- 28 rekod lelongan baharu dibuat semasa jualan dua hari Gooding & Company pada 2013
PEBBLE BEACH, California, 22 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Gooding & Company, syarikat lelongan rasmi untuk Pebble Beach Concours d'Elegance® dan dikenali kerana menjual kereta rebutan pengumpul yang paling signifikan dan bernilai di dunia, menghasilkan lebih $112 juta semasa Acara Lelongan Pebble Beach pada hujung minggu lepas. Sewaktu jualan selama dua hari itu, Gooding & Company menjual 116 daripada 127 lot yang ditawarkan, untuk kadar jualan sebanyak 91%, dengan harga purata satu lot sebanyak $965,675, dan 30 kereta dijual dengan nilai sebanyak lebih $1,000,000. Tiga jualan teratas termasuklah:
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130820/LA66968-a)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130820/LA66968LOGO-b)
Keputusan Sepuluh Teratas |
||
39 |
Ferrari 250 GT 14-Louver Berlinetta 1957 |
$9,460,000 |
123 |
Bugatti Type 57SC Atalante 1937 |
$8,745,000 |
51 |
McLaren F1 1997 |
$8,470,000 |
143 |
Ferrari 250 GT Berlinetta Competizione 1955 |
$7,150,000 |
114 |
Alfa Romeo 6C 2500 Competizione 1948 |
$4,840,000 |
119 |
AAR Gurney-Weslake Eagle Mk 1 1966 |
$3,740,000 |
151 |
Ferrari 500 TRC 1957 |
$3,080,000 |
149 |
Ferrari 365 California Spider 1967 |
$2,970,000 |
134 |
Bentley Speed Six Grafton Coupe 1929 |
$2,860,000 |
133 |
Ferrari 275 GTB Long Nose Alloy 1965 |
$2,585,000 |
"Acara Lelongan Pebble Beach Ulang Tahun Ke-10 kami yang memecahkan rekod ini berbangga dengan hasil yang memberangsangkan. Keputusan kukuh ini juga memberi impak terhadap peneraju pasaran seperti Bugatti, Ferrari, McLaren dan Porsche yang sudah jelas menunjukkan permintaan meningkat untuk kereta klasik tahap tinggi yang jarang ditemui," kata David Gooding, Presiden dan pengasas Gooding & Company.
Untuk melihat senarai lengkap keputusan Acara Lelongan Pebble Beach 2013 Gooding & Company dengan harga yang didapati, sila lawati http://www.goodingco.com/
Tentang Gooding & Company
Gooding & Company, terkemuka seluruh dunia untuk acara lelongan automotif bertaraf dunia, menyediakan khidmat yang tidak tertanding bagi pasaran kereta rebutan pengumpul, menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk jualan persendirian dan estet, penaksiran, dan pengurusan tuntutan. Gooding & Company telah menetapkan 21 rekod dunia dan menjual kereta rebutan pengumpul dengan jumlah nilai $80.6 juta setakat ini pada tahun 2013. Acara Lelongan Scottsdale tahunan akan diadakan pada 17 dan 18 Januari 2014 dan Acara Lelongan Amelia Island pada 7 Mac 2014.