omniture

Rangkaian Panel Solar Transnasional yang Pertama Di Dunia GGI-OSOWOG Telah Dilancarkan di Glasgow

International Solar Alliance
2021-11-03 21:50 79

Program yang diketuai oleh India dan UK ini berusaha menghubungkan 140 buah negara untuk merealisasikan inisiatif tenaga hijau dan tenaga boleh baharu pada setiap masa 

GLASGOW, Scotland, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- International Solar Alliance (ISA), Presiden ISA India dan Presiden COP UK hari ini mengumumkan rancangan untuk rangkaian transnasional pertama bagi grid kuasa solar yang dikenali sebagai Green Grids Initiative – One Sun One World One Grid (GGI-OSOWOG) pada persidangan iklim COP26 di Glasgow.

Pengumuman tersebut disertai dengan deklarasi One Sun yang disahkan oleh 80 buah negara anggota ISA, yang menyatakan bahawa, "Merealisasikan visi One Sun One World One Grid melalui grid hijau yang saling berkaitan boleh mengubah pelbagai perkara, yang membolehkan kita semua mencapai sasaran Perjanjian Paris untuk mencegah perubahan iklim yang berbahaya, mempercepat peralihan tenaga bersih dan mencapai Matlamat Pembangunan Lestari. Usaha ini boleh merangsang pelaburan hijau dan mewujudkan berjuta-juta peluang pekerjaan yang baik. Dengan berkongsi tenaga matahari, kita boleh bersama-sama membantu membina dunia yang lebih aman dan makmur."

Projek tersebut, yang diketuai oleh Kerajaan India & UK dan dilaksanakan oleh ISA melalui kerjasama dengan World Bank Group, bermatlamat untuk memanfaatkan tenaga solar di mana-mana sahaja terdapatnya cahaya matahari dan memastikan tenaga elektrik yang dihasilkan sampai ke kawasan yang paling memerlukan. GGI-OSOWOG akan menyatukan gabungan pemerintah negara di seluruh dunia, organisasi kewangan dan teknikal antarabangsa, penggubal undang-undang, pengendali sistem kuasa dan para pemimpin berilmu untuk mempercepat pembinaan infrastruktur baharu yang diperlukan untuk dunia yang dikuasakan oleh tenaga bersih. Dengan berbuat demikian, projek ini bermatlamat untuk mengurangkan pergantungan terhadap tenaga konvensional seperti arang batu dengan membolehkan mereka membeli kuasa solar dengan harga berpatutan daripada negara-negara lain.

Sebagai ketua agensi yang menerajui dan melaksanakan projek ini, ISA berhasrat untuk membantu memanfaatkan pembiayaan sebanyak $1 trilion menjelang tahun 2030 bagi membantu negara-negara membangun memperluas grid tenaga solar mereka bagi memenuhi keperluan akses tenaga, keselamatan tenaga dan peralihan tenaga mereka. Inisiatif ini dilihat secara meluas sebagai suatu langkah ke hadapan yang besar dan berani pada pelan hala tuju peralihan solar ISA dan akan mendorong pelaksanaan visi untuk masa depan tenaga solar.

Berucap pada acara hari ini, Yang Berhormat Perdana Menteri India Encik Narendra Modi berkata: "One Sun, One World & One Grid bukan sahaja akan mengurangkan keperluan penyimpanan tetapi juga meningkatkan daya tahan projek solar. Inisiatif kreatif ini bukan sahaja akan mengurangkan jejak karbon dan kos tenaga tetapi juga membuka peluang kerjasama baharu antara negara-negara dan wilayah yang berbeza.

"Inisiatif One Sun One World One Grid dan Green Grids merupakan suatu idea yang sangat tepat pada masanya. Jika dunia perlu bergerak ke arah masa depan yang bersih dan hijau, grid transnasional yang saling berhubung ini akan menjadi penyelesaian yang sangat penting. Saya mengucapkan tahniah kepada International Solar Alliance dan Presiden COP UK kerana membawa teknologi ini lebih dekat ke arah pelaksanaannya."

Acara itu juga menampilkan ucapan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Boris Johnson dari United Kingdom yang menyatakan: "Apa yang kami mahukan... ialah membawa hasil ciptaan ini, penemuan ini serta mendapatkan pembiayaan dan sokongan yang diperlukan untuk memastikan ia disebarkan ke seluruh dunia."

Presiden Biden menyokong inisiatif GGI-OSOWOG dalam ucapannya pada acara pelancaran tersebut dengan berkata: "Kita perlu meningkatkan teknologi bersih yang telah tersedia secara komersial dan dengan kos yang kompetitif seperti tenaga angin dan solar."

Selepas pengumuman tersebut, Ketua Pengarah ISA, Dr. Ajay Mathur berkata: "Rangkaian ini berpotensi menjadi wira kejuruteraan moden dan pemangkin untuk mengurangkan perubahan iklim secara berkesan dalam dekad yang akan datang. Deklarasi One Sun merupakan satu tindakan multilateralisme, dengan pemimpin dunia yang bersatu untuk memacu perubahan secara berkesan lagi lestari demi planet yang lebih bersih dan ekonomi yang lebih hijau.

"Melalui kuasa solar dan tenaga boleh baharu yang lain dan usaha kolektif kami, kami percaya kami boleh membina dan mencapai pemulihan hijau, beralih daripada bahan api fosil kepada tenaga solar masa hadapan dan menawarkan bekalan elektrik boleh baharu dengan harga berpatutan ke pasaran yang telah lama terkesan."

Di bawah rancangan yang dikeluarkan hari ini, ISA berhasrat untuk mendorong rangkaian grid hijau yang saling berhubung pada tahun-tahun akan datang. Sebagai sebahagian daripada fasa pertamanya, projek ini akan memacu kesalinghubungan di seluruh Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Fasa kedua akan memberi tumpuan kepada bekalan kuasa di Afrika, manakala yang ketiga akan memacu saling hubungan grid hijau global.

Konsep grid global mula diumumkan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi pada bulan Oktober 2018 semasa Perhimpunan pertama ISA. Pada bulan Mei 2021, UK telah berikrar untuk menyediakan sokongan teknikal, kewangan dan penyelidikan bagi projek OSOWOG.

Tentang International Solar Alliance 
International Solar Alliance (ISA), telah dilancarkan di COP21 di Paris dan baru-baru ini telah mengembangkan skop keahliannya untuk melibatkan semua negara anggota PBB. Terdapat 90 orang penandatangan dan 193 orang bakal ahli. ISA menyediakan platform khusus untuk bekerjasama melalui komuniti global, termasuk kerajaan, organisasi bilateral dan multilateral, korporat, industri dan pihak berkepentingan yang lain, yang boleh menyumbang untuk membantu mencapai matlamat yang sama bagi meningkatkan penggunaan dan kualiti tenaga solar dalam memenuhi keperluan tenaga bakal negara-negara anggota ISA dengan cara yang selamat, mudah, berpatutan, saksama dan lestari.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1677050/ISA_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1677051/OSOWOG_Logo.jpg?p=medium600

Source: International Solar Alliance
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Environmental Issues