omniture

Petal Search Huawei Bertapak di MEA, Mendaki ke Kedudukan 2 Enjin Gelintar Mudah Alih Terbaik Rantau ini

Huawei
2021-11-03 03:13 163

SHENZHEN, China, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Setahun sejak penubuhannya pada tahun 2020, Petal Search - enjin gelintar mudah alih pintar yang dibangunkan oleh Huawei yang didatangkan prapasang pada telefon pintar baharu jenama ini - telah mencapai kejayaan yang luar biasa di rantau MEA. Menurut metrik Statcounter, ketika ini Petal Search menduduki kedudukan antara 2 enjin gelintar mudah alih terbaik yang digunakan di Mesir, Iraq, Jordan serta Arab Saudi dan merupakan antara 3 enjin gelintar mudah alih terbaik di Afrika Selatan, UAE, Tunisia dan Pakistan. Enjin gelintar mudah alih ini telah mencapai pertumbuhan yang hebat di negara-negara operasi utama - bahagian pasarannya meningkat dua kali ganda di enam negara dalam MEA, termasuk Maghribi, Afrika Selatan, Tunisia.

Telahpun bertapak di rantau ini, Petal Search terus memperluas jangkauannya, meraih pencapaian baharu hasil daripada sokongan pengguna.

Menuju Glokal: Huawei tekal berinovasi untuk memenuhi keperluan serantau

Menyedari bahawa kepuasan pengguna merupakan nadi kejayaannya, Petal Search tekal berinovasi untuk memenuhi keperluan pelanggannya di rantau MEA dengan menyampaikan perkhidmatan yang dibuat khas demi kemudahan mereka.

Huawei mengambil kira kekangan khusus negara yang dihadapi oleh pengguna apabila merangka ciri-ciri baharu untuk Petal Search bagi menjadikan pelayaran sebagai pengalaman yang mudah dan intuitif seperti seharusnya. Di Asia dan Afrika, pengguna menghadapi masalah utama yang melibatkan bayaran trafik yang tinggi dan kelajuan penghantaran rangkaian yang rendah.

Khususnya, pemindahan fail seperti muzik, gambar dan video melalui rangkaian cenderung menggunakan sejumlah besar trafik, membawa kepada permintaan yang kukuh terhadap penghantaran bebas trafik oleh pengguna di kawasan ini. Mengambil maklum hal ini, Petal Search memperkenalkan penghantaran tanpa strim dengan pelancaran Nova 8 Huawei, satu langkah yang tidak lama lagi akan membuahkan hasil dari segi peningkatan aktiviti pengguna yang besar.

Di samping itu, Petal Search merangkumkan fungsi-fungsi berguna yang berorientasikan pengguna seperti Muat turun sehenti & kongsi peristiwa yang membolehkan pengguna memuat turun dan berkongsi segera aplikasi kegemaran mereka melalui enjin gelintar.

Petal Search berkembang ke peringkat global dengan berkembang di kawasan setempat

Petal Search menyasarkan untuk berkembang secara global dengan menjadi enjin gelintar mudah alih tempatan yang paling utama, disesuaikan mengikut iklim dan budaya unik setiap negara, seperti mana yang telah dilakukan di rantau MEA.

Petal Search membawakan Carian Kandungan Berita Setempat, serta Senario Tolak Automatik (APS), di Afrika Tengah dan Timur, bagi membolehkan pengguna mengikuti perkembangan mengenai acara sukan yang paling hangat seperti Sukan Olimpik bagi menjejaki pencapaian negara yang penting, seperti Afrika Selatan yang memenangi pingat pertamanya di Tokyo, berita tempatan mutakhir dan pemberitahuan Covid-19 yang penting.

Selain daripada kemas kini berkenaan, APS di Negara-negara Afrika Tengah dan Timur menyediakan maklumat mengenai perayaan percutian, berita perjalanan dan banyak lagi. Pembeli-belah yang gemar berbelanja akan teruja apabila mendapati bahawa jualan disertakan dalam APS - dengan Petal Search, mereka tidak perlu lagi bimbang terlepas tawaran yang terbaik. Peminat sukan juga boleh bergembira kerana pemberitahuan mengenai acara seperti perlawanan kriket dan bola sepak akan dihantar dengan segera kepada mereka menerusi APS.


Di samping itu, enjin gelintar mudah alih ini sentiasa berusaha meningkatkan Penyesuaian Halaman Utamanya yang bagus yang menawarkan pengguna dengan pilihan untuk menyesuaikan ikon mereka dengan laman web tempatan di negara-negara mereka dalam modul penyesuaian ikon di halaman utama.

Petal Search komited untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna

Dengan teknologi canggihnya, Petal Search berusaha untuk melindungi pelanggan. APSnya menawarkan kemas kini yang terperinci mengenai Covid-19 di lokasi pengguna dalam wilayah MEA, termasuk kes baharu, vaksinasi dan gelombang jangkitan baharu yang mungkin berlaku, membolehkan pengguna mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi diri mereka dan mereka yang berada di sekeliling.

APS Petal Search memastikan pengguna tetap sejuk – agak literal, dengan pemberitahuan cuaca suhu tinggi tempatannya. Di Kuwait, apabila suhu meningkat tinggi semasa gelombang haba, peringatan ini diaktifkan untuk memaklumkan pengguna mengenai suhu melebihi 45 darjah Celcius.

Apabila suhu kelihatan akan meningkat melangkaui titik ini dalam tempoh 24 jam, Petal Search menghantar salinan pemberitahuan tolak secara automatik, memberi amaran kepada sesiapa yang bercadang untuk keluar atau orang ramai yang telahpun berada di luar dan berjalan-jalan untuk memberi perhatian kepada cuaca panas. Maksimum satu salinan pemberitahuan ini boleh dihantar setiap hari untuk memastikan amaran suhu tetap relevan, tanpa menimbulkan gangguan.

Petal Search terus berkembang maju

Dengan meletakkan pengguna sebagai keutamaan dan merancang inovasi yang disesuaikan menurut keperluan khusus pengguna, Petal Search Huawei berjaya bertapak di rantau MEA, lalu mencapai hasil yang menakjubkan setahun selepas pelancarannya pada tahun 2020.

Inovasi berfokuskan pengguna Petal Search dalam pasaran luar negara telah meningkatkan popularitinya dengan pantas, membolehkan enjin gelintar ini mencatatkan pertumbuhan yang mengagumkan. Dengan teknologi pintar digabungkan dengan kerjasama tempatan, Petal Search meneruskan trajektorinya ke arah matlamat untuk menjadi enjin gelintar mudah alih global dengan berkembang di peringkat tempatan di MEA.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Corporate Expansion