omniture

Huawei umum pemenang-pemenang AppsUP 2021 untuk Asia-Pasifik

Huawei Mobile Services
2021-11-01 11:26 141

SINGAPURA, 1 November 2021 /PRNewswire/ -- Huawei Mobile Services (HMS) secara rasminya mengumumkan pemenang-pemenang Asia Pasifik bagi AppsUP 2021, Pertandingan Inovasi Aplikasi HMS HUAWEI. AppsUP ialah pertandingan pembangunan aplikasi mudah alih global yang diadakan setiap tahun oleh Huawei, bertujuan untuk memberi inspirasi dan menarik minat pembangun yang berbakat di seluruh dunia untuk mencipta aplikasi yang inovatif dengan memanfaatkan keupayaan terbuka HMS Core.

Huawei Mobile Services (HMS) secara rasminya mengumumkan pemenang-pemenang Asia Pasifik bagi AppsUP 2021, Pertandingan Inovasi Aplikasi HMS HUAWEI. 20 aplikasi inovatif memanfaatkan keupayaan HMS Core dalam bidang kesihatan, permainan, utiliti dan banyak lagi membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$200,000. Kunjungi https://bit.ly/appsupapac-top20winners untuk senarai pemenang penuh.
Huawei Mobile Services (HMS) secara rasminya mengumumkan pemenang-pemenang Asia Pasifik bagi AppsUP 2021, Pertandingan Inovasi Aplikasi HMS HUAWEI. 20 aplikasi inovatif memanfaatkan keupayaan HMS Core dalam bidang kesihatan, permainan, utiliti dan banyak lagi membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$200,000. Kunjungi https://bit.ly/appsupapac-top20winners untuk senarai pemenang penuh.

Dalam edisi APAC, pertandingan ini mengiktiraf 20 aplikasi cemerlang di seluruh rantau ini dengan ganjaran hadiah wang tunai berjumlah US$200,000 dalam 10 kategori berbeza. Di samping kategori-kategori anugerah sedia ada iaitu "Best App", "Best Game", "Best Social Impact Award", "Honourable Award" dan "Most Popular App Award" daripada tahun lalu, AppsUP 2021 menyaksikan pengenalan lima kategori anugerah baharu untuk memberi sokongan kepada lebih banyak kumpulan pembangun dalam komuniti ini seperti pelajar dan wanita. Kategori-kategori baharu ini ialah "AppGallery Rising Star Award", "Best Fintech Innovation Award", "Best HMS Core Innovation Award", "Excellent Student Award" dan "Tech Women's Award".

Aplikasi-aplikasi pemenang AppsUP 2021 APAC ialah:

Kategori Anugerah 

Aplikasi Pemenang 

Best App Award

(US$15,000 setiap pemenang)

-  Rumah Kisah (Indonesia)

-  FareFirst (India)

Best Game Award

(US$15,000 setiap pemenang)

-  Color Ball Adventure (Vietnam)

-  Stick Clash (Vietnam)

Best HMS Core Innovation Award

(US$15,000 setiap pemenang)

-  Land of Calm (Sri Lanka)

-  Notify Me (Thailand)

Best Social Impact

(US$15,000 setiap pemenang)

-  Plano - Parental Control & Kids Screen Time App (Singapura)

Best Fintech Innovation Award

(US$10,000 setiap pemenang)

-  Smart Invoice (Malaysia)

Tech Women's Award

(US$10,000 setiap pemenang)

-  Water The Farm (Indonesia)

-  BloodBank (Malaysia)

AppGallery Rising Star Award

(US$8,000 setiap pemenang)

-  Candybots Alphabet ABC Tracing (Vietnam)

-  ICC (International Covid Center) (Indonesia)

-  KonsultaMD (Filipina)

-  Scanee (Sri Lanka)

-  Stickman Cartoon : 1 - 4 players (Vietnam)

Excellent Student Award

(US$5,000 setiap pemenang)

-  Paws - Group Debt Book (Malaysia)

-  SmartReader (Sri Lanka)

-  VQH Weather (Vietnam)

Honourable Award

(US$3,500 setiap pemenang)

-  BookDoc (Malaysia)

-  PH Weather And Earthquake Updates (Filipina)

Most Popular App Award

(US$3,000 setiap pemenang)

-  Plano - Parental Control & Kids Screen Time App (Singapura)

Inovasi dalam Kesihatan dan Kesejahteraan 
Satu pertiga daripada 20 aplikasi pemenang pada tahun ini menjadi milik bidang kesihatan dan kesejahteraan, menawarkan penyelesaian untuk menumpukan kepada kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Sebagai contoh, "Plano" Singapura ialah aplikasi kawalan ibu bapa dan kesihatan mata berasaskan sains untuk ibu bapa dan juga anak-anak. Aplikasi ini bersepadu dengan Machine Learning Kit (ML Kit) HMS untuk mengupayakan prasiar kamera waktu sebenar bagi mengesan postur dan jarak muka-ke-skrin kanak-kanak apabila dalam mod aktif. Aplikasi ini juga merupakan satu-satunya yang meraih dua anugerah tahun ini, bagi "Best Social Impact Award" dan "Most Popular App Award."

