omniture

GSMA Umumkan Penceramah untuk Mobile 360 Series-Timur Tengah

GSMA
2013-08-20 15:00 129

- Ericsson, Etisalat dan Huawei Menyertai Sebagai Penaja untuk Acara Sulung Itu

LONDON, 20 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan penceramah ucapan dasar pertama untuk persidangan Mobile 360 Series-Timur Tengah yang berlangsung pada 21-22 Oktober di Dubai. GSMA juga mengumumkan beberapa penaja baharu untuk persidangan itu, termasuk Ericsson, Etisalat dan Huawei. Mobile 360-Timur Tengah juga akan diadakan bersama GITEX di Pusat Dagangan Dunia Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

"Mobile 360-Timur Tengah telah direka bagi mencerminkan minat dan kerisauan terperinci pengendali mudah alih dan pemain ekosistem lain di Timur Tengah dan Afrika Utara," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Pendekatan tertumpu ini akan menyediakan maklumat penting tentang kemajuan teknologi terkini, peluang pemasaran dan perkhidmatan generasi seterusnya yang membentuk komunikasi mudah alih dalam rantau itu, yang merupakan salah satu pasaran yang paling pesat berkembang di dunia."

Di Mobile 360-Timur Tengah, Ketua Pegawai Eksekutif dan eksekutif kanan daripada peneraju syarikat mudah alih akan menangani arah aliran dan isu yang paling mendesak dalam mudah alih melalui siri pembentangan dasar berwawasan, temubual yang mencabar pemikiran dan sesi panel interaktif. Ucapan dasar pembukaan, "Situasi Industri: Pandangan daripada Atas", akan menawarkan perspektif strategik tentang cabaran dan peluang yang dihadapi industri mudah alih hari ini, dengan ucapan dasar tambahan menyentuh subjek seperti "Faktor Kejayaan untuk Jalur Lebar Mudah Alih" dan "Masa Hadapan Komunikasi".

Penceramah ucapan dasar yang disahkan akan menghadiri Mobile 360-Timur Tengah termasuklah:

  • Anne Bouverot, Ketua Pengarah, GSMA
  • Anders Lindblad, Presiden, Rantau Timur Tengah, Ericsson
  • Ahmad Julfar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Etisalat
  • Bob Cai, Naib Presiden, Pemasaran Rangkaian Tanpa Wayar, Huawei
  • Dr. Nasser Marafih, Ketua Pegawai Eksekutif, Ooredoo

Ditambah kepada program ucapan dasar itu, persidangan itu juga akan mempunyai sesi tertumpu untuk topik termasuk perdagangan mudah alih dan NFC; peranan mudah alih dalam sektor industri seperti automotif, penjagaan kesihatan dan bandar pintar; strategi evolusi rangkaian; dan implikasi data besar untuk mudah alih, antaranya. Agenda persidangan penuh boleh didapati di www.mobile360series.com/conference-agenda-me/.

Peneraju Syarikat Mudah Alih Menyokong Mobile 360-Timur Tengah
GSMA mengumumkan beberapa penaja baharu untuk Mobile 360-Timur Tengah. Etisalat telah bersetuju menjadi Penaja Acara Penganjur, Ericsson ialah Penaja Emas dan Huawei ialah Penaja Perak. Semua syarikat ini menyertai Penaja Platinum yang telah diumumkan sebelum ini Ooredoo bagi menyokong acara pertama GSMA di rantau Timur Tengah.

Pendaftaran untuk Mobile 360-Timur Tengah Kini Dibuka
Pendaftaran untuk Mobile 360-Timur Tengah kini dibuka; individu yang ingin menyertainya patut melayari www.mobile360series.com/middle-east/ untuk pendaftaran dan maklumat tambahan tentang acara itu.

Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dengan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, dan juga organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news