omniture

Packers Plus dan Geodynamics berjaya menyiapkan telaga geoterma Habanero-4 di Australia

Packers Plus
2013-08-21 09:38 159

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Packers Plus Energy Services Inc. dengan kerjasama Geodynamics Limited (ASX:GDY) telah berjaya menyiapkan telaga geoterma melintang sebagai sebahagian daripada Projek Geodynamics Innamincka Deeps di Lembangan Cooper Australia Selatan.

"Kejayaan tugasan ini telah membolehkan Geodynamics menugaskan Loji Sulung Habanero 1MWe bagi menghasilkan kuasa janaan Sistem Geoterma Dipertingkat (EGS) pertama Australia," kata Mark Rivenbark, Pengarah Packers Plus, Hemisfera Timur. Geodynamics mengumumkan pada 22 Julai 2013 yang syarikat itu telah menugaskan Loji Sulung Habanero 1MWe dan berjaya menyelesaikan pengujian kadar langkah terancang dan ujian percubaan turbin lanjutan.

Packers Plus bekerjasama rapat dengan Geodynamics untuk mereka peralatan penyiapan khusus Inferno™ yang mampu menahan suhu 300 darjah Celcius (600 darjah Fahrenheit) dan tekanan 69 MPa (10,000 psi) . Peralatan ini sangat penting untuk proses EGS, yang melibatkan rangsangan rekahan sedia ada dalam batuan ketelapan rendah dan bersuhu tinggi bagi membenarkan air mengalir melaluinya dan dipanaskan. Geoff Ward, Ketua Pegawai Eksekutif Geodynamics menyatakan, "kesanggupan Packers Plus mereka cipta dan menguji peralatan mereka hingga mencapai hadnya telah menjadikan mereka rakan kongsi strategik untuk Geodynamics."

"Packers Plus telah berjaya menyiapkan telaga geoterma Jolokia 1 untuk Geodynamics pada tahun 2010, dan kami menambah kepada kepakaran itu bagi memberikan peralatan dan perkhidmatan di tapak bagi memastikan kejayaan dengan telaga Habanero 4," kata Cameron Radtke, Pengurus Perkhidmatan Teknikal Packers Plus, Hemisfera Timur.

Kejayaan operasi terkini ini dengan Geodynamics menetapkan kedudukan Packers Plus sebagai peneraju dalam inovasi peralatan penyiapan untuk persekitaran dan aplikasi mencabar. Ini membuka pasaran baharu bukan sahaja dalam geoterma, tetapi penyaliran keluar graviti berbantu stim (SAGD) untuk penghasilan minyak berat.

Tentang Packers Plus

Packers Plus ialah pencetus inovasi untuk sistem perangsangan pemecahan berbilang peringkat lohong terbuka dan merupakan peneraju industri dalam rekaan dan penghasilan penyelesaian inovatif untuk pelbagai cabaran penyiapan. Packers Plus telah mengendalikan lebih 11,650 sistem penyiapan yang bertanggungjawab untuk lebih 146,200 peringkat pemecahan sejak syarikat itu mula beroperasi pada tahun 2000.

Hari ini, Packers Plus mempunyai kakitangan di 37 pejabat di Amerika Syarikat, Kanada dan di seluruh dunia. Dengan pejabat antarabangsa yang berkhidmat untuk Afrika, Asia, Eropah, Timur Tengah, China dan Amerika Latin, Packers Plus mempunyai pengalaman dalam pasaran utama seluruh dunia.

Tentang Geodynamics

Geodynamics ialah peneraju syarikat penerokaan dan pembangunan geoterma Australia. Geodynamics memiliki sumber geoterma terbaik di dunia dan sedang pantas membangunkan teknologi bagi mengeksploitasi sumber itu. Tenaga geoterma mempunyai potensi untuk menjadi unsur kritikal bagi penjanaan kuasa masa hadapan Australia dan Geodynamics berada di barisan hadapan kemajuan itu.

Untuk maklumat lanjut:

Mark Rivenbark
Pengarah, Hemisfera Timur
Packers Plus Energy Services Inc.
Telefon: +971-4-328-9998
Telefon Bimbit: +971-50-552-7183
mark.rivenbark@packersplus.com

Lynette Lefsrud
Pengarah, Pemasaran, Penyelidikan dan Komunikasi
Packers Plus Energy Services Inc.
Telefon: +1-403-263-7587
Telefon Bimbit: +1-403-616-6079
lynette.lefsrud@packersplus.com

Source: Packers Plus
Keywords: Electrical Utilities Utilities New products/services