omniture

Penyelidik Baylor dan Harvard Bekerjasama dalam Kajian Global Perkembangan Manusia Jangka Panjang

Baylor University
2021-10-29 22:42 114

Para penyelidik di Universiti Harvard dan Universiti Baylor melancarkan inisiatif terbesar seumpamanya untuk menyiasat penentu perkembangan manusia. 

"The Global Flourishing Study" ialah sebuah kajian tahunan selama lima tahun dan bernilai $43.4 juta yang dijalankan terhadap 240,000 orang individu di 22 buah negara dalam pelbagai hasil kesejahteraan. 

WACO, Texas, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Para saintis bioperubatan dan sosial di Universiti Harvard dan Universiti Baylor telah bergabung tenaga untuk melancarkan inisiatif terbesar seumpamanya bagi menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia. Inisiatif bernilai $43.4 juta ini – "The Global Flourishing Study" (GFS) – akan melibatkan kajian selama lima tahun terhadap 240,000 orang individu yang mewakili 22 buah negara di seluruh dunia, dengan pengumpulan data tahunan di pelbagai hasil kesejahteraan. Usaha ini merangkumi pengumpulan data dan kepakaran pengurusan Gallup serta penyelarasan pihak berkepentingan dan kepemimpinan sains terbuka Pusat Sains Terbuka.

Researchers at Harvard University and Baylor University, in partnership with Gallup and the Center for Open Science, have launched the Global Flourishing Study, the largest initiative of its kind to investigate the factors that influence human flourishing throughout the world.
Researchers at Harvard University and Baylor University, in partnership with Gallup and the Center for Open Science, have launched the Global Flourishing Study, the largest initiative of its kind to investigate the factors that influence human flourishing throughout the world.

Apakah maksudnya hidup dengan baik? Untuk menjadi benar-benar sihat? Untuk berkembang maju? Para penyelidik dan klinisian biasanya menjawab soalan-soalan ini dengan memberi tumpuan kepada kewujudan atau ketiadaan pelbagai patologi: penyakit, disfungsi keluarga, penyakit mental atau tingkah laku jenayah. Namun, pendekatan "defisit" sedemikian hanya menceritakan tentang apa yang membuat kehidupan yang baik – tentang apa yang dimaksudkan untuk berkembang.

"The Global Flourishing Study ialah jenis usaha yang benar-benar diperlukan untuk memahami secara mendalam unsur-unsur utama yang saling mempengaruhi pengalaman manusia yang membantu kita hidup dengan baik, gembira dan mengalami erti makna dan tujuan," kata Pengarah Bersama Projek, Dr. Tyler VanderWeele, Profesor Epidemiologi John L. Loeb dan Frances Lehman Loeb merangkap Pengarah Program Perkembangan Manusia di Harvard, yang telah menerbitkan artikel penting tentang penilaian perkembangan manusia dalam jurnal saintifik terkemuka seperti JAMA dan Proceedings of the National Academy of Sciences. "Reka bentuk penyelidikan jangka panjang ini akan membolehkan kami memajukan pengetahuan saintifik tentang penentu perkembangan manusia dengan ketara."

Pengarah Projek, Dr. Byron Johnson, Profesor Tertinggi Sains Sosial merangkap Pengarah Institut Kajian Agama di Baylor, turut mengulas tentang kepentingan data untuk pemahaman yang lebih baik terhadap peranan agama dalam konteks global: "Ia merupakan peluang yang luar biasa bagi pasukan Baylor-Harvard dapat menerajui sebuah kajian panel seperti ini. Oleh kerana saiz sampel kami yang begitu besar, kami akan dapat mengkaji semua agama hebat di dunia dan peranannya, sekiranya ada, dalam perkembangan manusia."

Panel ini merangkumi individu dari Argentina, Australia, Brazil, Mesir, Jerman, India, Indonesia, Israel, Jepun, Kenya, Mexico, Nigeria, Filipina, Poland, Rusia, Turki, Afrika Selatan, Sepanyol, Tanzania, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat. 

Sepanjang lebih lima tahun seterusnya, pasukan ini akan menganalisis data longitud tentang pola, penentu serta unsur yang berkaitan sosial, psikologi, kerohanian, politik, ekonomi dan kesihatan serta punca perkembangan manusia. "Terdapat beberapa contoh kajian yang berasaskan kebarangkalian dan diwakili negara yang menjejaki responden yang sama dari semasa ke semasa di sebuah negara," jelas Dr. Rajesh Srinivasan, Pengarah Penyelidikan Global Gallup World Poll, "namun beberapa kajian telah cuba untuk meliputi pelbagai negara. Skop projek ini merupakan yang pertama kali dilaksanakan dan berkemungkinan menghasilkan maklumat berharga bagi penyelidikan tinjauan global menggunakan jenis metodologi ini." 

Reka bentuk soal selidik telah melalui pembangunan dan maklum balas yang luas, termasuk usaha memperbaiki soalan, terjemahan, ujian kognitif dan ujian selama berbulan-bulan. Usaha tersebut diringkaskan dalam sebuah laporan terperinci daripada Gallup.

Pasukan penyelidikan akan bekerjasama dengan Pusat Sains Terbuka untuk menghasilkan data daripada Kajian Perkembangan Global ini yang merupakan sumber akses terbuka supaya para penyelidik, wartawan, pembuat dasar dan pendidik di seluruh dunia boleh memeriksa maklumat terperinci tentang perkara yang menjadikan perkembangan kehidupan dengan teliti. Dr. David Mellor, Pengarah Dasar Pusat Sains Terbuka mengulas, "Ketegasan dan ketelusan yang digunakan pada analisisnya akan meningkatkan kepercayaan dalam penyelidikan yang didapati daripada usaha ini dan akan mengurangkan halangan akses kepada maklumat ini yang saksama di seluruh dunia. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan pasukan ini untuk menyokong proses ini."

