SUWON, Korea Selatan, 19 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Bandar Suwon menawarkan dunia pandangan pertama masa hadapan ekomobil SUWON, Korea Selatan, 14 Ogos – Festival ekomobiliti pertama dunia yang akan berlangsung di bandar Suwon, Korea Selatan bulan hadapan akan memaparkan kenderaan mudah alih mesra alam terbaharu yang dihasilkan oleh pengilang global, kata penganjur acara itu pada hari Rabu. Festival Dunia Ekomobiliti 2013 akan diadakan di Suwon, 30 kilometer arah selatan dari Seoul, mulai 1 ke 30 September bagi mempamerkan motosikal, skuter, kenderaan elektrik ringan dan kaedah pengangkutan yang mampan daripada segi alam sekitar yang dimajukan menggunakan teknologi hijau inovatif. Sejumlah 39 pengeluar dari lapan negara/rantau, termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Taiwan dan Korea Selatan, akan menunjukkan rangkaian kenderaan mudah alih terbaharu mereka. Pembuat motosikal Jerman Toxy akan memperkenalkan basikal tiga rodanya "Trimobole" yang boleh mengangkut tiga orang pada satu-satu masa tetapi memerlukan seorang saja untuk mengayuh. Basikal itu ditunggang sewaktu Maraton Hamburg pada bulan April oleh wartawan dan seorang jurukamera untuk mendapat pandangan jarak dekat para pelari, menurut syarikat itu. Nordic Cab akan memperkenalkan satu treler basikal pelbagai guna yang dibuat daripada aluminium dan plastik keras yang mesra alam. Pengeluar Korea Selatan seperti Samchuly dan Hyosung Motors juga akan mempamerkan basikal dan motosikal elektrik mereka.
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/08/14/20130814191617971021.html )
"Jawatankuasa penganjur telah memperluaskan ruang untuk tapak pameran promosi kerana terdapat lambakan permohonan penyertaan daripada banyak syarikat," kata Kim Byung-ik, ketua penganjur.
Disamping pameran promosi, banyak program hiburan dan budaya seperti forum idea, sesi uji produk dan sebuah konsert mini akan diadakan bagi para pengunjung, menurut penganjur.
Semasa acara itu, kawasan berhampiran seluas 4,000 meter persegi dalam bandar itu akan dikhususkan sebagai kawasan bebas kenderaan bagi pelawat dan penduduk tempatan menguji kenderaan ekomobil itu.
Bandar Suwon berharap dapat mempromosikan bandar itu sebagai peneraju pembangunan mampan melalui acara ini, kata para pegawai. Bandar itu telah mengambil beberapa inisiatif dalam bidang itu, termasuk mengadakan hari tanpa kenderaan dan menetapkan sasaran pembebasan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2030.
"Dengan festival ini, kami akan bekerjasama bagi menunjukkan apa rupa sebuah bandar ekomobil dan menyampaikan mesej bahawa gaya hidup urban baharu ini boleh dicapai," kata Datuk Bandar Suwon, Yeom Tae-young.
SUMBER: Jawatankuasa Penganjur Festival Dunia EkoMobiliti Suwon 2013