NANTONG, China, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Zhongtian Energy Storage Technology Co., Ltd., ("Zhongtian Energy Storage"), subsidiari Jiangsu Zhongtian Technology Co., Ltd. ("ZTT"), membawa kejutan di Persidangan & Ekspo Penyimpanan Solar + Tenaga Global ke-8 menerusi penyelesaian penyimpanan tenaga mesra alam emisi rendahnya yang terkini. Syarikat ini turut menerima dua anugerah di acara ini: Anugerah Perusahaan Paling Berpengaruh 2021 dan Anugerah Kontrak Am Projek EPC Penyimpanan Tenaga Terbaik 2021.
Sebagai pameran pertama Asia yang dikhususkan kepada penyimpanan tenaga, Persidangan & Ekspo Penyimpanan Solar + Tenaga Global menghimpunkan ahli akademik, penyelidik dan pakar dari semua peringkat masyarakat. Semasa berlangsungnya pameran ini, Zhongtian Energy Storage memperkenalkan buat julung kalinya dua penyelesaian penyimpanan tenaga perintis yang menawarkan kelebihan teknikal yang cemerlang dan pelbagai ciri produk yang sesuai dengan pelbagai jenis aplikasi: Zhihui Energy Power Storage System dilengkapi dengan platform diagnosis dan analisis kitaran hayat khusus yang pertama dalam industri ini serta ZTT-HES-387, sistem penyimpanan tenaga luar voltan tinggi yang mengandungi 500kW/1MWj yang dikaji dan dibangunkan sendiri.
"Penyelesaian terkini kami memanfaatkan teknologi penyimpanan tenaga berskala besar dan dalam masa yang sama memfokuskan kepada pelbagai aplikasi dalam bahagian grid, pengguna dan kuasa. Kami telah menyepadukan penyelesaian sistem tenaga mesra alam dengan perkhidmatan pembuatan termaju kami untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam industri tenaga baharu," kata Jin Chengyou, Ketua Jurutera Zhongtian Energy Storage.
Didorong oleh pembangunan tenaga boleh diperbaharui, ZTT terus mengukuhkan kelebihan daya saingnya pada tahun 2021. Pada bulan September, ia disenarai pendek dalam Senarai Perusahaan Tenaga Baharu 500 Teratas Global 2021 China Energy Economic Research Institute untuk tahun keenam berturut-turut. Di samping itu, kedudukan ZTT melonjak ke paras tinggi yang baharu iaitu di tempat ke-116 — mencerminkan usaha tanpa henti syarikat ini terhadap inovasi teknologi, perancangan strategik dan pengurusan operasi.
Syarikat ini juga menggandakan usaha untuk menyumbang kepada komitmen puncak karbon dan keneutralan karbon China dengan hala tuju ke arah pembangunan pesat tenaga angin luar pesisir, fotovolta, penyimpanan tenaga, kerajang tembaga dan banyak lagi. Dengan berbuat demikian, ZTT terus meningkatkan pengaruh industrinya dengan inovasi teknologi sekali gus membantu membangunkan sistem kuasa moden yang didominasi oleh tenaga bersih.
Latar Belakang Zhongtian Energy Storage
Ditubuhkan pada tahun 2012, Zhongtian Energy Storage ialah subsidiari milik penuh Jiangsu Zhongtian Technology yang terlibat dalam penyelidikan, pembangunan, pembuatan dan pengedaran bateri litium serta sistem penyimpanan tenaga. Setakat ini, Zhongtian Energy Storage telah menjalankan hampir 300MWj projek penyimpanan tenaga bahagian-grid, 100MWj projek penyimpanan tenaga bahagian-pengguna dan 60MWj tenaga boleh diperbaharui untuk loji kuasa di seluruh China.
Latar Belakang Jiangsu Zhongtian Technology
Jiangsu Zhongtian Technology Co., Ltd bermula pada tahun 1992 dan menubuhkan portfolio industri pelbagai yang mencakupi komunikasi optik, grid pintar, tenaga boleh diperbaharui, peralatan marin, EPC dan pembuatan pintar. Setakat tahun 2020, syarikat ini telah menubuhkan lebih 54 pejabat di seluruh dunia dan produknya telah dieksport ke 160 negara dan wilayah.
Maklumat Hubungan:
Https://www.zttcable.com
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/2441752/admin/
Twitter: https://twitter.com/ZTTCable