omniture

Sinopec Mengeksploitasi Minyak Syal di Shengli Oilfield dengan Anggaran Simpanan 458 Juta Tan

SINOPEC
2021-11-05 07:49 41
  • Menghasilkan 171 tan minyak syal setiap hari, Fanye-1 Well mencatatkan rekod pengeluaran tertinggi China untuk telaga minyak syal tunggal.
  • 1 juta tan kapasiti pengeluaran minyak syal dijangka dibina dalam lima tahun akan datang.
  • Anggaran awal sumber minyak syal di kawasan ini berjumlah 4 bilion tan. 

BEIJING, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- Empat telaga cari gali minyak syal yang ditetapkan di Kawasan Penerokaan Timur Shengli Oilfield China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") melaporkan aliran minyak yang tinggi pada 3 November, antaranya Fanye-1 Well mencapai pengeluaran minyak harian tertinggi sebanyak 171 tan, yang mencatatkan rekod pengeluaran minyak syal yang tertinggi bagi telaga tunggal di China.

Sinopec Exploits Shale Oil in Shengli Oilfield with Estimated Reserves of 458 Million Tons.
Sinopec Exploits Shale Oil in Shengli Oilfield with Estimated Reserves of 458 Million Tons.

Kejayaan strategik dalam penerokaan minyak syal di Shengli Oilfield, pencapaian yang memecah rekod ini menunjukkan prospek kawasan yang cerah untuk penerokaan dan pembangunan minyak syal. Shengli Oilfield melaporkan kumpulan pertama simpanan geologi minyak syal akan mencecah 458 juta tan menurut ramalan semasa. Anggaran awal menunjukkan bahawa sumber minyak syal di kawasan ini berjumlah lebih daripada 4 bilion tan, menandakan wilayah yang boleh dikatakan baharu untuk meningkatkan simpanan dan pengeluaran di timur China.

Minyak syal merupakan sumber petroleum yang tersimpan dalam liang bersaiz mikro/nano lapisan syal. Minyak syal yang dihasilkan di Shengli Oilfield berada di kedalaman lebih 3,000 meter pada suhu mencecah 170 darjah Celsius dalam ruang simpanan yang lebih halus daripada sehelai rambut. Kadar evolusi geologi yang rendah, kepadatan tinggi, kecairan lemah dan senario pembangunan yang sukar telah mencabar teknik-teknik termasuk penggerudian dan peretakan.

Bagi menyelesaikan masalah dalam penerokaan dan pembangunan minyak syal, Shengli Oilfield telah menginovasi tiga teknologi utama untuk memecahkan halangan ini. Ia menjalankan lebih daripada 40 jenis kajian minyak syal pada pelbagai peringkat termasuk Program Penyelidikan Asas Kebangsaan China (973 Program) dan projek-projek khas utama dalam dekad yang lalu seperti:

  • Mewujudkan model pengumpulan dan pengayaan minyak syal di lembangan sesaran benua untuk membangunkan teknologi penilaian pengoptimuman minyak syal yang mendedahkan "tempat persembunyian" minyak syal;
  • Membangunkan teknologi penggerudian pantas yang berkualiti tinggi dengan cecair penggerudian berasaskan sintetik bagi mengupayakan penggerudian telaga mendatar yang cekap dengan kedalaman lebih 2,000 meter di bawah paras 3,300 meter;
  • Mencapai teknologi peretakan rangkaian tergabung berbilang skala yang membolehkan minyak syal dilepaskan pada ratusan "lebuh raya" tahap millimeter yang dihasilkan secara buatan.

Ketika ini, Shengli Oilfield dilengkapi sepenuhnya untuk penerokaan dan pembangunan minyak syal yang komprehensif. Syarikat ini mengusahakan teknologi-teknologi untuk bahagian mendatar yang lebih panjang, pembangunan berbilang lapisan dan tiga dimensi, mengaplikasikan secara inovatif model "kilang telaga" bagi mempercepatkan pewujudan zon perintis pembangunan minyak syal peringkat negara di lembangan sesaran benua Jiyang.

"Langkah yang seterusnya untuk Sinopec Shengli Oilfield adalah untuk terus menjalankan kajian mendalam dan meningkatkan keupayaan kejuruteraan bagi menyokong peningkatan penyimpanan dan pengeluaran minyak syal yang berskala besar. Kapasiti pengeluaran minyak syal yang dijangkakan mencecah 1 juta tan akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang, lalu mengukuhkan hasil pengeluaran dan daya tahan keselamatan tenaga di China," ujar Kong Fanqun, Penolong Presiden Sinopec dan Pengarah Eksekutif Sinopec Shengli Oilfield.

Sinopec turut melaporkan kejayaan penting dalam bidang penerokaan gas syal, termasuk pewujudan medan gas syal berskala besar yang pertama di dunia, medan gas syal Fuling; penemuan medan gas syal mendalam pertama China, medan gas syal Weirong, fasa pertama yang telah membina kapasiti pengeluaran sebanyak 1 bilion meter padu pada tahun 2020; serta telaga cari gali gas syal penting Dongye Deep 2 di Lembangan Sichuan yang telah diuji untuk menghasilkan 412,000 meter padu gas syal berkualiti tinggi setiap hari dan menandakan pencapaian penting dalam penerokaan gas syal yang sangat dalam pada kedalaman lebih 4,000 meter.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Keywords: Oil/Energy Utilities