omniture

Transformasi AlUla berkembang dengan pantas apabila RCU menandatangani kerjasama strategik dengan AECOM dan konsortium Perancis yang diterajui oleh Egis

The Royal Commission for AlUla (RCU)
2021-10-30 01:39 97

- Suruhanjaya Diraja AlUla menandatangani perjanjian penting dengan AECOM dan konsortium Perancis antarabangsa yang terdiri daripada Egis, Assystem dan Setec semasa Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh 

- Kepakaran pengurusan program bertaraf dunia yang digabungkan dengan pengalaman reka bentuk dan penyampaian projek berskala besar dan kompleks, mempercepat perkembangan RCU dalam pembangunan komuniti yang inklusif, lestari dan bertanggungjawab

- Pada peringkat permulaan, pasukan pengurusan program akan melaksanakan Fasa 1 pelan induk RCU yang bernilai USD15 bilion termasuk kawasan bersejarah utama AlUla sepanjang 20km dan merangkumi projek pembangunan utama infrastruktur, hospitaliti, kesenian & kebudayaan serta pembangunan sosial dan komuniti. 

RIYADH, Arab Saudi, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) telah menandatangani dua kerjasama strategik penting yang akan mempercepat pembangunan semula AlUla ketika ia beralih dari peringkat perancangan ke peringkat pelaksanaan, susulan pelan induk yang dilancarkan pada bulan April 2021.

 

The Royal Commission for AlUla signs landmark agreements with AECOM and an international French consortium comprising Egis, Assystem and Setec during the Future Investment Initiative in Riyadh
The Royal Commission for AlUla signs landmark agreements with AECOM and an international French consortium comprising Egis, Assystem and Setec during the Future Investment Initiative in Riyadh

 

Perjanjian dengan AECOM dan konsortium Perancis antarabangsa ini yang terdiri daripada Egis, Assystem dan Setec, menetapkan garis masa pembangunan yang komprehensif dengan tiga fasa yang akan berlanjutan hingga ke tahun 2035.

Pembangunan Fasa 1 berjumlah melebihi SAR57 Bilion / melebihi USD15 Bilion yang dilaburkan di kawasan bersejarah utama AlUla sejauh 20km. Ini merangkumi projek sosial, ekonomi dan kelestarian dalam lima hab yang unik dengan tumpuan terhadap infrastruktur, hospitaliti, seni & budaya serta pembangunan sosial dan komuniti.

Dalam sesi menandatangani perjanjian tersebut pada edisi kelima Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII) di Riyadh, Ketua Pegawai Eksekutif RCU, Amr AlMadani berkata: "Kerjasama strategik jangka panjang yang baharu ini penting untuk merealisasikan hasrat kami dalam mewujudkan penanda aras global untuk pelancongan lestari. Rakan kongsi baharu kami akan memainkan peranan penting dalam membantu kami menyampaikan perancangan yang terperinci dan diperakui. Walaupun fokus kami ditumpukan pada Fasa 1, kami akan mempercepat pendekatan bersepadu kami ke arah pembangunan Fasa 2 dan 3 untuk memacu trafik dan mengekalkan kedatangan pelancong yang tetap dalam jangka panjang.

"Ketika kami membangunkan infrastruktur dan aset lain yang akan membantu memantapkan AlUla sebagai hab perniagaan yang menarik yang memenuhi permintaan rantau barat laut tanah Arab, kami memerlukan rakan kongsi bertaraf dunia seperti mereka, yang akan bersama kami dalam perjalanan yang panjang ini serta berkongsi keinginan dengan kami untuk memberi manfaat kepada warga AlUla sambil mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung."

Kerjasama ini akan mempercepat peluang perniagaan dan pelaburan mulai tahun 2022 dan seterusnya serta menunjukkan kadar perkembangan untuk menjadikan AlUla sebagai destinasi yang bertanggungjawab, lestari dan inklusif komuniti.