Merangkul Tech's Women's Award yang baru ditambah, aplikasi "Bloodbank" menghubungkan bank darah, penderma darah dan penerima darah pada satu platform yang sama. Dibangunkan oleh tiga pembangun pelajar daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Malaysia, ahli pasukan wanita ini memainkan peranan penting dalam pembangunan fungsi "Permohonan Darah" yang membolehkan penerima darah mendaftarkan permintaan mereka secara terperinci, menyatakan lokasi hospital, jenis dan unit darah yang diperlukan dengan mudah melalui aplikasi ini.

Pemenang Best HMS Core Innovation Award – "Land of Calm" meningkatkan tahap kesihatan mental pengguna dengan menyediakan meditasi berpandukan bunyi, senaman pernafasan, cerita dan muzik yang menenangkan. Ciri-ciri berpandukan bunyi dan penceritaan dapat dijayakan melalui penggunaan keupayaan Audio Kit dan teks-kepada-ucapan ML Kit.

Aplikasi Permainan Tersenarai di Kedudukan Tinggi
Menurut App Annie, Permainan merupakan kategori aplikasi yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2020, menyumbang sebanyak lebih 40% daripada kesemua muat turun. Menyamai trend global, bukanlah suatu yang mengejutkan untuk melihat aplikasi Permainan mara ke peringkat akhir. Lima daripada pemenang AppsUP2021 ialah permainan, bermula daripada permainan main peranan hingga permainan teka-teki.

Kedua-dua aplikasi yang memenangi "Best Game Award" berasal dari Vietnam. "Color Ball Adventure" ialah permainan pengembaraan yang mana pemain mengawal bola berwarna untuk menempuh halangan. Sementara "Stick Clash" pula merupakan permainan strategi teka-teki orang lidi (stickman) yang mana pemain mengawal sepasukan besar figura lidi untuk melepasi lebih 350 tahap.

Salah satu pemenang AppGallery Rising Star Award, "CandyBots Alphabet ABC Tracing" menggamifikasikan proses pembelajaran kanak-kanak. Aplikasi ini membolehkan kanak-kanak kecil berlatih mengesan huruf, menggunakan kad imbas untuk mengeja perkataan baharu, malah menonton kartun bagi meluaskan perbendaharaan kata mereka.

Menggalakkan Kreativiti Aplikasi merentas Semua Tahap Pembangun 
Sejak pelancaran globalnya pada April 2018, gedung aplikasi HUAWEI, AppGallery berkembang menjadi pasaran aplikasi terbesar tiga teratas dengan lebih 560 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Menjelang penghujung September 2021, jumlah pembangun dalam ekosistem Huawei turut mencecah 5.1 juta.

Pertumbuhan ekosistem ini turut mencerminkan peluang untuk pembangun aplikasi seperti yang dapat dilihat melalui keputusan AppsUP 2021. Di APAC, pertandingan tahun ini menyaksikan hampir 50% lebih banyak pendaftaran pasukan dan hampir dua kali ganda jumlah penyerahan aplikasi berbanding tahun sebelumnya.

"AppsUP 2021 melengkapkan sumber dan program lain yang disediakan kepada pembangun di rantau ini untuk mendorong inovasi melalui ekosistem HMS. Kategori-kategori anugerah yang baru ditambah mendapat minat yang luar biasa daripada kumpulan pembangun yang lebih luas. Khususnya AppGallery Rising Star Award, Excellent Student Award dan Tech Women's Award yang menyediakan platform untuk pembangun yang sedang meningkat, wanita dan pelajar untuk merealisasikan kreativiti aplikasi mereka dan mendapat ganjaran melalui inisiatif ini," kata Shane Shan, Pengarah Huawei Asia Pacific Consumer Cloud Service.

"HMS ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang bagi pertandingan AppsUP 2021 APAC tahun ini. Kami berharap agar semua pembangun dapat terus berinovasi dalam ekosistem terbuka sepenuhnya HMS; bersama-sama, kita membina dunia pintar yang terhubung sepenuhnya," tambah Shan.

Semua aplikasi yang berjaya kini disediakan di HUAWEI AppGallery untuk dimuat turun dan digunakan oleh pengguna. Untuk senarai pemenang penuh, sila kunjungi: https://bit.ly/appsupapac-top20winners.

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards