omniture

Red Carpet Green Dress (TM) bersama TENCEL (TM) dan CLO Umum Pemenang Pertandingan Lestari Global untuk Pereka Bereksperimen dengan Teknologi Reka Bentuk Maya

TENCEL
2021-11-03 17:21 157

LENZING, Austria, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Red Carpet Green Dress™ (RCGD), dengan kerjasama TENCEL™ dan CLO, telah menamakan pemenang-pemenang pertandingan rekaan global tahun ini.

Dibuka kepada pereka-pereka baru muncul yang berusia 21 tahun ke atas dan telahpun bertapak kukuh, tahun ini, pemohon-pemohon menyerahkan lakaran digital reka bentuk permaidani merah lestari mereka sebelum pertandingan antarabangsa ini ditutup pada 23 Ogos 2021. Rekaan sepasang gaun dan sepasang suit dipilih oleh panel penilai pertandingan antarabangsa ini, yang terdiri daripada Suzy Amis Cameron (Pengasas RCGD Founder), Harold Weghorst (Naib Presiden Pemasaran & Penjenamaan Global, Lenzing AG), Micaela Erlanger (Jurugaya Fesyen Selebriti) dan Abrima Erwiah (Pengasas Bersama Studio 189).

Red Carpet Green Dress, TENCEL™, CLO dan panel penilai berbesar hati untuk mengumumkan pasangan pemenang tahun ini: Yuriko Fukuda dan Zhi Hong Benjamin Koh.

Dilahirkan di Jepun, Yuriko Fukuda yang bertapak di UK merupakan pemenang pakaian wanita bagi tahun ini. Sebagai seorang mahasiswa yang masih menuntut di Regents University London, beliau benar-benar percaya akan fesyen lestari. Yuriko Fukuda mengulas: "Mengekspresikan diri saya melalui rekaan terasa seperti meditasi. Minda kita dan seni sememangnya saling berhubung, memberi impak dwihala ke atas kesihatan mental kita. Fesyen merupakan karya seni dan saya percaya ia mempunyai kuasa untuk mengawal minda dan tubuh kita. Fesyen lestari berkisarkan kepada pemotongan abadi, ketahanan, sumber semula jadi dan faedah kesihatan yang diamati, ia merupakan cara yang unik untuk mempersembahkan kemewahan. Kelestarian merupakan cara yang mengujakan dan baharu untuk mencipta masa depan yang lebih baik buat semua. Di sinilah Fesyen Maya RCGD x TENCEL™ x CLO dapat meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian dan saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan yang hebat ini."

Pereka fesyen, tekstil dan produk yang bertapak di Singapura, Zhi Hong Benjamin Koh merupakan pemenang pakaian lelaki bagi tahun ini. Beliau memulakan perjalanan dalam bidang rekaan ini semasa pengajian beliau di Singapore Polytechnic. Zhi Hong Benjamin Koh mengulas: "Pada tahun 2016, saya menubuhkan The Material Atelier by BEN, sebuah studio kreatif pelbagai bidang yang memfokuskan kepada pencarian fesyen lestari, menampilkan kolaborasi bersama artis-artis tempatan untuk mencipta seni boleh pakai lestari. Salah satu matlamat kami adalah untuk memaklumkan kepada orang awam melalui video bermaklumat mengenai apa yang terdapat dalam material dan rekaan pakaian mereka. Sejak pelancarannya, atelier ini telah mencipta beberapa produk, salah satu daripadanya memenangi Merit Award di Pertandingan Anugerah Pencipta Singapura pada tahun 2019. Saya menyertai RCGD dengan harapan dapat berkongsi visi fesyen lestari kami."

Kedua-dua rekaan yang dipilih oleh pemenang-pemenang ini akan dikeluarkan pada awal tahun 2022 dengan tekstil 'eco-couture' lestari dengan kerjasama TENCEL™ dan ditaja oleh CLO. Penampilan rekaan ini akan dipamerkan sebagai sebahagian daripada pameran kepada penyokong lestari terkemuka di Los Angeles. Semua pemenang akan diperkenalkan kepada khalayak fesyen lestari dan hiburan dari seluruh dunia, bersama anugerah wang. Pemenang-pemenang akan turut menerima bimbingan perniagaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif RCGD Samata Pattinson, sokongan dan akses kepada jaringan luas RCGD serta sokongan kreatif untuk kerjaya baharu mereka.

Samata, Ketua Pegawai Eksekutif Red Carpet Green Dress, mengulas:

"Kami amat teruja untuk pemenang-pemenang tahun ini memulakan perjalanan indah dalam dunia fesyen lestari bersama kami. Pertandingan rekaan global ini merupakan satu peluang yang besar buat mereka yang tidak sabar-sabar untuk mengasyikkan diri mereka dan belajar lebih banyak lagi. Saya sendiri sebagai bekas pemenang, serta merta mengetahui peluang hebat yang dibawakan kepada pemenang-pemenang dan saya berasa seronok untuk melihat Yuriko Fukuda dan Zhi Hong Benjamin Koh berkembang maju dan mendapat tempat mereka dalam dunia lestari ini." 

Harold Weghorst, Naib Presiden Pemasaran & Penjenamaan Global di Lenzing AG, mengulas:

"Yuriko dan Benjamin mempersembahkan ekspresi yang mantap terhadap kelestarian dengan rekaan yang indah dan elegan yang bermatlamat untuk memperbaiki kehidupan orang lain dengan mengurangkan jejak karbon. Kami berbesar hati mengumumkan mereka sebagai pemenang-pemenang kami yang layak menerimanya. Saya pasti Yuriko dan Benjamin, berserta pemenang-pemenang tahun lalu akan menjadi aspirasi buat pereka fesyen muda dengan merangkumkan kelestarian dan daya kreativiti dalam hasil kerja mereka. Kedua-dua pereka ini mempunyai masa depan yang cerah di hadapan mereka dan saya berharap dapat melihat kerjaya mereka dalam industri fesyen berkembang."

Simon Kim, Ketua Pegawai Eksekutif CLO Virtual, mengulas:

"Yuriko dan Benjamin mencipta beberapa rekaan yang luar biasa inovatif dan berwawasan, yang mana kedua-duanya merupakan ciri yang kami perjuangkan di Fesyen Maya CLO ini. Kami tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana kerjaya rekaan mereka berkembang maju dan berharap agar mereka mendorong generasi pereka yang seterusnya untuk membuat keputusan dengan lebih teliti bagi menjadikan industri fesyen sebagai industri yang lebih lestari, satu pakaian pada satu-satu masa."

Hadiah: 

  • Rekaan Pemenang Pertandingan ini akan dikeluarkan dan dipakai di Gala Pra-Oscars Red Carpet Green Dress pada tahun 2022.
  • Peluang pertunjukan untuk mempamerkan karya mereka kepada audiens yang terdiri daripada pemimpin kelestarian dan penginovasi di RCGD Evening of Sustainable Innovation.
  • Anugerah wang
  • Bertemu dengan Pengasas Kempen RCGD Suzy Amis Cameron
  • Bimbingan perniagaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif RCGD Samata Pattinson 
  • Peluang perangkaian melalui rangkaian RCGD Global yang diperluas
  • Pemenang-pemenang bersedia untuk ditemu bual mengikut permintaan khas.

Imej yang berkaitan dengan pengumuman ini boleh dimuat turun DI SINI.

Source: TENCEL
Keywords: Art Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards