omniture

Casio bakal Lancar Jam Tangan MT-G dengan Bezel Karbon Berbilang Lapisan, Berbilang Warna

CASIO COMPUTER CO., LTD
2021-11-04 09:00 253

TOKYO, 4 November 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan penambahan terkini kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. MTG-B2000XMG baharu, yang mempunyai bezel karbon berbilang warna yang diperbuat dengan melaminakan karbon dengan gentian kaca berwarna, merupakan sebahagian daripada barisan jam tangan MT-G, kesemuanya menampilkan pembinaan yang memanfaatkan sepenuhnya sifat-sifat logam mahupun resin.

MTG-B2000XMG
MTG-B2000XMG

Bezel untuk MTG-B2000XMG ini dibuat menggunakan proses baharu untuk melaminakan karbon secara rawak dan gentian kaca berwarna, yang melaluinya bezel dibentuk. Proses ini menghasilkan bezel berbilang warna dengan corak berbilang lapisan, lalu mengekspresikan corak warna mistik yang indah 'Rainbow Mountain,' yang menunjukkan strata warna-warna berbeza yang dihasilkan oleh pengoksidaan mineral yang terkumpul dari masa ke masa daripada aktiviti gunung berapi serta pergerakan tektonik. Tiada dua jam tangan yang kelihatan benar-benar serupa, setiap satu menonjolkan corak berbilang lapisan yang benar-benar unik di mana bezel dibentuk. Penyaduran ion (IP) berwarna-warni menghiasi komponen jam tangan, bermula daripada IP pelangi di tepi bahagian dalam bezel kepada IP emas ros pada pengancing dan gelung gegelang hinggalah IP biru muda dan ungu pada skru depan, butang dan mahkota. Reka bentuk muka jam berbilang warna melengkapkan rona bezel.

Jam tangan ini mengekalkan waktu yang tepat di mana-mana sahaja di dunia dengan menerima isyarat penentukuran-masa gelombang radio. Fungsi Smartphone Link turut memastikan agar jam tangan ini sentiasa dikemas kini secara automatik dengan zon waktu dan perubahan waktu jimat siang (DST) melalui penggandingan dengan aplikasi khusus pada telefon pintar. Ciri-ciri lain termasuk pengecasan solar dan LED dengan kecerahan tinggi bagi menjamin kemudahan yang optimum.

MTG-B2000XMG-1A
MTG-B2000XMG-1A

 

Langkah-langah dalam pembuatan bezel karbon berbilang warna
Langkah-langah dalam pembuatan bezel karbon berbilang warna

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail