omniture

Zoomlion Lancar Kren Menara Luncuran-Atas Terbesar Dunia, Terajui Era Kren Menara Amat Besar

Zoomlion
2021-10-29 19:45 52

CHANGDE, China, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Kren menara luncuran-atas yang terbesar di dunia, W12000-450, telahpun dikeluarkan daripada barisan pemasangan di tapak pembuatan kren menara pintar Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) di Changde, Wilayah Hunan. Zoomlion mereka bentuk khusus dan membina model ini untuk projek jambatan kekal-kabel jalan-rel yang terbesar di dunia, Jambatan Sungai Yangtze Changzhou-Taizhou yang mengintegrasikan lebuh raya ekspres, lebuh raya biasa dan landasan antara bandar.

Zoomlion Releases World’s Largest Top-Slewing Tower Crane, Leading the Era of Super-Large Tower Cranes
Zoomlion Releases World’s Largest Top-Slewing Tower Crane, Leading the Era of Super-Large Tower Cranes

W12000-450 mempunyai berat 4,000 tan dengan momen beban terkadar 12,000 meter-tan. Ia merupakan kren menara luncuran-atas yang pertama melebihi 10,000 meter tan di dunia dan mempunyai berat mengangkat maksimum 450 tan dan ketinggian mengangkat maksimum 400 meter yang bersamaan dengan mengangkat 300 buah kereta ke paras 130 tingkat sekali gus.

Teknologi-teknologi penting untuk membina kren menara amat besar ini rumit dengan keperluan keselamatan dan keandalan yang tinggi. Zoomlion telah menyahut cabaran inovasi teknikal dan keperluan pembuatan untuk menerokai bidang yang tidak diketahui dan mencatatkan rekod baharu.

"Dengan ketiadaan corak struktur untuk diikuti, kami mewujudkan semula platform pengiraan untuk analisis ketegaran struktur, kestabilan dan modal," seperti yang diperkenalkan oleh Tang Shaofang, Naib Presiden Zoomlion dan Pengurus Besar Zoomlion Construction Hoisting Machinery Company. "Kren menara W12000-450 mengguna pakai beberapa teknologi yang dibangunkan sendiri oleh Zoomlion termasuk penembusan penuh teknologi kimpalan sendi-T dan mengatasi kesukaran teknikal seperti keretakan kimpal plat yang sangat tebal bagi membolehkan W12000-450 bukan sahaja mencapai prestasi mengangkat yang sangat kuat mencecah paras 10,000-meter-tan, tetapi turut menjamin keselamatan dan keandalan dalam seluruh proses pengangkutan, pemasangan/penceraian dan operasi."

W12000-450 dikeluarkan di kilang kren menara pintar yang terbesar di dunia. Mengikut rancangan, kilang ini akan membuat produk jentera pengangkat pembinaan yang meliputi julat daripada 80 hingga 20,000 meter tan. Ia didigitalkan sepenuhnya untuk menyepadukan analisis data raya, internet industri, sistem maklumat, visualisasi dan banyak lagi bagi mencapai rangkaian liputan penuh dan interaksi mesin-manusia.

Melalui perkakas pemasangan yang pintar dan fleksibel, W12000-450 dibuat dalam tempoh empat bulan, berbanding dengan teknologi pembuatan tradisional yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya 12 bulan.

Permintaan terhadap kren menara yang sangat besar semakin meningkat memandangkan bahagian pembinaan semakin berat, bangunan semakin tinggi dan jambatan melebar lebih luas. Pelancaran W12000-450 bukan sahaja akan membawakan penyelesaian yang terkini untuk industri-industri berat, tetapi juga memaparkan keupayaan Zoomlion yang utama dalam industri bagi R&D, reka bentuk dan pembuatan untuk kren menara besar.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Construction/Building Transportation New products/services