omniture

Yili Group Lapor Pendapatan Kendalian RMB 85 Bilion dalam Tiga Suku Pertama 2021, dengan Pertumbuhan Keuntungan Bersih Lebih 30%

Yili Group
2021-11-02 10:27 192

HOHHOT, China, 2 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada 28 Oktober 2021, Yili Group mengeluarkan keputusan kewangannya untuk tiga suku pertama tahun 2021. Sepanjang tempoh ini, Yili telah mencapai pendapatan kendalian keseluruhan sebanyak RMB 85.007 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RMB 7.967 bilion, masing-masing mewakili peningkatan 15.23% dan 31.82%. Kedua-dua penunjuk ini mencapai paras tinggi yang mencatat rekod dan pertumbuhan keuntungan sebanyak lebih daripada 30% yang jauh melebihi jangkaan.

Yili Group Reports Operating Revenue of RMB 85 Billion in the First Three Quarters of 2021, with a Net Profit Growth of Over 30%
Yili Group Reports Operating Revenue of RMB 85 Billion in the First Three Quarters of 2021, with a Net Profit Growth of Over 30%

Keuntungan bersih Yili dalam tiga suku pertama telah melangkaui keuntungan bersih pada tahun lalu, menandakan tinjauan baharu untuk prospek pertumbuhan syarikat ini. Prestasi turut menunjukkan bahawa Yili kini dijangka menjadi syarikat tenusu pertama di Asia yang melangkaui pendapatan RMB 100 bilion.

Seperti yang dikatakan oleh Pan Gang, Pengerusi of Yili Group, "Kami akan melabur lebih banyak dalam landasan yang memberi tumpuan kepada trend penggunaan baharu dan beraspirasi untuk melakukan yang terbaik dalam setiap satu daripadanya. Kami juga akan mempercepatkan transformasi digital kami untuk meningkatkan kecekapan kendalian keseluruhan Kumpulan ini dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif strategik kami."

Produk teras mengekalkan pertumbuhan stabil, sementara pemacu pertumbuhan baharu muncul

Yili terus menonjol sebagai penetap rentak bagi pasaran dalam susu cair, ais krim dan produk-produk lain. Yili Satine Organic Milk, AMBPOMIAL dan Changqing telah merangkul tempat pertama dalam segmen pasaran masing-masing.

Jualan produk baharu telah meningkat dengan kukuh, dengan potensi jenama mula muncul sebagai penggerak baharu yang menyokong pertumbuhan prestasi Yili. Kategori-kategori pertumbuhan tinggi termasuk keju, air mineral, susu bersuhu rendah dan susu formula, kesemuanya telah mengekalkan pertumbuhan yang pesat.

Susu tepung dewasa Xinhuo Yili telah menerajui segmen pasaran dari segi jumlah jualan manakala Jinlingguan telah menjadi jenama susu formula bayi yang telah menyaksikan pertumbuhan yang paling pesat dalam pasaran China. Semasa tiga suku pertama tahun 2021, kategori susu formula bayi Yili telah mencapai kadar pertumbuhan sebanyak lebih daripada 30% berbanding tahun sebelumnya.

Kini, Yili telah meliputi senario penggunaan utama keju. Tiga suku pertama menyaksikan peningkatan 180% berbanding tahun sebelumnya dari segi jumlah jualan runcit bagi perniagaan keju Yili.

Memperkukuh kepimpinan susu formula bayi dan menembusi pasaran produk nutrisi 

Yili memperkayakan kategori-kategori secara proaktif dan kerjasama strategiknya sejak awal tahun 2021.

Pada 27 Oktober 2021, Yili berganding bahu dengan peneraju susu kambing Ausnutria Dairy dan menjadi pemegang saham terbesar bagi Ausnutria Dairy. Ausnutria turut menampilkan susun atur komprehensif dalam produk pemakanan dan telah dilesenkan dengan tanda kualiti China untuk produk penjagaan kesihatan. Ini akan memudahkan pengembangan masa depan Yili dalam pasaran makanan kesihatan dengan ketara.

Pendigitalan memperkasa industri untuk meningkatkan kecekapan pengendalian 

Yili telah menubuhkan sebuah pasukan khusus yang mengusahakan pendigitalan sejak tahun 2019 dan membangunkan strategi transformasi berorientasikan pendigitalannya untuk dekad akan datang, menyusun pelan hala tuju untuk pemasaran, produk dan rantaian bekalan.

"Transformasi digital harus dipercepatkan untuk menjamin amalan berorientasikan pengguna kami dari segi pembinaan jenama dan inovasi produk. Inilah tugas yang utama buat Yili pada tahun 2021," menurut Pan Gang.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages Earnings