omniture

Yili Menjadi Pemegang Saham Terbesar Ausnutria, Percepatkan Pembangunan Susu Kambing Formula dan Produk Pemakanan

Yili Group
2021-10-29 16:50 120

BEIJING, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pada 27 Oktober, Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd. ("Yili Group" atau "Yili"), pengeluar tenusu yang terbesar di Asia, mengumumkan bahawa ia mengambil kepentingan dalam syarikat gergasi susu kambing formula Ausnutria Dairy Co. Ltd. ("Ausnutria Dairy" atau "Ausnutria") dan menjadi pemegang sahamnya yang terbesar. Ini merupakan urus janji penggabungan dan pemerolehan (M&A) yang terbesar untuk industri tenusu China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


Menurut pengumuman oleh Yili Group, syarikat ini akan berganding bahu dengan Ausnutria Dairy melalui subsidiari milik penuhnya Hong Kong Jingang Trade Holding Co., Ltd. ("Jingang"), sebagai usaha untuk memajukan langkahnya dalam susu formula bayi dan produk pemakanan.

Jingang akan memperoleh sejumlah 531 juta saham yang dipegang oleh pemegang saham terdahulu pada harga HK$10.06 sesaham yang mewakili kira-kira 30.89% daripada jumlah keseluruhan saham Ausnutria yang diterbitkan. Di samping itu, Ausnutria akan menerbitkan 90 juta saham baharu kepada Jingang pada harga HK$10.06 sesaham. Sekiranya kedua-dua transaksi di atas berjaya disempurnakan, Jingang akan memegang sejumlah 621 juta saham Ausnutria, menyumbang sebanyak 34.33% daripada saham terbitan syarikat secara keseluruhan, seterusnya menjadikan Yili sebagai pemegang saham tunggal yang terbesar syarikat.

Syarikat gergasi tenusu berganding bahu dengan peneraju susu kambing formula, menjalin hubungan baharu yang kukuh

Pan Gang, Pengerusi Yili Group, berkata bahawa memandangkan kedua-dua perusahaan mempunyai banyak persamaan, Yili mengiktiraf nilai, susun atur strategik dan pasukan utama Ausnutria. Dalam beberapa tahun akan datang, Yili akan membangunkan sepenuhnya kekuatannya dari segi saiz syarikat, pembinaan jenama, saluran dan rantaian industri bagi mengupayakan pembangunan Ausnutria yang mantap dalam tempoh jangka panjang.

Yan Weibin, Pengerusi Ausnutria, berkata bahawa pelabur strategik seperti Yili bukan sahaja mewujudkan sinergi dalam rantaian industri, tetapi turut memperkasa Ausnutria dari segi pengurusan dan perancangan strategik.

Kerjasama akan mengukuhkan kepimpinan Yili bagi susu formula dan memudahkan penembusan syarikat ke dalam pasaran produk pemakanan. 

Susu formula bayi yang menunjukkan kadar pertumbuhan yang tinggi dan nilai yang tinggi merupakan kategori yang akan difokuskan oleh Yili dan dimanfaatkan potensinya pada masa akan datang. Pada bulan Ogos 2021, Jinlingguan Series Yili menjadi peneraju antara kesemua jenama seumpamanya dari segi kadar pertumbuhan semua saluran dalam pasaran Cina. Yili turut menguasai bahagian pasaran yang semakin meningkat bagi susu formula bayi susu kambing. Jinlingguan UITSTEKEND GEITENMELK yang baru dilancarkan ini menonjol menerusi kualitinya yang premium dan menyaksikan lonjakan dari segi jualan setinggi 200%.

Sebagai salah satu peneraju pasaran bagi susu formula bayi, Ausnutria telah merebut peluang pasaran yang ditawarkan oleh susu kambing. Kabrita, jenama susu kambing formula yang dilancarkan oleh Ausnutria telah menjadi produk utama dalam pasaran susu formula bayi China. Ausnutria merangkul tempat pertama dari segi jumlah jualan susu kambing formula di seluruh dunia.

Apabila urus niaga antara kedua-dua pihak ini selesai, pembangunan jangka panjang Ausnutria akan ditingkatkan dengan ketara yang seterusnya akan menggiatkan usaha Yili untuk memenuhi susun atur strategiknya bagi susu formula. Menetapkan susu formula bayi sebagai titik permulaan, kedua-dua syarikat ini akan saling melengkapi antara satu sama lain dari segi pembelian bahan, model pemasaran, kelebihan lokasi dan juga penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Ausnutria turut mewujudkan susun atur yang komprehensif bagi produk pemakanan seperti tambahan diet, probiotik dan makanan untuk tujuan perubatan khas serta sedang membangun menjadi penyedia produk pemakanan dan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi yang mencakupi semua peringkat umur dan kitaran hayat penuh. Pada ketika ini, penyepaduan sumber-sumber optimum daripada kedua-dua pihak akan turut memudahkan penembusan Yili ke dalam pasaran produk pemakanan.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Non-Alcoholic Beverages Acquisitions, mergers, takeovers