CHANGZHOU, China, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada lewat bulan September lalu, kumpulan pertama modul 670W Vertex 210 Trina Solar 30MW telah dihantar ke projek fotovolta perikanan Nandagang di bandar Cangzhou, di Hebei, utara China dan lebih banyak modul akan terus dihantar.
Projek Fotovolta Perikanan dengan jumlah kapasiti terpasang 70MW terletak di taman industri Nandagang, Cangzhou yang kaya dengan salin dan alkali serta tanah lumpur. Projek ini kesemuanya akan dilengkapi dengan modul 670W Vertex dan condong tetap. Dalam memulakan projek ini untuk menyediakan perkhidmatan kepada industri perikanan tempatan, bagi memaksimumkan kecekapan, pemiliknya, Concord New Energy, memerlukan modul yang menggabungkan hasil tenaga tinggi dan keandalan, selepas melakukan penilaian yang teliti, memilih Vertex. Sebelum ini juga Concord New Energy telah memilih modul 670W Vertex Trina Solar dalam projek fotovolta 112MW di Dachaidan, wilayah Qinghai.
Modul 670W Vertex Trina Solar yang dilancarkan pada tahun ini menampilkan pemotongan tak memusnah, saling sambungan berkepadatan tinggi dan teknik-teknik lain. Modul 670W Vertex dibina agar mampu bertahan dengan keadaan persekitaran yang sukar, termasuk padang pasir, tanah tidak berpenghuni, altitud tinggi, angin kuat, pasir dan suhu melampau yang signifikan. Modul-modul ini telah melepasi beberapa ujian yang ketat dan dalam masa yang sama sentiasa mengekalkan tahap keandalan yang tinggi.
Dengan kelebihan kuasa tinggi, kecekapan tinggi, keandalan tinggi, modul 210 Vertex dapat mengurangkan kos sistem projek utility dengan berkesan, meningkatkan kecekapan sistem dan menjamin pulangan projek. Dalam era pariti grid penuh, modul 210 Vertex merupakan peneraju LCOE. Menurut satu kajian LCOE yang dijalankan oleh institut penyelidikan solar yang terkemuka di dunia, Fraunhofer ISE di Jerman, apabila condong tetap digunakan, modul 670W mono-muka 210 Vertex dapat mengurangkan LCOE sehingga 7.4%.
Dengan keandalan yang tinggi dan prestasi LCOE, modul 670W Vertex Trina Solar diterima secara meluas oleh pelanggan di seluruh dunia dan diaplikasikan dalam semua jenis projek utiliti berskala besar.
Bagi projek fotovolta perikanan Nandagang, setelah siap, penternakan ikan dan udang dalam air akan dilakukan, sel fotovolta dipasang di atas permukaan air, tenaga Solar, kolam ternakan ikan dan hujan akan seterusnya dimanfaatkan sepenuhnya, lalu membantu pembangunen ekonomi dan ekosistem tempatan.