omniture

Merck Memacu Inovasi Baharu & Menambah Kapasiti bagi Memajukan Terapi Konjugat Ubat Antibodi (ADC) Generasi Seterusnya

Merck
2021-10-30 00:12 102

- Teknologi unik Merck iaitu ChetoSensar™, memberi janji baharu kepada ADC dengan mengurangkan cabaran keterlarutan 

- Platform DOLCORE™ baharu meningkatkan kepantasan ke pasaran sehingga setahun

- Kemudahan pembuatan klinikal ADC yang diperluas memacu ADC generasi seterusnya yang berdasarkan pengalaman syarikat selama 15 tahun dalam Organisasi Pembuatan Pembangunan Kontrak (CDMO)

- Mengukuhkan hasrat syarikat untuk mempercepat pertumbuhan dalam perniagaan "Big Three" termasuk perkhidmatan CDMO Penyelesaian Prosesnya bagi modaliti lama dan baharu 

DARMSTADT, Jerman, 30 Oktober 2021  /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa sektor perniagaan Sains Hayatnya telah melancarkan teknologi baharu dan memperluas kapasiti bagi memajukan terapi ADC. Inisiatif ini menekankan pelaburan berterusan Merck dalam modaliti baharu serta menyokong usaha syarikat ini untuk menggandakan kapasiti bahan farmaseutikal aktif kekuatan tinggi (HPAPI) dan ADC dalam masa terdekat.

Merck launches new technology and expands capacity to advance antibody-drug conjugate (ADC) therapies.
Merck launches new technology and expands capacity to advance antibody-drug conjugate (ADC) therapies.

"ADC telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa dengan ADC yang diluluskan secara komersial sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun yang lalu," kata Andrew Bulpin, Ketua Penyelesaian Proses, Sains Hayat Merck. "Kami merupakan perintis dalam bidang ini dan terlibat dengan 50 peratus daripada ADC yang diluluskan secara komersial di pasaran pada hari ini. Inovasi terkini dan kapasiti tambahan ini membantu membawa rawatan baharu kepada pesakit kanser di seluruh dunia dan mengukuhkan komitmen kami untuk membentuk masa depan modaliti baharu ini."

Dengan pelancaran teknologi ChetoSensar™ miliknya, Merck merupakan salah sebuah syarikat yang menerajui usaha untuk menangani hidrofobik ADC seiring dengan perkhidmatan CDMOnya.  Kebanyakan calon ADC mempunyai keterlarutan akueus yang lemah dan Merck menganggarkan bahawa lebih 20 peratus penamatan klinikal ADC adalah disebabkan oleh masalah ini. Teknologi ChetoSensar™ baharu syarikat ini meningkatkan keterlarutan ADC, yang memberi harapan kepada ADC yang telah dihentikan sebelum ini.

Muatan yang sering digunakan untuk ADC ialah molekul yang sangat kompleks yang memerlukan banyak langkah untuk sintesis. Berdasarkan pengiraan Merck, platform DOLCORE™ baharunya mengurangkan masa yang diperlukan pembangunan dan pembuatan dengan ketara serta meningkatkan kepantasan ke pasaran bagi muatan ADC berasaskan Dolostatin baharu sehingga setahun. 

Selain itu, syarikat ini akan meningkatkan keupayaan ADC kemudahan pembuatan klinikalnya di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat pada bulan Disember. Kemudahan ini akan menyediakan jejak yang lebih besar bagi membolehkan pengeluaran berskala besar termasuk penulenan kromatografi untuk fasa awal bekalan klinikal. Perkara ini menyusul setelah pengumuman pada tahun lepas berkenaan perluasan kemudahan Merck yang berhampiran Madison, Wisconsin, AS bernilai €59 juta yang akan menggandakan kapasiti kilo makmal HPAPI serta membolehkan syarikat ini mempercepatkan pembuatan penghubung/muatan HPAPI, ADC dan API yang kompleks.

Inovasi dan tambahan kapasiti ini menyokong hasrat syarikat ini untuk mempercepat pertumbuhan melalui pelaburan dalam "Big 3" (3 Syarikat Terbesar), termasuk unit perniagaan Penyelesaian Proses dalam sektor perniagaan Sains Hayat sebagai pemacu utama. 

Dengan pengalaman selama 15 tahun dalam membangun dan membuat ADC, Merck menawarkan perkhidmatan CDMO yang unik yang diperkemas dengan penyedia tunggal yang sangat berpengalaman. Syarikat ini memanfaatkan rangkaian global dan kepakarannya yang mendalam untuk menyesuaikan perjalanan unik setiap molekul sambil mewujudkan perkongsian pelanggan yang dinamik yang diperlukan oleh pengeluar ubat-ubatan untuk membantu mencapai pencapaian penting mereka. Merck menyepadukan pembuatan dan pembangunan kontrak dengan tawaran produk yang paling besar dalam industri di pelbagai modaliti. Para pelanggan juga boleh menyepadukan perkhidmatan BioReliance® dengan lancar daripada portfolio ujian biokeselamatan terkemuka syarikat ini. 

Merck baru-baru ini mengumumkan pengembangan projek di Darmstadt, Jerman; Cork, Ireland; Buchs, Switzerland; Carlsbad, California, AS; Madison, Wisconsin, AS; Jaffrey, New Hampshire, AS; dan Danvers, Massachusetts, AS. Pengembangan ini merupakan sebahagian daripada program besar-besaran berbilang tahun untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan sektor perniagaan Sains Hayatnya bagi menyokong permintaan global yang semakin meningkat terhadap ubat-ubatan yang menyelamatkan nyawa serta memberi sumbangan yang signifikan terhadap kesihatan awam.

Semua siaran akhbar Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama ia diterbitkan pada laman web Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menamatkan perkhidmatan ini. 

Tentang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka yang beroperasi dalam seluruh bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan elektronik. Sekitar 58,000 orang pekerja berusaha untuk membawa perubahan yang positif kepada kehidupan jutaan orang setiap hari dengan mewujudkan cara hidup yang lebih ceria dan lestari. Daripada memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara yang unik untuk merawat penyakit yang paling mencabar kepada membolehkan kecerdasan peranti - syarikat ini terlibat dalam semua bidang. Pada tahun 2020, Merck telah menjana jualan sebanyak €17.5  bilion di 66 buah negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab merupakan kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Beginilah cara Merck berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat tersenarai awam ini. Merck memegang hak global terhadap nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah di Amerika Syarikat dan Kanada iaitu sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Electronics.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1671958/Merck_Germany_Next_Gen_ADCs.jpg?p=medium600  

 

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services