HONG KONG, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Sangfor Technologies menganjurkan Sidang Kemuncak Inovasi Sangfor EPIC pada 21 Oktober 2021 yang mana pakar-pakar IT global dan pemimpin-pemimpin pemikiran teknologi membincangkan mengenai penyelesaian keselamatan awan dan siber yang paling canggih tahun ini. Acara ini menghimpunkan lebih 2,800 hadirin berdaftar, dari 25 wilayah yang mewakili sektor kerajaan, pembuatan, pendidikan, perusahaan dan kewangan.
Sangfor EPIC 2021: https://epic.sangfor.com/
Sidang kemuncak inovasi tahunan ini diwujudkan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan yang dibangunkan atau dikemas kini untuk tahun akan datang. Para hadirin terdahulu melibatkan para eksekutif IT dan pakar industri yang terkemuka dari serata dunia, kesemuanya bekerjasama untuk memajukan visi Sangfor dan produk yang canggih.
Pembentang-pembentang Sangfor EPIC 2021 terdiri daripada Chris Morris, Naib Presiden IDC APAC, Jason Yuan, Naib Presiden Jabatan Pemasaran Antarabangsa Sangfor dan wawancara mendalam bersama Rick Lei Li, Ketua Pegawai Maklumat Coca-Cola SCMC dan Wilbertus Darmadi, Ketua Pegawai Maklumat Astra Motor - kedua-duanya merupakan pelanggan Sangfor. Sangfor turut mengadakan bengkel kolaboratif bersama peneraju industri IDC yang mana peserta-peserta bertanya mengenai pengkomputeran awan dan transformasi digital seperti perkhidmatan awan dan profesional terurus. Bob Ghaffari dan William McDonald daripada Intel turut mengadakan pembentangan yang memberi pencerahan mengenai Pinggir Perkhidmatan Akses Selamat (Secure Access Service Edge).
Sangfor juga mengambil peluang ini untuk melancarkan Perkhidmatan Awan Terurus Sangfor (Managed Cloud Service, MCS) yang memberi kemudahan dan kefleksibelan awan awam serta keselamatan, kawalan dan perkhidmatan awan persendirian. Sangfor MCS menawarkan Infrastruktur-sebagai-satu-Perkhidmatan (IaaS), Platform-sebagai-satu-Perkhidmatan (PaaS) dan Keselamatan-sebagai-satu-Perkhidmatan (SECaaS). Pelanggan memilih hos awan, storan dan rangkaian khusus mereka sendiri, atau memilih awan persendirian, data dan perkhidmatan pemulihan atau kesemua di atas.
Acara maya ini turut menganjurkan sembang langsung di reruai dan semasa seminar interaktif dengan wakil-wakil Sangfor yang bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang bernas daripada peminat teknologi semasa sesi Platform Pengesanan dan Respons Rangkaian (Arahan Siber), NGAF Sangfor – Tembok Api Generasi Seterusnya dan Infrastruktur Hiper Tertumpu Sangfor.
Sangfor EPIC ditaja dengan bangganya oleh Intel dan Sundray, yang membolehkan acara digital sepenuhnya dan interaktif tanpa bayaran yang selamat diadakan. Sangfor juga berbangga dapat menawarkan sokongan berbilang bahasa yang cemerlang termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Thai, Bahasa Kantonis, Bahasa Inggeris, Bahasa Itali, Bahasa Korea dan Bahasa Sepanyol. Acara EPIC ini masih disediakan secara atas-permintaan di laman sesawang Sangfor EPIC.
Tahun 2021 telah menjadi perbatasan IT yang baharu untuk kebanyakan perusahaan dan Sangfor ingin 'Menjamin Perjalanan Anda ke Awan' dengan menawarkan produk IT, perkhidmatan dan perkongsian untuk setiap industri, di setiap wilayah.
Untuk berhubung dengan Sangfor, kunjungi www.sangfor.com atau emel marketing@sangfor.com.
Hubungan Media:
Sunny Sun
+86 755 8656 0605