Presiden AECOM, Lara Poloni berkata: "AlUla merupakan salah satu projek pembangunan terbesar dan paling rumit di dunia yang menempatkan lebih 30,000 buah tapak bersejarah yang penting dan kami berbangga dapat membantu merealisasikan visi bandar ini untuk masa hadapan. Melalui kerjasama dengan RCU, kami berharap dapat memanfaatkan kepakaran pengurusan program global dan teknikal kami untuk menyampaikan warisan lestari yang mengubah AlUla pada tahun-tahun yang akan datang."

AECOM akan menyediakan pelbagai perkhidmatan bersepadu di sepanjang program AlUla. Ini merangkumi pengurusan program peringkat eksekutif untuk menyepadukan semua aliran kerja dan inisiatif utama RCU bagi merealisasikan visi dan pencapaian AlUla, pejabat pelaksanaan projek yang akan bekerjasama dengan RCU dalam melaksanakan amalan terbaik dan seterusnya, penyampaian daripada peringkat reka bentuk hingga pembinaan dan operasi.  

AECOM juga akan mengetuai semua aktiviti reka bentuk daripada menetapkan standard, merealisasikan ekosistem digital, menerajui inovasi, menguruskan para pereka bentuk hingga menyampaikan skop. Seterusnya, pengurusan aset dan kemudahan akan disediakan untuk kitaran hayat projek bersama-sama dengan penanda aras dan pembangunan pelan dan projek bandar pintar.

Mewujudkan peluang untuk komuniti tempatan ialah aspek utama dalam pelan pembangunan AlUla serta pendekatan AECOM. AECOM telah melabur dengan melatih 400 orang pemastautin untuk memperoleh kelayakan vokasional profesional dan akan menyediakan peluang pembangunan kemahiran profesional serta pemindahan pengetahuan tambahan kepada para pemastautin serta mereka yang berpindah ke AlUla untuk bekerja.

Berucap bagi pihak konsortium Perancis, Ketua Pegawai Eksekutif Egis Group, Laurent Germain berkata: "Tiga firma kami yang terkenal - Egis, Assystem dan Setec - bersatu, komited dan teruja untuk menunjukkan kebolehan kami. Sebagai ahli komuniti perniagaan Arab Saudi yang telah lama bertapak, kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan AlUla."

Agensi Perancis untuk Pembangunan AlUla (Afalula) memainkan peranan penting dalam menyatukan konsortium Perancis. Pengerusi Eksekutif Afalula, Gérard Mestrallet berkata: "Perjanjian hari ini meningkatkan kerjasama Arab Saudi-Perancis di AlUla dan ke atas semua projek lain di Arab Saudi. Kerjasama ini turut menampilkan kepakaran kejuruteraan dan infrastruktur Perancis yang terperinci dan mantap untuk menangani aspek-aspek paling mencabar dalam pembangunan yang bertanggungjawab dan lestari."

Konsortium yang diketuai oleh Egis ini menampilkan infrastruktur pengurusan program dan keupayaan pengurusan pembinaan untuk menyokong penyempurnaan projek paling segera diperlukan di AlUla serta pembangunan jangka panjang. Oleh itu, ia menawarkan perspektif baharu dari segi penyampaian infrastruktur yang ditentukan oleh pendekatan terselaras. Satu pasukan teras akan berpangkalan di AlUla termasuk pakar tahap tinggi untuk kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan operasi serta pelbagai pakar antarabangsa sebagai penghubung untuk sebarang jurang pengetahuan.

AECOM dan konsortium Perancis berkongsi nilai Piagam Kelestarian AlUla yang, melalui 12 prinsip kelestariannya, akan memperkasakan pelaksanaan strategi neutral karbon dan ekonomi kitaran. Ia juga akan menetapkan dasar yang kukuh dan berdaya tahan untuk pembangunan warisan dan sasaran alam sekitar AlUla yang dipacu tenaga boleh baharu dengan kapasiti kuasa bersih melebihi 500 megawatt. Menjelang tahun 2035, tenaga boleh baharu akan membekalkan 50 peratus daripada permintaan.

Sejak memperkenalkan pelan induk Perjalanan merentasi masa pada bulan April 2021, RCU telah menunjukkan perkembangan yang signifikan dalam perjalanannya membangunkan AlUla sebagai muzium hidup sambil mempelbagaikan ekonomi dan mewujudkan komuniti yang berdaya maju.

