omniture

Usaha Arab Saudi untuk mereka bentuk semula pelancongan mendapat sokongan dan berkembang dengan pesat

Ministry of Tourism of Saudi Arabia
2021-10-29 17:31 23

- Pusat Pelancongan Lestari Global dilancarkan untuk menyatukan pihak berkepentingan dan memastikan pelancongan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan komuniti di seluruh dunia

- Arab Saudi meletakkan sektor pelancongan di peringkat global buat kali pertama di FII 2021 dengan melancarkan Prinsip-prinsip untuk Mereka Bentuk Semula Pelancongan

-Pengasas dan ahli UNWTO dari Sepanyol menyertai usaha Arab Saudi untuk menyediakan industri yang kekal lestari di masa depan

RIYADH, Arab Saudi, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Usaha Arab Saudi untuk mereka bentuk semula masa depan pelancongan dipercepat pada minggu ini dengan beberapa perancangan inisiatif utama di Riyadh.

HE Al Khateeb speaks alongside Arnold Donald at FII
HE Al Khateeb speaks alongside Arnold Donald at FII

Buat kali pertama dalam sejarah FII, pelancongan dimajukan ke tahap agenda global dengan sidang kemuncak khas, Mereka Bentuk Semula Pelancongan - meletakkan asas untuk kejayaan masa depan dengan menyatukan lebih 150 orang pemimpin pelancongan di seluruh dunia daripada sektor awam dan swasta. Semasa Sidang Kemuncak tersebut, Kementerian Pelancongan melancarkan Lima Prinsip untuk Mereka Bentuk Semula Pelancongan, dengan sokongan kerajaan dan sektor swasta serta disahkan lagi oleh para peserta sidang kemuncak.

Selepas sidang kemuncak khas tersebut, Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan, Kerajaan Arab Saudi dan Tuan Yang Terutama Maria Reyes Maroto, Menteri Industri, Perdagangan dan Pelancongan, Kerajaan Sepanyol bersetuju untuk bekerjasama bagi membangunkan sektor pelancongan yang lebih berdaya tahan, lestari dan inklusif yang mendatangkan kemakmuran jangka panjang.

Berita ini menyusul selepas Arab Saudi mengumumkan tentang Pusat Pelancongan Lestari Global ini yang merupakan suatu gabungan global yang bukan sahaja akan membantu industri memenuhi matlamat karbon sifar, malah akan berusaha memastikan bahawa pelancongan menjadi pemacu pertumbuhan utama untuk komuniti di seluruh dunia yang bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa bagi menyediakan kaedah menyokong sektor tersebut di negara-negara membangun.

Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan, Kerajaan Arab Saudi berkata: "Industri ini sangat penting. Ia menghubungkan pelbagai negara dan Arab Saudi memainkan peranan yang sangat penting hari ini dengan membangunkan beberapa inisiatif termasuk Pusat Pelancongan Lestari Global, untuk membina daya ketahanan dan memastikan sektor pelancongan memberikan pertumbuhan dan peluang yang kita semua impikan dan perlukan."

Yang Mulia Puteri Haifa, Timbalan Menteri Pelancongan, Arab Saudi, berkata: "Kami perlu meningkatkan kerjasama, sama-sama berbincang, mendengar dan memahami apakah isu-isu yang timbul, bersetuju tentang isu-isu tersebut dan menetapkan hala tuju masa hadapan. Semasa krisis kewangan pada tahun 2008, kami menganggap bahawa sektor perbankan terlalu besar untuk mengalami erti kegagalan. Hari ini saya memberitahu dunia bahawa pelancongan juga terlalu besar untuk mengalami kegagalan."

Julia Simpson, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pengembaraan & Pelancongan Sedunia menambah: "Pengembaraan & Pelancongan merupakan daya yang memacu di sebalik ekonomi global. Pada kemuncak pandemik COVID-19, Kerajaan Arab Saudi telah menyatukan sektor awam dan swasta, semasa ia menjadi Presiden G20. Hari ini, mereka membawa para pemimpin Pengembaraan & Pelancongan untuk menghidupkan semula sektor ini."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1673052/Ministry_of_Tourism_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1673053/Ministry_of_Tourism_2.jpg?p=medium600

 

HH Princess Haifa is joined by Spanish Tourism Minister Maroto in Riyadh
HH Princess Haifa is joined by Spanish Tourism Minister Maroto in Riyadh

 

Source: Ministry of Tourism of Saudi Arabia
Keywords: Travel Conservation/Recycling Trade show news