Secara keseluruhan, matlamatnya ialah untuk membangunkan bidang kajian yang matang berkaitan sains perkembangan manusia dengan menghasilkan penemuan penyelidikan yang akan mempengaruhi hala tuju dasar sosial dan kesihatan. Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gallup, Jim Clifton, "The Global Flourishing Study merupakan sebuah inovasi metodologi yang benar-benar dapat mengubah dunia – benar-benar mengubah cara dunia ini dipimpin." VanderWeele bersependapat dengan sentimen ini: "Ini merupakan peluang yang luar biasa. Kami amat teruja untuk melihat apa yang kami dan para penyelidik lain di seluruh dunia akan pelajari."

Memandangkan skopnya, sokongan bersama daripada konsortium pembiaya diperlukan untuk menjadikan Global Flourishing Study ini berdaya maju dari segi kewangan, termasuk sokongan daripada John Templeton Foundation, Templeton Religion Trust, Templeton World Charity Foundation, Fetzer Institute, Paul Foster Family Foundation, Wellbeing for Planet Earth Foundation, Well Being Trust dan David & Carol Myers Foundation.

Bersama-sama dengan Johnson dan VanderWeele, ahli pasukan Baylor-Harvard ini termasuk Dr. Matt Bradshaw, Dr. Merve Balkaya-Ince, Dr. Brendan Case, Dr. Ying Chen, Dr. Alex Fogleman, Dr. Sung Joon Jang, Dr. Philip Jenkins, Dr. Thomas Kidd, Dr. Matthew T. Lee, Dr. Jeff Levin, Dr. Tim Lomas, Dr. Katelyn Long, Dr. Van Pham, Dr. Sarah Schnitker, Dr. John Ssozi, Dr. Robert Woodberry dan Dr. George Yancey.

Tentang Institut Kajian Agama Baylor 

Dilancarkan pada tahun 2004, Institut Kajian Agama (Institute for Studies of Religion, ISR) Baylor memulakan, menyokong dan menjalankan penyelidikan tentang agama yang melibatkan para sarjana dan projek yang merangkumi spektrum intelek: kajian sejarah, psikologi, sosiologi, ekonomi, antropologi, sains politik, falsafah, epidemiologi, teori dan agama. Mandat kami meliputi semua agama, di mana-mana sahaja dan sepanjang sejarah serta merangkumi kajian kesan keagamaan terhadap tingkah laku prososial, kehidupan keluarga, kesihatan penduduk, pembangunan ekonomi dan konflik sosial. Walaupun sentiasa berusaha untuk objektiviti saintifik yang sesuai, para cendekiawan kami menghormati agama dalam perkara-perkara suci dengan sepatut dan selayaknya.

Tentang Program Perkembangan Manusia Harvard 

Ditubuhkan pada tahun 2016, Program Perkembangan Manusia di Institut Sains Sosial Kuantitatif Harvard ini bermatlamat untuk mempelajari dan menggalakkan perkembangan manusia serta membangunkan pendekatan sistematik bagi sintesis pengetahuan di pelbagai disiplin. Penyelidikan program ini menyumbang kepada persoalan yang meluas tentang caranya pengetahuan daripada sains sosial kuantitatif boleh disepadukan dengan kemanusiaan tentang persoalan perkembangan manusia dan cara terbaik untuk menjalankan sintesis pengetahuan ini di setiap disiplin.  Program ini berharap dapat membawa perpaduan yang lebih besar kepada sains sosial empirikal dan kemanusiaan. Program ini menghasilkan penerbitan penyelidikan serta aktiviti pendidikan penaja seperti kursus, seminar dan persidangan untuk komuniti Universiti Harvard yang kesemuanya bermatlamat untuk menyatukan pengetahuan di seluruh disiplin dan mencerminkan caranya pengetahuan daripada pelbagai disiplin boleh membentuk keseluruhan yang koheren.

Tentang Gallup 

Gallup ialah sebuah firma analitik dan penasihat global dengan pengalaman selama lebih 80 tahun dalam mengukur pendapat awam dan pembangunan manusia. Dalam penyelidikan organisasi ini sendiri dan kerjasamanya dengan kerajaan, organisasi bukan berkeuntungan dan dermawan, Gallup membangunkan petunjuk untuk mengukur pembangunan global utama dan petunjuk tanggungjawab sosial dari semasa ke semasa.

Tentang Pusat Sains Terbuka 

Ditubuhkan pada tahun 2013, COS ialah sebuah organisasi perubahan budaya bukan berkeuntungan dengan misi untuk meningkatkan keterbukaan, integriti dan kebolehulangan penyelidikan saintifik. COS menjalankan misi ini dengan membina komuniti berkaitan amalan sains terbuka, menyokong penyelidikan metasains serta membangunkan dan mengekalkan alat perisian sumber terbuka secara percuma, termasuk Rangka Kerja Sains Terbuka (OSF). Ketahui lebih lanjut di cos.io.

Sila hubungi: Alex Fogleman, Ph.D., Pengurus Projek GFS, Institut Kajian Agama, Universiti Baylor, Alex_Fogleman@baylor.edu

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1672165/GFS_baylor_University.jpg?p=medium600

Source: Baylor University
Related Links:
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Contracts Public Interest