omniture

EDM Council Menerbitkan Penyelidikan Industri tentang Amalan Terbaik Pelaporan Korporat ESG

EDM Council
2021-11-03 21:13 79

NEW YORK, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- EDM Council, sebuah persatuan perdagangan silang industri untuk pengurusan dan analisis data, telah mengeluarkan laporan penyelidikan pertamanya yang memberikan pandangan dan cadangan secara langsung untuk melaksanakan amalan terbaik berkaitan dengan pengurusan data alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk entiti pelaporan korporat.

Laporan tersebut memberikan perincian tentang:

  • Cabaran pengurusan data yang dihadapi oleh firma berkaitan pelaporan dan pendedahan data ESG
  • Pihak yang bertanggungjawab terhadap pelaporan ESG
  • Pelan dan strategi pengurusan data untuk menyokong pelaporan ESG
  • Kualiti data ESG berkaitan dengan sumber data langsung dan tidak langsung
  • Keupayaan pengurusan data yang berkaitan dengan jaminan dan audit dalaman serta luaran

Pelaporan ESG masih di peringkat awal dan pada masa yang sama, standard dan peraturan turut membangun dan berkembang. Pelaporan ESG menyampaikan maklumat penting tentang prestasi, risiko dan strategi syarikat secara keseluruhan dan data yang dihasilkan digunakan oleh pihak berkepentingan di seluruh Ekosistem ESG, termasuk pelabur, pemilik aset, pengawal selia, pelanggan, pembekal dan pekerja. Penekanan yang diberikan pada ESG, termasuk pelepasan karbon, biodiversiti, penggunaan air, kesihatan dan keselamatan pekerja, kepelbagaian jantina, kesaksamaan bayaran upah, buruh kanak-kanak dan budaya serta etika mewujudkan satu set cabaran yang unik disebabkan data asas yang rumit ini serta pengurusannya.

Kertas kerja ini telah dibangunkan oleh Kumpulan Kerja ESG EDM Council yang telah ditubuhkan pada tahun 2020 untuk menyelidik cabaran data semasa di seluruh Ekosistem ESG. Kumpulan kerja tersebut menjalankan tugasan dengan melihat masalah melalui sudut pandang para profesional data dalam setiap bahagian kumpulan –Entiti Pelaporan Korporat, Pengagregat Data/Penyelidikan/firma Penarafan, firma Pelaburan/Penciptaan Produk dan Pemilik Aset.

"Setiap orang cuba memahami cara menerapkan prinsip ESG ke dalam strategi organisasi mereka dan menggunakan data ESG di seluruh Ekosistem ESG. Data bertindak seperti gam yang menghubungkan segala-galanya. Hasilnya, pengurusan data dan data ESG sangat penting bagi semua bahagian dan ia masih dalam peringkat awal pembangunan," kata Eric Bigelsen, Ketua Penglibatan Industri EDM Council merangkap Ketua Kumpulan Kerja ESG. "Kertas kerja ini mengkaji pertimbangan seperti persediaan pelaporan data, kedudukan tanggungjawab data dan nasihat khusus daripada Kumpulan Kerja ESG kami tentang langkah-langkah utama untuk meningkatkan amalan terbaik ESG dalam mana-mana organisasi."

Kertas kerja Entiti Pelaporan Korporat ESG EDM Council ini merupakan bahagian pertama dalam satu siri kertas kerja yang akan mengandungi hasil kajian selama sembilan bulan yang memperincikan cabaran dan cadangan data ESG. Laporan ini menggabungkan input daripada para profesional data di pelbagai industri, para profesional pelaporan kelestarian korporat, pakar subjek ESG dan pemimpin perniagaan lain dalam inisiatif yang melibatkan lebih 80 organisasi yang mengambil bahagian dan lebih 150 orang profesional.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun laporan penuh Entiti Pelaporan Korporat ESG EDM Council, sila layari: https://app.smartsheet.com/b/form/45e8fb7e57844ff5bb39098733818e70

Tentang EDM Council
EDM Council ialah persatuan global yang diwujudkan untuk meningkatkan amalan pengurusan dan analisis data sebagai keutamaan perniagaan dan operasi. EDM Council merupakan penyokong global terkemuka dalam pembangunan dan pelaksanaan standard, amalan terbaik data serta program latihan dan pensijilan yang komprehensif. Dengan lebih 250 ahli dari organisasi di seluruh dunia dari Amerika, EMEA dan Asia serta lebih 10,000 orang profesional pengurusan data sebagai ahli, EDM Council menyediakan tempat kepada profesional data untuk berinteraksi, berkomunikasi dan bekerjasama menghadapi cabaran dan kemajuan dalam pengurusan serta analisis data sebagai fungsi organisasi yang penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari edmcouncil.org serta ikuti kami di LinkedIn dan Twitter

Source: EDM Council
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Survey, Polls & Research Data Analytics