omniture

Bersatu untuk Tindakan Melawan Penyakit Psoriatik

IFPA
2021-10-29 18:03 24

Hari Psoriasis Sedunia 

STOCKHOLM, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Penyakit psoriatik ialah suatu keadaan kecacatan dan kehilangan upaya tanpa sebarang penawar yang diketahui. Plak kulit dan keradangan sendi yang boleh dilihat merupakan ciri gejala fizikal, namun individu yang menghidap penyakit psoriatik juga menghadapi pelbagai masalah emosi, sosial dan ekonomi. Sudah tiba masanya untuk mengakhiri penderitaan mereka. Pada 29 Oktober, iaitu Hari Psoriasis Sedunia, IFPA melancarkan petisyen di seluruh dunia untuk menggesa kemajuan.

Hundreds march for better access to treatment in Manila Philippines
Hundreds march for better access to treatment in Manila Philippines

Sekurang-kurangnya 60 juta individu menghidap penyakit psoriatik di seluruh dunia. Kebanyakan daripada mereka menghadapi halangan dalam mengakses rawatan. 4 daripada 5 individu mengalami diskriminasi kerana gejala kulit yang kelihatan. 12% daripadanya mengalami kemurungan. Semasa pandemik COVID-19, 43% menyaksikan penyakit mereka menjadi semakin teruk. Namun begitu, kebanyakan penderitaan ini boleh dicegah.

Pada tahun 2014, semua negara PBB mengundi secara sebulat suara untuk meluluskan Resolusi Psoriasis (WHA 67.9) yang komited dalam meningkatkan kehidupan semua pesakit yang menghidap penyakit psoriatik. Saranan praktikal tentang cara mencapai matlamat yang tinggi ini telah diterbitkan dalam Laporan Global tentang Psoriasis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 2016. Kemudian kemajuan ini telah terhenti. Lebih lima tahun selepas pencapaian ini, keperluan tersebut tetap belum dipenuhi.

Sebagai peneraju global dalam memerangi penyakit psoriatik, IFPA menyatukan persatuan pesakit di setiap benua untuk menyeru tindakan segera. Pada Hari Psoriasis Sedunia, mereka melancarkan petisyen dalam talian untuk mencetus perubahan. "Kami telah letih dengan ungkapan janji. Kami inginkan kemajuan," kata Janina Kostiukaite, Penyelaras Hari Psoriasis Sedunia. "Negara-negara yang mengundi untuk meluluskan Resolusi Psoriasis perlu memenuhi komitmen mereka."

Petisyen Hari Psoriasis Sedunia IFPA menyorot lima permintaan utama.

  1. Mengubah persepsi terhadap penyakit psoriatik
  2. Memastikan akses yang sama kepada perubatan
  3. Menghentikan stigma
  4. Memajukan penjagaan yang holistik
  5. Menyediakan tenaga kerja

IFPA menetapkan sasaran yang tinggi untuk mengumpul 200,000 tandatangan menjelang penghujung tahun 2021. Tandatangan ini akan digunakan untuk menyokong penjagaan penyakit psoriatik yang lebih baik di peringkat kebangsaan. Frida Dunger Johnsson, Pengarah Eksekutif IFPA berkata, "Hari Psoriasis Sedunia merupakan peluang yang hebat untuk menggerakkan sokongan di seluruh dunia. Dengan penggabungan ini, kita dapat menyeru menteri kesihatan, kerajaan dan pembuat keputusan untuk meningkatkan akses rawatan. Dengan bersatu, kita boleh memastikan bahawa pesakit yang menghidap penyakit psoriatik disokong."

Tunjukkan sokongan anda. Tandatangan petisyen Hari Psoriasis Sedunia di psoriasisday.org. Kongsi pautan ini dengan rakan dan keluarga. Bergabung tenaga dengan gerakan global untuk menyuarakan pandangan tentang penyakit psoriatik.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1671690/IFPA_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1671691/IFPA_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1671692/IFPA_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1671693/IFPA_4.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1671694/IFPA_Logo.jpg?p=medium600

The theme of World Psoriasis Day 2021 is Uniting for Action
The theme of World Psoriasis Day 2021 is Uniting for Action

   

Leticia Lopez speaks at a World Psoriasis Day event in Puerto Rico
Leticia Lopez speaks at a World Psoriasis Day event in Puerto Rico

 

IFPA launches a petition to ignite action against psoriatic disease
IFPA launches a petition to ignite action against psoriatic disease

 

Sila hubungi: 

Camille Lancelot 
camille.lancelot@ifpa-pso.com 
+46739611565

Source: IFPA
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Conference call announcements New products/services