama dalam perniagaan fesyen Muslim, yang kali ini dipertontonkan melalui penampilan menawan rekaan terkini yang juga dipersembahkan oleh beberapa selebriti, seperti Annisa Trihapsari, Irish Bella dan Dinda Hauw.
"Kami memahami bahawa dalam keadaan pandemik semasa ini, kreativiti, penerapan dan kerjasama adalah kunci untuk terus bertahan dan bahkan cemerlang dalam persaingan ini. Oleh kerana itu, di samping meneruskan kerjasama kami dengan rakan kongsi yang seiring dengan semangat Si.Se.Sa., pembukaan besar-besaran butik Si.Se.Sa. dan pelancaran koleksi baharu kali ini, kami juga mengadakannya secara maya. Ini membolehkan pencinta Si.Se.Sa. yang berada di luar kota Jakarta dan bahkan di luar Indonesia, masih dapat dikemas kini dan dapat menikmati detik istimewa hari ini. Sebanyak 55 penampilan dari 10 jujukan daripada koleksi terkini Si.Se.Sa dipertontonkan buat pertama kalinya," kata Sansa Enandera, Ketua Kreatif Si.Se.Sa.
Melalui rekaan baharu ini, Si.Se.Sa. membuktikan bahawa apa sahaja keperluan dan momentum, Si.Se.Sa. dapat diharapkan sebagai pakaian yang bukan sahaja anggun dan selesa dan paling penting menutupi bahagian tubuh yang wajib ditutup mengikut ketentuan. Jujukan terkini daripada Si.Se.Sa. yang dilancarkan pada pembukaan besar-besaran butik Si.Se.Sa. di Jakarta hari ini, terdiri daripada:
Home Dress
Koleksi Si.Se.Sa. direka dengan bebayang potongan longgar dan penampilan keperempuanan, dengan bahan sifon pastel untuk pemakaian harian. Terdapat dua pilihan cetakan yang cantik, iaitu tulip lukisan tangan dan monogram yang dapat dipilih oleh pencinta Si.Se.Sa., digabungkan dengan khimar bergo yang diperbuat daripada krep.
Si.Se.Sa. Sport
Penampilan yang lebih kasual dengan gaya yang sporty dan bahan yang menyerap peluh dengan sebaiknya, bakal diperolehi dalam koleksi ini. Jaket yang digabungkan dengan baju dan khimar yang diperbuat daripada bahan kemeja-T tampak menarik dengan pilihan warna gelap atau terang seperti warna mustard dan biru kelasi.
Si.Se.Sa. Man
Kali ini, Si.Se.Sa. turut melancarkan koleksi untuk kaum lelaki, dengan dua pilihan. Yang pertama ialah Kasual Lelaki Si.Se.Sa., yang datang dengan model kemeja polo digabungkan dengan warna istimewa Si.Se.Sa; dan Separa Kasual Lelaki Si.Se.Sa untuk pakaian lelaki yang diperbuat daripada linen.
Abaya & French Khimar
Koleksi ini memberi tumpuan kepada model khimar labuh dan abaya longgar, diperbuat daripada sifon dalam warna hitam dan pastel. Abaya & Khimar Perancis yang disesuaikan oleh Si.Se.Sa. direka sedemikian rupa agar boleh terus dipakai dengan model niqab yang sesuai untuk menyempurnakan aktiviti ibadah di tanah suci. Pencipta Si.Se.Sa. juga akan dimanjakan dengan sulaman buatan tangan bertemakan mozek yang sangat anggun.
Floral Beach
Bebayang keperempuanan menjadi pilihan penting daripada koleksi terbaru ini, dengan warna-warna cerah dan pastel dari bahan yang ringan. Pakaian gabung dan padan dengan aksesori untuk percutian pantai atau memakainya di luar, pencinta Si.Se.Sa masih boleh mengenakan jujukan beach floral dengan selesa.
Nautical
Motif cetakan bertemakan nautika dengan warna-warna berani ialah ciri koleksi ini. Kreativiti Si.Se.Sa. dalam "menyulap" model pakaian kelasi untuk menjadi busana syar'i akan memberikan pengalaman yang unik buat pemakai koleksi ini.
Sweet Rainbow
Rekaan model berlapis, diperbuat daripada sifon premium dengan Swarovski ialah pilihan yang anggun untuk penampilan formal buat pencinta Si.Se.Sa. Dengan tanggapan keanggunan dan keselesaan yang tidak dapat dinafikan dalam koleksi ini yang dipadankan dengan sempurna bersama warna yang terang.
Si.Se.Sa. Batik
Warisan budaya Indonesia dalam busana syar'i yang anggun ialah asas kepada penampilan ini. Nampaknya batik juga dapat dipersembahkan dalam gaya feminin yang manis dengan warna-warna yang lebih lembut dan bahan ringan yang selesa.
Si.Se.Sa. Wedding
Berdandan untuk detik istimewa dalam warna kelabu dan debu taburan Swarovski layak menjadi impian wanita Muslim. Tampil cantik dalam busana syar'i kini ialah satu impian menjadi kenyataan buat pencinta Si.Se.Sa.
Memahami citarasa dan keperluan pelanggan ialah kunci untuk Si.Se.Sa. untuk bertahan dan bahkan terus menjadi unggul dalam kelasnya. "Sejak mengambil keputusan untuk berpakaian syar'i kira-kira 5 tahun lalu, pilihan saya jatuh kepada Si.Se.Sa. sebagai perintis dalam busana Muslim syar'i. Bahan premium, perincian jahitan yang kemas, mewah namun tidak berlebihan ketika mengenakan kristal Swarovski asli; menjadikan saya lebih selesa memakainya. Pelbagai warna dan model juga menjadikan Si.Se.Sa. dapat digunakan oleh pelbagai peringkat usia untuk pelbagai majlis. Buat saya, Si.Se.Sa. bukan sekadar pakaian, malah ia ialah simbol yang baik khusus buat wanita Muslim agar mereka dapat kelihatan cantik, anggun dan selesa menurut ketentuan agama," kata Anisa Trihapsari, seorang selebriti dan salah seorang daripada pencinta Si.Se.Sa yang telah menjadi pelanggan setia.
Tidak hanya memberi tumpuan kepada rekaan, Si.Se.Sa. juga ingin menyaksikan peluang dan pasaran fesyen Muslim dari sisi perniagaan dan yakin dapat mengharumkan nama Indonesia ke dunia melalui industri halal, khususnya busana Muslim. Di Indonesia, Si.Se.Sa. mempunyai 17 cawangan butik yang tersebar di bandar-bandar: Jakarta, Surabaya, Medan, Makassar, Banjarmasin, Pekanbaru, Balikpapan, Yogyakarta, Cirebon, Palembang, Bandung, Lampung, Serang, Samarinda, Pontianak, Jambi dan Batam.
"Kami memahami bahawa kedudukan Indonesia sentiasa berada dalam senarai teratas penggiat industri halal di dunia. Keadaan ini sudah tentu merupakan peluang yang tidak seharusnya dibenarkan berlalu, Si.Se.Sa. sedia menyokong industri Indonesia untuk memajukan dan menembusi pasaran antarabangsa. Disokong oleh ketersediaan kami dari segi perkhidmatan, pelanggan kami dari pelbagai negara di Asia Tenggara boleh mendapatkan koleksi Si.Se.Sa. dengan mudah serta mengalami pengalaman membeli belah di butik kami melalu laman web dan akaun media sosial kami," akhiri Senaz Nasansia, Ketua Kewangan dan Komunikasi Pemasaran Si.Se.Sa.
Latar Belakang Si.Se.Sa.
Si.Se.Sa. ialah jenama fesyen syar'i yang direka oleh tiga beradik perempuan Siriz Tentani, Senaz Nasansia dan Sansa Enandera; yang merupakan anak-anak kepada pereka fesyen Indonesia senior, Merry Pramono. Nama Si.Se.Sa. diambil daripada dua huruf pertama Siriz, Senaz dan Sansa. Ditubuhkan dalam tahun 2011, Si.Se.Sa. khususnya menyediakan busana pakaian sedia pakai dan tampil sebagai jenama fesyen syar'i yang bergaya dengan gaya feminin dan anggun. Si.Se.Sa. yang merupakan perintis dalam busana syar'i Islam di Indonesia, mempunyai slogan Syar'i Terkemuka Indonesia. Tanda bagi hijab dan gaun labuh dengan rekaan yang dihiasi dengan Swarovski, jahitan berkualiti, bahan premium, dan perincian yang feminin; menjadikan Si.Se.Sa. mencapai kejayaan hebat di Asia Tenggara. Sila hubungi kami di https://sisesa.co.id/ dan juga di media sosial Instagram @sisesaclothing dan saluran You Tube Sisesa Syari.
Hubungi:
Fanny Harun – Komunikasi Pemasaran Si.Se.Sa.
ffandiyah14@gmail.com