omniture

UL dan Razer Bergabung Tenaga Memajukan Matlamat Ekonomi Kitaran

UL
2021-10-29 22:59 112

UL akan membantu Razer memenuhi matlamat ekonomi kitaran demi memperoleh pencapaian alam sekitar produknya. 

SINGAPURA, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- UL hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Razer, iaitu sebuah jenama gaya hidup yang terkemuka untuk para pemain. MOU berkenaan mewujudkan suatu rangka kerja untuk usaha kerjasama antara UL dengan Razer bagi mengambil tindakan muktamad demi mencapai matlamat ekonomi kitaran asas Razer.

UL has signed a memorandum of understanding (MOU) with Razer, a leading lifestyle brand for gamers. The MOU establishes a framework for a collaborative effort between UL and Razer to take definitive action toward achieving Razer’s fundamental circular economy goals.
UL has signed a memorandum of understanding (MOU) with Razer, a leading lifestyle brand for gamers. The MOU establishes a framework for a collaborative effort between UL and Razer to take definitive action toward achieving Razer’s fundamental circular economy goals.

Seperti sektor-sektor lain, industri permainan sedang berusaha mengurangkan saiz jejak karbon yang agak besar, yang terhasil daripada penggunaan tenaga semasa permainan selain daripada bahan api fosil yang digunakan dalam pengeluaran perkakasan. Namun begitu, kini ramai pengguna, termasuk para pemain, membuat pilihan yang lebih lestari. Menurut kajian oleh Globalwebindex pada tahun 2020 tentang persona permainan, sehingga 50% lebih ramai pemain lebih berminat dalam isu alam sekitar daripada nilai purata global.

Dengan mengutamakan kelestarian sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan mereka, Razer telah berjanji untuk melaksanakan beberapa tindakan dan matlamat kelestarian antara sekarang hingga 2025. Rancangan-rancangannya termasuk melaksanakan pelbagai program kesihatan, kelestarian dan ketelusan produk untuk kebanyakan peranti perkakasan berjenama syarikat tersebut, termasuk tetikus, papan kekunci dan set kepala.

"Dalam Razer, kami sentiasa komited dalam menuju masa depan yang lestari dan memastikan bahawa dunia kekal sebagai suatu arena yang membolehkan kita semua terus bermain," kata Min-Liang Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Razer. "UL ialah peneraju sains keselamatan global, jadi sememangnya syarikat ini menjadi pilihan kami untuk bekerjasama dengan mereka demi mencapai objektif produk permainan kami yang lebih mesra alam dan lestari. Kami juga merancang untuk memperoleh pensijilan pihak ketiga, seperti UL ECOLOGO, yang diketahui dan dipercayai oleh para pengguna di seluruh dunia."

"Seiring dengan industri permainan yang bersatu mengambil tindakan dalam memerangi perubahan iklim, kami berbangga dapat bekerjasama dengan Razer bagi membantu merintis kemajuan kelestarian yang penuh manfaat dalam bidang permainan. Kami berharap pencapaian mereka akan menetapkan hala tuju untuk seluruh industri," kata Doug Lockard, Naib Presiden merangkap Pengurus Besar kumpulan Produk Runcit dan Pengguna UL.

Sebagai jenama yang dipercayai dalam perkhidmatan dan penyelesaian kelestarian dan alam sekitar, UL mempunyai segala kepakaran dan sumber di seluruh dunia bagi membantu mengesahkan pematuhan pengawalaturan pada peringkat produk, aset dan perusahaan — memberikan pengetahuan serta alat kepada syarikat supaya dapat memahami kesan kemampanan di sepanjang keseluruhan rantaian bekalan dan portfolio aset dengan jayanya. Untuk maklumat lanjut tentang pengesahan akuan alam sekitar atau pelbagai perkhidmatan lain, sila layari Deklarasi Produk Alam Sekitar

Tentang UL
UL ialah peneraju sains keselamatan global. Kami melaksanakan perkhidmatan ujian, pemeriksaan dan pensijilan (TIC), latihan dan khidmat nasihat, penyelesaian pengurusan risiko serta pemahaman perniagaan yang penting demi membantu para pelanggan kami yang berpangkalan di lebih 100 buah negara, mencapai matlamat keselamatan, perlindungan dan kelestarian mereka. Pengetahuan mendalam kami tentang produk dan kecerdasan di seluruh rantaian bekalan menjadikan kami rakan niaga pilihan kepada pelanggan dengan cabaran yang kompleks. Dapatkan maklumat lanjut di UL.com.

Untuk mendapatkan maklumat tentang pembangunan Piawaian dan aktiviti bukan untung yang lain, sila layari UL.org.

Hubungan akhbar:
Steven Brewster
UL
ULNews@UL.com 
1.847.664.8425

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1671632/Father_and_son_on_sofa.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/325015/ul_enterprise_logo.jpg?p=medium600

Source: UL
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Contracts