Sebanyak USD2 Bilion telah dilaburkan dalam projek pembangunan utama termasuk memperluas Lapangan Terbang Antarabangsa AlUla, melengkapkan lokasi serba guna Maraya yang menakjubkan dan menerima anugerah seni bina, melengkapkan infrastruktur air dan loji janakuasa di Lembah Ashar dan meningkatkan infrastruktur keselamatan Wilayah AlUla.

Sejurus selepas sempurnanya strategi pembangunan pada tahun 2035, RCU membayangkan bandar AlUla yang baru muncul ini sebagai bandar yang ditakrifkan dengan komuniti yang berkembang maju serta keupayaannya untuk menyokong wawasan penduduk, kecemerlangan perkhidmatan dijadikan norma dan kreativiti mendorong ke arah budaya yang boleh disesuaikan dan fleksibel.

Menjelang tahun 2035, RCU meramalkan bahawa populasi bandar ini akan meningkat lebih tiga kali ganda hingga mencecah 130,000 orang dengan 38,000 pekerjaan baharu yang wujud dan AlUla akan menyumbang sebanyak SAR120 Bilion (USD32 Bilion) kepada KDNK Arab Saudi. Selain itu, 80 peratus daripada Wilayah AlUla akan dijadikan sebagai rizab alam semula jadi dengan flora dan fauna utama yang akan diperkenalkan semula.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan dalam AlUla, sila layari https://www.rcu.gov.sa/en/investment 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi pasukan Perhubungan Awam RCU di publicrelations@rcu.gov.sa 

Nota kepada editor:

Ia sentiasa dieja sebagai AlUla / bukan Al-Ula

Tentang Suruhanjaya Diraja AlUla 

Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) ditubuhkan oleh dekri diraja pada bulan Julai 2017 untuk memelihara dan membangunkan AlUla, sebuah wilayah yang mempunyai alam semula jadi yang luar biasa dan budaya yang signifikan di barat laut Arab Saudi. Pelan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, lestari dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang mengekalkan warisan semula jadi dan bersejarah di kawasan ini serta menjadikan AlUla sebagai lokasi yang menarik untuk didiami, bekerja dan dilawati. Ini mencakupi pelbagai inisiatif yang merangkumi arkeologi, pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan seni yang mencerminkan komitmen untuk memenuhi kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan komuniti tempatan dan keutamaan pemeliharaan warisan dari program Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.

Tentang AECOM 

AECOM ialah sebuah firma perundingan infrastruktur yang paling dipercayai di dunia yang memberikan perkhidmatan profesional di sepanjang kitaran hayat projek – daripada perancangan, reka bentuk dan kejuruteraan hingga pengurusan program dan pembinaan. Dalam projek yang merangkumi pengangkutan, bangunan, air, tenaga dan alam sekitar, pelanggan sektor awam dan swasta mempercayai kami untuk menyelesaikan cabaran mereka yang paling rumit. Pasukan kami didorong oleh tujuan yang sama untuk menjadikan dunia ini lebih baik melalui kepakaran dan inovasi teknikal kami yang tiada tandingan, budaya kesamarataan, kepelbagaian dan keterangkuman serta komitmen terhadap keutamaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus. AECOM ialah sebuah firma Fortune 500 dan perniagaan Perkhidmatan Profesionalnya menghasilkan pendapatan sebanyak $13.2 bilion pada tahun fiskal 2020. Lihat cara kami menyampaikan legasi yang lestari untuk generasi akan datang di aecom.com dan @AECOM.

Tentang EGIS 

Sebagai sebuah kumpulan antarabangsa yang penting dalam sektor perkhidmatan mudah alih dan kejuruteraan pembinaan, Egis mewujudkan dan mengendalikan infrastruktur dan bangunan pintar yang mampu bertindak balas terhadap kecemasan iklim dan menangani cabaran utama masa kini dengan membantu mencapai pembangunan wilayah yang lebih seimbang, lestari dan berdaya tahan.

Anak syarikat milik Causse des Dépôts dengan kepentingan sebanyak 75% dengan baki 25% lagi dimiliki oleh eksekutif pekongsi dan para pekerja, Egis memanfaatkan kepakaran pelbagai bidangnya untuk komuniti dan menjadikan inovasi canggih boleh diakses oleh semua projek di sepanjang kitaran hayatnya: perundingan, kejuruteraan dan operasi.

Melalui bidang aktivitinya yang pelbagai dan luas, Egis merupakan pemain utama dalam organisasi kolektif masyarakat serta penduduk dunia yang berkembang maju. 

Tentang SETEC 

Setec dinilai sebagai peneraju kejuruteraan global hasil kecemerlangan teknikalnya yang telah memacu impian syarikat ini selama lebih 60 tahun.

Dengan 3,300 orang pekerja di seluruh dunia yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pengangkutan, air dan bangunan hingga kecekapan tenaga, infrastruktur digital dan kemudahan perindustrian, setec memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan yang semakin meningkat.

Setec juga merupakan kumpulan bebas yang dimiliki oleh para juruteranya, dengan tenaga dan kecemerlangan yang didorong oleh semangat para pekerjanya. Pekerja setec terus meningkatkan kepakaran mereka dalam mereka bentuk, membina model dan melaksanakan penyelesaian lestari untuk dunia yang kian berubah. Sifat ingin tahu dan keinginan mereka menangani cabaran membolehkan setec mewujudkan perniagaan baharu dan pendekatan yang inovatif yang memberi tumpuan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan para pelanggan.

Tentang Assystem 

Assystem ialah sebuah kumpulan kejuruteraan antarabangsa. Sebagai peserta utama dalam industri selama lebih 50 tahun, Kumpulan ini menyokong para pelanggannya dalam menguruskan perbelanjaan modal di sepanjang kitaran hayat aset mereka. Assystem S.A. disenaraikan di Euronext Paris.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1671597/AIUIa_1.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1671598/AIUIa_2.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1671599/AIUIa_3.jpg?p=medium600

 

(L-R) Badar Alfughom, Senior Advisor to the CEO for Integrated Development, RCU; Drew Jeter, Chief Executive Officer, Global Program Management at AECOM; Eng. Amr AlMadani, Chief Executive Officer, RCU; Eng. Moataz Kurdi, Chief County Zoning, Planning & Operations Office, RCU
(L-R) Badar Alfughom, Senior Advisor to the CEO for Integrated Development, RCU; Drew Jeter, Chief Executive Officer, Global Program Management at AECOM; Eng. Amr AlMadani, Chief Executive Officer, RCU; Eng. Moataz Kurdi, Chief County Zoning, Planning & Operations Office, RCU

 

 

(L-R) Abdullah AlKhalaiwi, Chief Shared Services Officer, RCU; French Ambassador to Saudi Arabia, Ludovic Pouille; Laurent Germain, Group CEO, EGIS; Eng. Amr AlMadani, CEO, RCU; Badar Alfughom, Senior Advisor to the CEO for Integrated Development, RCU; Gérard Mestrallet, Executive Chairman, Afalula; Stéphane Aubarbier, CEO, Assystem Group; Eng. Moataz Kurdi, Chief County Zoning, Planning & Operations Office, RCU
(L-R) Abdullah AlKhalaiwi, Chief Shared Services Officer, RCU; French Ambassador to Saudi Arabia, Ludovic Pouille; Laurent Germain, Group CEO, EGIS; Eng. Amr AlMadani, CEO, RCU; Badar Alfughom, Senior Advisor to the CEO for Integrated Development, RCU; Gérard Mestrallet, Executive Chairman, Afalula; Stéphane Aubarbier, CEO, Assystem Group; Eng. Moataz Kurdi, Chief County Zoning, Planning & Operations Office, RCU

 

 

Source: The Royal Commission for AlUla (RCU)
Keywords: Alternative Energies Amusement Parks and Tourist Attractions Art Construction/Building Entertainment Environmental Products & Services Travel Utilities Workforce Management/Human Resources Contracts New products/services