omniture

HUAWEI CONNECT 2021 - ASIA PASIFIK: Huawei komited menjadi rakan pilihan untuk transformasi digital

Huawei
2021-11-02 11:33 243

SINGAPURA, 2 November 2021 /PRNewswire/ -- Acara utama yang pertama daripada Huawei untuk industri ICT rantau Asia-Pasifik (APAC) – HUAWEI CONNECT 2021 – ASIA PASIFIK dilancarkan pada hari ini yang bertema "Menyelami Digital di Asia-Pasifik" ("Dive into Digital in Asia-Pacific"), meneroka bagaimana teknologi dapat bersepadu dengan lebih baik bersama senario perniagaan dan pengetahuan industri bagi menangani cabaran perniagaan yang kritikal dan bagaimana pemegang berkepentingan dapat saling bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memupuk sebuah ekosistem industri yang terbuka serta mendorong kejayaan bersama.

Acara ini membawakan tiga ucapan dasar dan kata-kata pembukaan dengan sekitar 15 ketua pegawai pengalaman (CXO) daripada sektor kerajaan dan komersial di seluruh APAC seperti Sunseap Group, KBank, University Malaya, Union Bank, Toyota Astra, Bank Central Asia (BCA), UCARS dan tetamu kerajaan untuk berkongsi visi dan pengalaman mereka berhubung transformasi digital di APAC.

Menerusi ucapan dasar Jeffery Liu, Presiden Huawei Asia-Pasifik, beliau menyatakan bahawa transformasi digital adalah lebih nyata dan mendesak berbanding sebelum ini. Huawei akan memanfaatkan teknologi ICT yang inovatif untuk membantu pelanggan mempercepatkan transformasi digital. Di Asia Pasifik, Huawei akan memfokuskan kepada 4 bidang: Perkhidmatan awan, Pembangunan rendah karbon, Infrastruktur digital inovatif, membina ekosistem rakan kongsi dan melatih bakat digital. Huawei komited untuk menjadi rakan pilihan bagi transformasi digital di rantau ini.

Jeffery berkata, "Di Asia Pasifik, HUAWEI CLOUD mengendalikan 7 Zon Ketersediaan dan mempunyai pasukan perkhidmatan tempatan di lebih 10 negara. Huawei menggabungkan teknologi digital dan elektronik untuk membangunkan perkhidmatan kuasa digital yang inovatif dengan menggunakan tenaga secekap yang mampu dan meminimumkan jejak karbon dalam infrastruktur ICT dengan memanfaatkan penjanaan kuasa yang bersih, pengangkutan elektrik dan penyimpanan tenaga pintar bagi menyokong pelanggan kami untuk menjimatkan tenaga dan melindungi alam sekitar. Setiap tahun Huawei melabur lebih 10% pendapatan ke dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi nilai kepada industri dan masyarakat melalui inovasi, membantu pelanggan kami beralih kepada digital menerusi produk serta penyelesaian yang inovatif dan andal. Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami akan terus melatih lebih 100 ribu ahli profesional ICT di Asia-Pasifik untuk mengukuhkan akar umbi bakat demi transformasi digital."

HUAWEI CONNECT 2021 – ASIA PASIFIK: Huawei komited menjadi rakan pilihan untuk transformasi digital
HUAWEI CONNECT 2021 – ASIA PASIFIK: Huawei komited menjadi rakan pilihan untuk transformasi digital

Dalam sesi perkongsian Kepimpinan Digital, Profesor Alex Siow daripada NUS berkongsi mengenai sejauh mana teknologi digital baru muncul telah mengubah pelbagai industri dan bagaimana teknologi ini akan berkembang seiring dengan pandemik. "Kepimpinan digital merupakan penggunaan strategik aset digital syarikat untuk mencapai matlamat perniagaan dan peneraju industri akan meneroka bagaimana teknologi dapat digunakan untuk membantu perniagaan mereka menjadi lebih responsif kepada keperluan pelanggan mereka dan juga keperluan perniagaan yang semakin berubah-ubah. Peneraju digital harus memimpin jalan dalam transformasi digital dan membantu pelanggan menjadi lebih berciri digital dan lebih tangkas bagi menerima pemecutan pantas perubahan teknologi," kata Profesor Alex Siow.

Acara ini dengan berbesar hati mengundang syarikat-syarikat penting seperti PSA Corporation Ltd, Sunway Berhad Malaysia, Integrated Health Information System (IHIS) Singapura, Singapore Press Holdings (SPH) dan Prof. Dr. De Crème daripada NUS untuk mengambil bahagian dalam perbincangan panel terbuka, berkongsi pandangan mereka dari segi perkembangan sebagai sebuah perusahaan dan untuk membantu peneraju industri mendekati transformasi perniagaan dari perspektif yang berbeza. Semasa sesi perbincangan panel, Ho Vee Leung, Ketua Infocomm Technology & Data daripada PSA berkongsi manfaat teknologi seperti bagaimana 5G, yang berupaya dalam penghantaran tanpa wayar lebar jalur yang besar dan kependaman rendah, mengupayakan kawalan peralatan mudah alih pada waktu sebenar dalam persekitaran pelabuhan terbuka dan bagaimana teknologi IoT Pintar mendayakan penggunaan tenaga dalam terminal untuk diurus dan dioptimumkan dengan lebih baik, mengimbangi kehendak puncak dan lurah serta mengurangkan risiko gangguan yang berkaitan dengan kuasa. Alan Goh, Penolong Ketua Eksekutif IHIS turut berkongsi bagaimana IHIS menggunakan teknologi untuk mencipta nilai dalam industri rawatan kesihatan. Alan berkongsi contoh program vaksinasi di Singapura dan bagaimana mereka menyepadukan teknologi untuk mengupayakan pengemaskinian proses vaksinasi pada waktu sebenar. Kevin Khoo, Ketua Pegawai Maklumat dari Sunway Berhad Malaysia berkongsi pengalaman luas beliau dalam mengurus konglomerat besar dalam perjalanan transformasi digital dan kepentingan kerjasama yang erat bersama vendor. Glen Francis, Ketua Pegawai Teknologi SPH menyebut bahawa kepimpinan dan penjajaran pemegang berkepentingan penting terutamanya apabila membina perkakas teknologi baharu atau platform dalam organisasi dan komunikasi merupakan bahagian yang penting dalam mengatasi cabaran perjalanan transformasi digital.

Semasa perbincangan, Nicholas Ma, Presiden Huawei Asia Pacific Enterprise BG menyatakan bahawa Transformasi digital bukan strategi pasang-dan-pakai yang menonjolkan keputusan serta merta. Terdapat dua bidang yang penting pada asasnya untuk transformasi digital, satu bidang ialah organisasi dan satu lagi ialah teknologi. Bagi menangani isu kemahiran dan meningkatkan ketangkasan organisasi, Huawei akan terus melabur dalam pemupukan bakat digital dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi untuk menyediakan lebih banyak penyelesaian berasaskan senario dalam perjalanan transformasi digital mereka. "Tatkala teknologi-teknologi baharu seperti Awan dan AI terus matang, aplikasi teknologi digital berkembang melangkaui pejabat dan ke dalam sistem pengeluaran industri-industri yang akan mengubah atau meningkatkan produktiviti. Bersama rakan kongsi kami, kami mengambil masa untuk benar-benar memanfaatkan teknologi dan penyelesaian utama kami sebaiknya, untuk memahami perniagaan pelanggan kami, terutamanya cabaran yang mereka hadapi dan kemudian membangunkan penyelesaian yang disesuaikan untuk menyokong mereka. Bagi melakukan hal ini, kami telah membina 13 OpenLabs di seluruh dunia untuk menyokong inovasi bersama, di Asia Pasifik, kami mempunyai OpenLabs di Singapura dan Thailand," seperti yang dikongsi selanjutnya oleh Nicholas Ma.

Brandon Wu, Ketua Pegawai Teknologi Huawei Asia Pacific Enterprise BG menyebut bahawa Huawei merancang untuk memberikan pengalaman yang konsisten kepada perusahaan semasa menggunakan aplikasi natif-awan yang tidak dikekang oleh batasan geografi, rentas awan atau trafik. Huawei turut memanfaatkan inovasi ICT untuk penjimatan tenaga dan kemampanan, dengan memperkenalkan tapak mesra alam, meningkatkan kecekapan rangkaian pusat data dan membawakan penyambungan mesra alam dengan memperluaskan lebih banyak sambungan optik kepada rangkaian rumah dan kampus bagi mengurangkan lagi penggunaan kuasa.

Brandon Wu turut menghuraikan inovasi terkini yang akan dibawa oleh Huawei ke pasaran:

  1. Huawei OptiXsense Solution dan model produk EF3000 yang dapat mengukur getaran laser, untuk mengesan perubahan persekitaran objek yang sedang dipantau, untuk mengurangkan isyarat palsu dengan ketara.
  2. Digital, dikuasakan oleh "Office Twins" pintar - Wi-Fi 6e AP dan HUAWEI IdeaHub. Kesemua ini akan meningkatkan lagi pengalaman bilik mesyuarat anda serta produktiviti pejabat dengan gigabit merata dan kolaborasi yang lancar.
  3. Penyelesaian rangkaian IP berketentuan yang pertama dalam industri yang menyokong rangkaian berbilang-lompat puluhan ribu nod, agar ia dapat menyampaikan prestasi rangkaian IP berketentuan, lalu menjadikan kilang digital automatik sepenuhnya suatu kenyataan.
  4. Rangkaian penghantaran Optik Hibrid (OTN), dengan menggabungkan kelebihan teknologi antara PON dan OTN bersama, Huawei memperkenalkan H-OTN buat julung kalinya ke pasaran, kehilangan paket kini dapat diminimumkan dan keandalan pula dapat mencecah lima 9 untuk perkhidmatan misi kritikal.
  5. OceanStor Pacific, storan teragih yang pertama dalam industri untuk Analitik Data Prestasi Tinggi (HPDA). Penyelesaian ini memecahkan silo pemprosesan data antara data raya, AI, pengkomputeran berprestasi tinggi dan memperkemas pelbagai keupayaan storan ke dalam satu peranti, dengan aliran data adaptif untuk IO bersaiz besar dan juga kecil.

Menyelami Digital, Menyelami Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei Connect 2021 – Asia Pasifik, sila kunjungi: https://bit.ly/3lD47lz

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; mentakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei  
https://twitter.com/HuaweiEntAPAC
https://www.facebook.com/HuaweiEnterpriseAPAC
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards