omniture

Ingersoll Rand dan Jenama-jenamanya Sokong Kesihatan Awam dalam Era Pasca-Pandemik

Ingersoll Rand
2021-11-01 06:09 263

SINGAPURA, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), penyedia global bagi penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri, menyediakan penyelesaian udara termampat dan vakum, pengendalian bahan dan pemeteran untuk industri perubatan dan farmaseutikal. Teknologi udara termampatnya yang canggih serta sistem kawalan aliran yang tepat mengukuhkan kecekapan sistem kesihatan awam dan syarikat-syarikat yang menyokongnya, dalam era pasca-pandemik.

Pemampat udara Ingersoll Rand membantu penghasilan vaksin COVID-19

Pada tahun 2020, pandemik coronavirus menimbulkan keperluan global terhadap pembangunan dan penghasilan vaksin. Dalam industri farmaseutikal ketulenan udara termampat merupakan kunci dalam proses pengeluaran. GMP memerlukan kualiti udara tertinggi, bebas daripada bahan cemar, partikel, bakteria dan mikroorganisma permukaan; selain kawalan minyak, habuk dan tekanan takat embun udara termampat yang ketat. 

Pemampat bebas-minyak siri Ingersoll Rand Sierra
Pemampat bebas-minyak siri Ingersoll Rand Sierra

Pemampat tanpa minyak direka khas untuk pengeluaran farmaseutikal dan tanpa mengira sama ada ia merupakan emparan atau putaran, ialah produk yang paling biasa digunakan dalam industri farmaseutikal. Ingersoll Rand dengan bangganya menawarkan rangkaian penyelesaian pemampat tanpa minyak yang merupakan alat ideal untuk menyokong penghasilan vaksin COVID-19!

Sistem vakum pusat Elmo Rietschle untuk bilik bedah hospital

Sistem vakum hospital digunakan untuk mengekstrak gas perubatan daripada bilik bedah dan wad perubatan, di samping penyedutan cecair dan sisa tubuh yang selamat dan bersih. Justeru itu, keandalan dan ketahanan merupakan kepentingan utama dengan kemudahan ini memerlukan masa hidup yang maksimum daripada setiap pemasangan.

Sistem vakum perubatan Elmo Rietschle VPK
Sistem vakum perubatan Elmo Rietschle VPK

Dikilangkan mengikut ISO Standard 7396-1:2016, ISO9001:2015, DIR: 93/42/CEE, serta mematuhi sepenuhnya Piawaian CE Perubatan, sistem vakum pusat Elmo Rietschle menggabungkan keandalan terbukti dengan pemasangan yang mudah dan penyelenggaraan yang rendah untuk memberi sokongan misi kritikal kepada hospital-hospital di serata dunia.

Teknologi vakum Nash untuk pelbagai kegunaan farmaseutikal 

Selama lebih 110 years, NASH telah menyediakan sistem vakum yang selamat, cekap dan andal kepada pelanggan dalam industri farmaseutikal. Sebagai peneraju global dalam teknologi vakum, Nash mempunyai pengetahuan dan kepakaran untuk menyampaikan penyelesaian disesuaikan yang dapat membantu menangani walaupun cabaran pemprosesan industri yang paling rumit.

Pam vakum gelang cecair Nash
Pam vakum gelang cecair Nash

Menggunakan pelbagai jenis teknologi seperti skru kering dan pam vakum gelang cecair, pembuang wap dan udara serta sistem vakum hibrid, Nash menawarkan rangkaian penyelesaian standard dan direkayasa-mengikut-pesanan yang lengkap untuk pelbagai aplikasi farmaseutikal termasuk penyulingan, pengeringan, penyejatan, pemulihan pelarut dan pelucutan vakum.

Milton Roy membantu dalam larutan campuran kain tiupan cair (meltblown) untuk pengeluaran pelitup muka

Fabrik bukan tenun dan kain tiupan cair (meltblown) merupakan dua bahan penting yang digunakan untuk pelitup muka perubatan dan N95, dengan kain tiupan cair digunakan sebagai lapisan tengah, bertindak sebagai teras untuk seluruh pelitup muka. Pam meter siri mRoy daripada Milton Roy membantu pelanggan mencapai tahap ketepatan dan keandalan yang diperlukan oleh pencampuran dan penyuntikan bahan mentah, bagi memenuhi keperluan proses penghasilan kain tiupan cair.

Pam meter siri Milton Roy mRoy
Pam meter siri Milton Roy mRoy

Direka bentuk untuk memenuhi standard industri global, pam meter siri mRoy menyediakan dos yang tepat bagi pelbagai jenis cecair. Ketepatan pam dalam keadaan stabil dapat mencecah ±0.5%, dengan nisbah kebolehjulatan maksimum 100:1. Jangka hayat perkhidmatannya selama 96,000 jam yang panjang dicapai dengan mengguna pakai injap pelega tekanan boleh laras yang bersepadu dan reka bentuk diafragma seimbang dari segi hidraulik. Pam meter siri mRoy turut memberikan ciri kefleksibelan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis proses dan keperluan pengeluaran.

ARO menyediakan penyelesaian pengendalian bahan untuk pengeluar sarung tangan perubatan

Dalam bidang farmaseutikal dan pembuatan peralatan perubatan, pam diafragma kendalian udara ARO diiktiraf secara meluas atas prestasinya yang stabil dan cekap dalam aplikasi pengangkutan bahan gred perindustrian dan kebersihan FDA. Dengan prestasi, kualiti dan keandalan yang cemerlang, selain pemasangan yang mudah, pam ARO sesuai untuk pengangkutan bahan dengan kelikatan sederhana hingga tinggi dengan rintangan ricih, kakisan dan lelasan yang rendah.

Pam diafragma kendalian udara ARO
Pam diafragma kendalian udara ARO

Dengan permintaan terhadap sarung tangan perubatan meningkat secara mendadak yang membawa kepada peningkatan tekanan dan kesegeraan ke atas industri pembuatan sarung tangan perubatan, pam diafragma kendalian udara ARO berusaha untuk membantu meningkatkan kecekapan dan keandalan proses pengangkutan bahan yang akan membolehkan pengeluar meningkatkan kapasiti pengeluaran sarung tangan perubatan mereka dengan berkesan bagi memenuhi peningkatan permintaan global.

Ingersoll Rand dan jenama-jenamanya komited untuk menjadikan pelanggan kami berjaya dengan menyediakan teknologi dan perkhidmatan yang inovatif agar anda dapat bergantung pada kami untuk membantu anda menjadikan kehidupan lebih baik.

Latar Belakang Ingersoll Rand Inc.

Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), didorong oleh semangat keusahawanan dan penetapan minda pemilikan, berdedikasi untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik buat kakitangan, pelanggan dan komuniti kami. Pelanggan bergantung pada kami untuk kecemerlangan kami yang dipacu teknologi dalam penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri dalam lebih 40 jenama yang disegani yang mana produk dan perkhidmatan kami cemerlang dalam keadaan yang paling rumit dan sukar. Portfolio produk kami terdiri daripada pemampat udara, pam, peniup dan sistem untuk pengurusan cecair, pemuatan dan pengendalian bahan serta alat kuasa. Menerusi lebih 16,000 pekerja di seluruh dunia, pasukan kami membangunkan pelanggan sepanjang hayat melalui komitmen harian mereka terhadap kepakaran, produktiviti dan kecekapan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.IRCO.com.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Hubungi:
 April Wu
Emel: mktg.au@gardnerdenver.com

 

Source: Ingersoll Rand
Related Stocks:
NYSE:IR
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics HVAC Medical/Pharmaceuticals