omniture

Chromalloy Umum Perjanjian Honeywell Baharu Sistem dan Perkhidmatan Enjin Kapal Terbang

Chromalloy
2013-08-17 08:55 139

PALM BEACH GARDENS, Florida, 17 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Chromalloy hari ini mengumumkan satu Perjanjian Lesen Pembaikan serta Perjanjian Pembekal dengan Honeywell. Perjanjian untuk tempoh 10 tahun itu meliputi komponen enjin kapal terbang dan perkhidmatan kejuruteraan untuk alat ganti, dan proses penyaduran khas.

"Chromalloy mengukuhkan lagi hubungan berkekalan kami dengan Honeywell sebagai pembekal bahan dan alat ganti," kata Armand F. Lauzon, Jr., Ketua Pegawai Eksekutif. "Chromalloy akan membaiki dan mengilangkan komponen laluan gas dan menyediakan saduran halangan haba serta bahan lain untuk enjin kapal terbang. Di bawah Perjanjian Lesen Pembaikan itu, syarikat itu akan melakukan kerja pembaikan dan menyediakan sokongan bahan untuk Honeywell dan enjin serta sistem mekanikal yang kini sedang dikendalikan oleh para pelanggannya di seluruh dunia."

Perjanjian Pembekal dan Perjanjian Lesen Pembaikan bermula pada 12 Ogos 2013 dan meliputi rangkaian penuh sistem Honeywell yang memperkasakan kapal terbang komersil, kargo, ketenteraan dan perniagaan, serta unit kuasa tambahan.

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Chromalloy di Palm Beach Gardens, Florida juga akan menyediakan perkhidmatan makmal metalurgi, aplikasi pembaikan komponen lanjut dan pengilangan serta aplikasi rekaan bahan dan aplikasi pembaikan saduran lanjut.

Chromalloy ialah peneraju pembekal untuk pembaikan, saduran dan perkhidmatan teknologi terkini untuk kerajang udara turbin dan komponen enjin kritikal lain. Syarikat itu berkhidmat untuk pengilang dan pengendali enjin turbin dalam industri aeroangkasa komersil dan pertahanan, serta industri tenaga.

Fasiliti Chromalloy termasuklah pengendalian, blok tambahan dan pejabat jualan seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.chromalloy.com.

Chromalloy telah berevolusi daripada perniagaan pembaikan alat ganti turbin gas menjadi peneraju pembekal untuk pembaikan lanjut, perkhidmatan, dan penyelenggaraan, pembaikan dan pembaikpulihan untuk turbin gas yang digunakan dalam penerbangan dan aplikasi di darat. Chromalloy berkhidmat untuk syarikat penerbangan, pasukan tentera, pasukan tentera laut dan segmen tenaga dengan rangkaian perkhidmatan luas di seluruh dunia. Chromalloy diberi kuasa oleh FAA dan EASA dan banyak NAA lain, dan memegang kelayakan di bawah ISO dan NADCAP. Chromalloy ialah syarikat subsidiari Sequa Corporation.

Sequa Corporation ialah syarikat perindustrian berkepelbagaian dengan pengendalian dalam industri aeroangkasa, tenaga dan saduran logam. Sequa ialah syarikat Kumpulan Carlyle. Untuk maklumat lanjut, lawati www.sequa.com.

Hubungan Media:
Cathy Gedvilas
+1-718-974-9595
cathy_gedvilas@sequa.com 

Source: Chromalloy
Keywords: Airlines/Aviation Machinery Transportation Contracts