omniture

Xinhua Silk Road: Pakar alam sekitar seru tindakan aktif daripada pihak berkaitan selepas penerimaan Deklarasi Kunming

Xinhua Silk Road
2021-11-03 02:51 162

BEIJING, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Pakar-pakar alam sekitar menggesa pihak-pihak berkaitan untuk mengambil tindakan yang aktif selepas Deklarasi Kunming diterima pakai semasa mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) yang diadakan di Kunming, Wilayah Yunnan, barat daya China pada pertengahan Oktober lalu.

Deklarasi ini komited untuk memastikan formulasi, penerimaan dan pelaksanaan Rangka Kerja Biodiversiti Global pasca-2020 yang efektif untuk memulihkan kehilangan biodiversiti ketika ini dan memastikan agar biodiversiti berada di laluan ke arah pemulihan menjelang tahun 2030 selewat-lewatnya, agar dapat memenuhi sepenuhnya visi 2050 untuk menjalani kehidupan dengan harmoni bersama alam semula jadi.

Carlos Manuel Rodriguez, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi Kemudahan Alam Sekitar Global memaklumkan Xinhua sebelum ini bahawa Deklarasi Kunming akan membantu memajukan agenda mengenai iklim dan pemuliharaan alam semula jadi dengan signifikan.

"Deklarasi Kunming akan membantu kami bukan sahaja untuk menjana cita-cita dalam rundingan yang rumit pada masa akan datang, tetapi akan sangat membantu merapatkan jurang tindakan antara iklim dan pemuliharaan alam semula jadi," kata Rodriguez.

"Kami memerlukan pendekatan yang lebih bersepadu. COP15 dan Deklarasi Kunming akan membantu kami menggerakkan agenda integrasi ini," tegas Rodriguez.

"Deklarasi Kunming menunjukkan bahawa negara-negara menyedari masalah ini. Kehilangan biodiversiti setanding dengan krisis iklim namun perlu diterjemahkan kepada tindakan. Kita perlu menyatakan matlamat sebenar secara hitam putih dan bersetuju terhadapnya," seperti yang dimaklumkan oleh James Roth, naib presiden kanan untuk dasar global dan hal ehwal kerajaan di Conservation International, kepada Xinhua sebelum ini.

"Komuniti global perlu bersatu untuk merapatkan jurang pembiayaan biodiversiti. Komitmen pembiayaan China diharapkan akan dapat mendorong negara-negara lain untuk membantu merapatkan jurang pembiayaan yang dramatik ini," kata beliau, seraya menambah "tambahan pula, peluasan kawasan lindungan di China harus menjadi pendorong untuk diikuti oleh negara-negara lain."

Photo shows a view of Baofeng Peninsula Wetland in Kunming, southwest China's Yunnan Province.
Photo shows a view of Baofeng Peninsula Wetland in Kunming, southwest China's Yunnan Province.

Negara-negara telah mencapai kata sepakat di peringkat kementerian bahawa kehilangan biodiversiti dan trend membawa bencana yang lain "menimbulkan ancaman kewujudan kepada masyarakat, budaya, kemakmuran dan planet kita," kata beliau menyatakan "ini merupakan kenyataan yang berani dan mencemaskan yang perlu menjadi satu kesedaran."

Setakat itu, Deklarasi Kunming menghubungkan biodiversiti dengan kesihatan dan kesejahteraan manusia, kata beliau. "Kita tidak boleh melihat biodiversiti sebagai sesuatu yang terpisah daripada kehidupan kita. Sekiranya kawasan-kawasan yang kaya dengan biodiversiti menjadi usang, semua peradaban manusia akan menderita."

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324554.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Environmental Products & Services Publishing/Information Service Environmental Issues