- Projek pembangunan hartanah besar-besaran di Malaysia diiktiraf atas prestasi cemerlangnya dalam bertindak balas terhadap matlamat keneutralan karbon global
JOHOR BAHRU, Malaysia, 4 November 2021 /PRNewswire/ -- Forest City Country Garden di Malaysia memenangi Anugerah Model Global Perancangan dan Reka Bentuk Bandar Rendah Karbon untuk konsep pembangunan mesra alam rendah karbonnya di Anugerah Bandar Lestari dan Penempatan Manusia (Sustainable Cities and Human Settlements Award, SCAHSA) 2021 yang diadakan secara dalam talian mulai 27 hingga 29 Oktober.
SCAHSA merupakan acara kemuncak bagi Sesi Tahunan ke-16 Forum Global mengenai Penempatan Manusia (GFHS 2021) yang diadakan bagi menyambut Hari Bandar Sedunia 2021. Country Garden Forest City khususnya telah meraih anugerah SCAHSA sebelum ini selama lima tahun berturut-turut, termasuk Anugerah Model Global Perlindungan Persekitaran Ekologi Pantai pada tahun 2020, Anugerah Bandar Pintar Hijau Global pada tahun 2019, Anugerah Model Global Integrasi Bandar-Industri pada tahun 2018 dan Anugerah Model Global Taman Industri Bangunan Hijau pada tahun 2017 serta Anugerah Penempatan Manusia Global untuk Perancangan dan Reka Bentuk pada tahun 2016.
10 agensi PBB bekerjasama bagi menganjurkan SCAHSA tahunan
GFHS 2021 bertujuan untuk menyatukan bandar-bandar di seluruh dunia dalam usaha untuk menangani perubahan iklim dan mengamalkan pembangunan lestari. Setakat ini, 25 organisasi berwibawa telahpun turut serta termasuk 10 agensi PBB utama, antaranya ialah Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Pejabat Pengurangan Risiko Bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRR). Tema bagi acara tahun ini ialah "Mempercepatkan Transformasi Hijau dan Inovasi Menuju Bandar-bandar Sihat, Berdaya Tahan dan Neutral-karbon."
Forest City Country Garden telah dipuji baik oleh hakim mahupun tetamu atas konsep pembangunan mesra alamnya yang rendah karbon. Projek ini yang terletak di Zon Ekonomi Khas Iskandar Malaysia, Johor, telah melancarkan pertumbuhan ekonomi bandarnya melalui perancangan dan penubuhan berterusan lapan industri penting berdasarkan kepada konsep tersebut, dengan tujuan untuk mencipta sebuah bandar yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, dinamik dan berbilang budaya yang dapat menjadi model untuk penyepaduan bandar-industri.
En. Alex Camprubi, Penasihat Kanan untuk Fundacion Metropoli Spain, Arkitek Kanan, Perancang, Pereka Landskap, menyampaikan Anugerah Model Global Perancangan dan Reka Bentuk Bandar Rendah Karbon kepada wakil Forest City
Forest City meraih anugerah untuk konsep mesra alam rendah karbonnya yang telah dipuji oleh pengulas profesional
"Forest City telah mengurangkan kesan pulau haba bandar dengan berkesan menggunakan pengoptimuman kecekapan pengikatan CO2 dalam tumbuh-tumbuhan manakala perancangan bandar serta reka bentuk bangunan mesra alam di samping konsep penyepaduan bandar-industri telah digabung untuk memudahkan pewujudan sebuah bandar yang mesra alam dan rendah karbon," ulas Arab Hoballah, Pakar Kelestarian Kanan , bekas Ketua, Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, UNEP. "Di samping itu, projek ini menyampaikan prestasi yang cemerlang dari segi perlindungan terhadap persekitaran ekologi pantai, pembinaan budaya inklusif dan penerapan teknologi bandar pintar."
Forest City komited untuk mencipta sebuah bandar dinamik mesra alam bagi menggalakkan gaya hidup rendah karbon
Forest City telah mengaplikasikan konsep pembangunan mesra alam rendah karbon dalam semua peringkat perancangan, pembangunan dan operasi bandarnya sejak penubuhannya. Dengan menerima pakai sistem penghijauan berbilang dimensi dalam seluruh aplikasi bermula dari bawah ke bumbung, pengarah projek dan jurutera berjaya merangkumkan kawasan hijau seluas 2.71 juta meter persegi secara mendatar dan kira-kira 256,000 meter linear secara menegak yang dapat membantu mengoptimumkan kecekapan pengikatan CO2 dalam tumbuh-tumbuhan sekali gus mengurangkan kesan pulau haba bandar dan penggunaan tenaga dalam sistem kawalan suhu.
Di samping itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan ketahanan bandar dan menggalakkan perjalanan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, projek ini menyediakan komuniti setempat dengan kaedah mobiliti yang pintar dan mudah melalui penggunaan aplikasi pintar sekali gus menggalakkan aktiviti berjalan kaki dan berbasikal sebagai bentuk perjalanan dengan membina infrastruktur sokongan yang konsisten dan mesra alam untuk mod pengangkutan yang lebih sihat ini. Selain itu, rancangan pembangunan berasaskan penyepaduan bandar-industri ini akan menghasilkan sebuah bandar karbon lebih rendah dengan mengurangkan jarak dan masa yang diperlukan untuk perjalanan ulang-alik setiap hari.
Forest City, penyokong konsep 'Sponge City' ('Bandar Span'), telah membina lima stesen rawatan kumbahan dengan gabungan kapasiti yang bersamaan dengan 170,400 penduduk. Sistem canggih untuk rawatan ekologi air buangan ini digandingkan dengan sistem rawatan untuk tanah lembap yang dibina menyampaikan kualiti air yang lebih tinggi berbanding standard normal Malaysia KELASⅡB. Tambahan pula, sistem kitar semula air pulih guna yang bebas telah dicipta untuk digunakan di atas bumbung, tanaman tumbuh-tumbuhan menegak dan luar serta pengairan dan penyimbahan tandas awam.
Setakat ini, Forest City telah melabur sebanyak lebih daripada RM140 juta secara agregat dalam perlindungan terhadap alam sekitar, termasuk pewujudan kawasan simpanan rumpai laut dan pelaksanaan langkah-langkah perlindungan dan pembenihan. Dalam usaha untuk memupuk komuniti kejiranan dan menyokong pembangunan serantau, projek ini turut melabur sebanyak lebih RM53 juta bagi membina komuniti dan kampung di kawasan sekitar serta membiayai sekolah-sekolah tempatan. Lima tahun menjalani proses pembangunan, Forest City terbentuk setelah memenuhi secara beransur-ansur matlamat pembangunan ekologi berperingkatnya. Menuju ke hadapan, untuk bertindak balas dengan lebih baik terhadap matlamat keneutralan karbon global, Forest City merancang untuk meneruskan komitmennya untuk mencapai keharmonian antara pembangunan bandar dan perlindungan terhadap persekitaran ekologi.