omniture

Xinhua Silk Road: Jiangyin, timur China tunjukkan momentum kukuh industri-industri baru muncul

Xinhua Silk Road
2021-11-05 06:54 180

BEIJING, 5 November 2021  /PRNewswire/ -- Sejumlah 182 projek yang melibatkan pelaburan sebanyak 136.3 bilion yuan telahpun ditandatangani di Persidangan Pembangunan ke-3 dan Simposium Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Jiangyin 2021 diadakan pada Sabtu lalu di bandar Jiangyin, wilayah Jiangsu, timur China.

Foto udara menunjukkan pemandangan bandar Jiangyin
Foto udara menunjukkan pemandangan bandar Jiangyin

Projek-projek yang dikontrakkan semasa berlangsungnya persidangan ini meliputi bidang-bidang seperti tenaga baharu, litar bersepadu, peralatan berkualiti tinggi, bioperubatan, pembuatan pintar dan sebagainya. Daripada keseluruhan projek ini. 36 daripadanya merupakan projek yang mendapat pelaburan asing dengan jumlah pelaburan sebanyak 9.1 bilion dolar AS yang menyuntik momentum inovasi dan pembangunan yang kukuh dalam industri-industri baru muncul strategik Jiangyin.

Selain itu, Jiangyin menandatangani sejumlah 16 dana pelbagai jenis, dengan jumlah skala mencecah 58.8 bilion yuan. Antaranya, Dana Pembangunan Industri Baru Muncul Xiake Jiangyin sebanyak lima-bilion telah dimulakan dan diwujudkan secara bersama oleh kerajaan Jiangyin di semua peringkat, Heilan Group dan entiti-entiti pelaburan lain. Ia akan meninjau pemilikan bercampur pengurusan modal dan memajukan transformasi digital dan pintar bagi industri pembuatan.

Ketika ini, kelebihan industri sekitar paras tiga ratus bilion termasuk tekstil dan pakaian mewah, bahan petrokimia baharu dan bahan logam baharu, Jiangyin menggalakkan pertumbuhan industri-industri baru muncul yang strategik dengan aktif dan menjadi peneraju dalam menggerakkan industri-industri masa depan termasuk komunikasi 5G, pembuatan pintar dan pelancongan budaya.

Tahun ini, Jiangyin telah menubuhkan dana inovasi sains dan teknologi bakat bernilai 200 juta yuan yang digunakan untuk menyokong pembangunan bidang-bidang baru muncul yang strategik.

Jiangyin memiliki 3 inkubator perniagaan teknologi peringkat negara, 1 pemecut perniagaan teknologi dan 6 ruang inovasi besar-besaran. Ia mempercepatkan pembinaan Taman Inovasi Negara Sunan dan Pelabuhan Inovasi Digital Delta Sungai Yangtze (Jiangyin)

Khususnya, Zon Pembangunan Industri Teknologi-tinggi Jiangyin, sebagai kawasan utama di Taman Inovasi Negara Sunan, juga merupakan zon teknologi tinggi negara yang kedua di China yang terletak di sebuah bandar peringkat daerah.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/324586.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Contracts