omniture

Platform Perdagangan MetaTrader 5 Diperakui Bursa Sekuriti Australia (ASX)

MetaQuotes Software Corp.
2013-08-19 18:21 137

LIMASSOL, Cyprus, 19 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- MetaQuotes Software Corp. mengumumkan perakuan platform perdagangan MetaTrader 5 oleh Bursa Sekuriti Australia (ASX). Ia merupakan bursa saham utama di Australia dan antara bursa terbesar di rantau Asia. Broker yang bekerja untuk ASX kini mempunyai peluang untuk berkhidmat dengan klien menggunakan MetaTrader 5. Perakuan ini bermaksud MetaTrader 5 telah lulus semua ujian yang perlu dan memenuhi semua syarat bursa ASX.

Australia ialah negara berekonomi ketiga belas terbesar di dunia dan salah satu daripada tiga negara terbesar di rantau Asia-Pasifik. Pasaran saham Australia adalah yang kelapan di dunia dan kedua di rantau Asia-Pasifik. Oleh itu, pedagang yang bekerja di bursa Australia utama itu menikmati pelbagai bidang aktiviti. Untuk memulakan tugas mereka di bursa, mereka hanya perlu memuat turun MetaTrader 5 dan memilih seorang broker yang mempunyai Gerbang MetaTrader 5 ke ASX.

Gerbang MetaTrader 5 ke ASX ialah penyelesaian penyepaduan yang ringkas dan selamat untuk broker, menyediakan akses berciri penuh ke dalam bursa itu dengan kemampuan untuk mengendalikan operasi perdagangan dan menerima sebut harga.

Semua ciri-ciri MetaTrader 5 boleh didapati di ASX, oleh itu broker akan menerima platform yang berkuasa dan mudah dengan banyak perkhidmatan berguna yang akan dihargai oleh para klien mereka. Perkhidmatan ini termasuklah perdagangan sosial dengan penyalinan automatik perjanjian, aplikasi mudah alih untuk perdagangan melalui telefon pintar dan tablet serta Kedai App MetaTrader yang mempunyai banyak robot perdagangan dan penunjuk teknikal.

"Kami sentiasa memperluaskan ciri-ciri MetaTrader 5. Platform itu sudah disepadukan dengan ECN yang menerajui dan diperakui oleh sepuluh bursa di dunia, - kata Renat Fatkhullin, Ketua Pegawai Eksekutif MetaQuotes Software Corp. -- Pelancaran Gerbang MetaTrader 5 ke ASX adalah satu lagi langkah menuju penyepaduan dengan bursa paling popular di dunia. Kami akan mengumumkan pelancaran beberapa gerbang penyepaduan tambahan lagi dalam masa terdekat."

Tentang Syarikat

Ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform perdagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda dagang MetaTrader. Ia dikenali seluruh dunia sebagai peneraju dalam pasaran perisian pertukaran asing. Platform perdagangan MetaTrader kini sedang digunakan oleh lebih 600 syarikat broker dan bank seluruh dunia. Platform baharu itu, MetaTrader 5, telah dibangunkan oleh Syarikat itu dengan fokus terhadap pasaran saham dan kini sedang aktif dipromosikan kepada pelbagai bursa dunia.

http://www.metaquotes.net

SUMBER  MetaQuotes Software Corp.

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements