SHENZHEN, China, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Winner Medical (300888.SZ), pengeluar yang terkemuka bagi produk penjagaan luka dan pembedahan pakai buang, bersiap sedia untuk mempamerkan set penuh penyelesaian canggihnya untuk penjagaan luka serta pencegahan jangkitan O.R. di MEDICA 2021 yang dijadualkan berlangsung mulai 15-18 November di Düsseldorf, Jerman. Mengadakan pameran di Dewan 6, reruai A10, Winner Medical akan mempamerkan produk rawatan kesihatan dan kelengkapan hospital yang disertakan dengan inovasi yang dapat mengatasi cabaran yang dihadapi oleh kakitangan perubatan global dan menyediakan penjagaan optimum bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan pesakit.
"Komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk meningkatkan keselamatan pesakit dan golongan profesional perubatan telah menjadikan Winner Medical sebagai pakar dalam pengurusan luka dan kawalan jangkitan bilik bedah. Kami telah memanfaatkan teknologi yang utama dalam industri untuk mencipta pelbagai jenis penyelesaian penjagaan luka dan pembedahan perintis," kata Jianquan Li, Ketua Pegawai Eksekutif Winner Medical.
"Dengan kualiti dan tanggungjawab sosial menjadi keutamaan dalam falsafah syarikat kami, kami sentiasa mendorong inovasi ke hadapan dan tekal meneroka produk penyembuhan luka dan pencegahan jangkitan generasi seterusnya dengan bahan-bahan mentah mesra alam dan lestari unuk meminimumkan impak ke atas iklim dan alam sekitar," tambah beliau.
Di MEDICA 2021, Winner Medical akan mempamerkan portfolio penjagaan luka canggihnya yang terkini berdasarkan kepada lima teknologi teras – silikon, pembusa, antimikrob, bioteknologi dan gentian gel – direka bentuk untuk mengelakkan kerosakan kulit, mengurus pelbagai luka yang rumit dan menggalakkan kitaran penuh proses penyembuhan luka. Dengan pensijilan daripada NMPA China, Conformitè Europëenne (CE) EU serta kelulusan daripada Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun serta Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., produk Winner Medical telah digunakan secara meluas oleh golongan profesional kesihatan di lebih daripada 110 negara sebagai penyelesaian utama untuk merawat luka akut dan kronik yang disebabkan oleh diabetes, ketidakbolehgerakan, penyakit vena serta kecederaan traumatik, melecur, pembedahan invasif dan sebab-sebab yang lain.
Barisan produk utama pencegahan jangkitan Winner Medical yang akan diperkenalkan buat julung kalinya di acara ini membawakan pakaian perubatan yang diperbuat daripada 100% kapas 'spunlace', bahan terbiodegradasi dan selesa yang berkesan terhadap perendaman dan penembusan bakteria. Ringan dan lut udara, ia menawarkan perlindungan maksimum untuk prosedur pembedahan yang sederhana panjang dengan tahap cecair badan serta risiko jangkitan yang sederhana. Sementara itu, gaun pembedahan PURCOTTON daripada Winner Medical didatangkan dengan reka bentuk diperkuat yang menyediakan perlindungan pemakai tambahan untuk prosedur cecair tinggi dengan panel bertetulang di bahagian dada dan lengan.
Latar Belakang Winner Medical
Winner Medical Co., Ltd. (kod saham: 300888), ditubuhkan pada tahun 1991 dan beribu pejabat di Shenzhen, China, ialah sebuah syarikat kesihatan berskala besar yang merealisasikan pembangunan terselaras sektor-sektor perubatan dan pengguna melalui tiga jenama utamanya: "Winner", "Purcotton" dan "PureH2B". Syarikat ini komited untuk memberikan lebih banyak pilihan hidup yang berkualiti tinggi kepada pengguna dan untuk mencipta nilai demi kehidupan yang lebih baik.
Dengan pengalaman selama 30 tahun dalam pengeluaran bekalan perubatan, Winner merupakan jenama guna habis perubatan yang terkemuka dalam pasaran Cina serta jenama dengan visi global. Purcotton, sebagai jenama keperluan harian, mewarisi pengalaman syarikat selama 30 tahun dalam pembuatan bekalan perubatan. Menggunakan kapas tulen sebagai bahan mentah, jenama ini bermatlamat untuk mencipta siri keperluan harian kapas bermutu tinggi yang sihat, selesa dan mesra alam. PureH2B dicipta sebagai platform kehidupan untuk menawarkan pengguna barangan pilihan yang berkualiti tinggi, sihat dan indah dari seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.winnermedical.com/