omniture

CGTN: Inisiatif Tindakan Global 2021 - Projek Bumi

CGTN
2021-11-04 03:38 163

BEIJING, 4 November 2021 /PRNewswire/ -- Perubahan iklim merupakan ancaman yang terbesar pada zaman kita. Suhu yang panas terik, paras air laut yang semakin meningkat dan ribut yang membawa maut menjadi semakin biasa ketika dunia bergelut dengan impaknya.

“Global Action Initiative 2021” will be aired at 23GMT from November 2 to 6
“Global Action Initiative 2021” will be aired at 23GMT from November 2 to 6

China Media Group (CMG) melancarkan acara khas untuk menonjolkan mengenai bahaya krisis iklim dengan pandangan yang mendalam terhadap malapetaka yang sedang berlaku, perlumbaan mengejar masa untuk mencari idea dan penyelesaian baharu serta peranan pemimpin-pemimpin global serta belia hari ini.

Hari Pertama akan memfokuskan kepada gambaran besar. Kita akan mengkaji impak perubahan iklim dan menonjolkan sasaran China untuk menangani perubahan iklim dan tindakannya untuk mencapai pertumbuhan mesra alam melalui pendekatan pelbagai hala. 

Shen Haixiong, presiden CMG, akan menyampaikan ucapan permulaan dan dijangkakan menegaskan mengenai kepentingan peranan media dalam bertindak balas terhadap perubahan iklim. Qin Gang, Duta Cina ke AS akan menjawab soalan-soalan mengenai perubahan iklim serta keperluan terhadap kerjasama Sino-A.S.

Hari Pertama juga akan membawakan ucapan dasar daripada pemimpin-pemimpin global termasuk Presiden Sierra Leone yang menggesa dunia untuk menerima pendekatan pelbagai hala untuk mencari penyelesaian. Perdana Menteri Iceland, Katrín Jakobsdóttir akan membentangkan mengenai kejayaan negara beliau dalam mengurangkan emisi gas rumah hijau.

Kita juga akan mendengar daripada menteri-menteri alam sekitar Ecuador dan Mesir, pegawai-pegawai kanan daripada IMF, Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang lain.

Sepanjang lima hari yang akan datang, "GAI 2021" akan membincangkan mengenai status semasa dan cabaran respons global terhadap perubahan iklim dalam lima bidang khusus termasuk "impak sebenar perubahan iklim ke atas alam sekitar global," "kepentingan biodiversiti," "tanggungjawab media," "tindakan individu" dan "tanggungjawab serta peranan anak muda."

Sebagai sebahagian daripada acara ini, kami akan membuat tayangan perdana siri dokumentari iklim lima episod, "Zero Hour", mengkaji kesan krisis iklim di seluruh dunia. Kita akan mendengar daripada anak muda yang mengemukakan idea dan penyelesaian untuk mengurangkan kesan akibat perubahan iklim.

Selama lima hari, episod dokumentari ini akan mengikuti program khas pada setiap hari. Hari Pertama akan menayangkan "Climate Change in China", menonjolkan usaha oleh China untuk menjadi neutral karbon dalam tempoh kurang daripada 40 tahun. Kami juga akan memaparkan inovasi serta penyelesaian kreatif yang menampilkan pelajar-pelajar Cina dari seluruh dunia yang membangunkan kaedah-kaedah baharu untuk menghijaukan padang pasir, menangani kemarau dan merapatkan kerajaan dan budaya.

Untuk menonton siaran langsung program ini pada waktu sebenar, sila klik https://www.cgtn.com/tv

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti https://america.cgtn.com/gai/gai.html

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Environmental Issues Environmental Policy