omniture

Perkembangan baharu kajian mengenai mekanisme Lianhua Qingwen untuk memerangi SARS-CoV-2

Yiling Pharmaceutical
2021-11-05 07:57 120

BEIJING, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- Dalam usaha untuk mencegah dan mengawal wabak, "3 ubat dan 3 preskripsi" dipilih daripada ubat tradisional Cina di China termasuk ubat wakilan "Lianhua Qingwen", dikeluarkan oleh Yiling Pharmaceutical yang telah digunakan secara meluas semasa pencegahan wabak awam. Selain itu, dengan peningkatan populariti ubat ini, saintis telah menjalankan beberapa kajian asas dan klinikal bagi membuktikan keberkesanannya dengan bukti data.

Sehingga 85 komponen efektif terhadap SARS-CoV-2

Profesor Wu Caisheng di Sekolah Sains Farmaseutikal, Xiamen University dan pasukan Chai Yifeng di Naval Medical University membawa berita baik mengenai kajian komponen farmakologi Lianhua Qingwen Capsules dan mekanisme pencegahan serta rawatan COVID-19, yang mana keputusan "Identifying potential anti-COVID-19 pharmacological components of traditional Chinese medicine Lianhua Qingwen capsule based on human exposure and ACE2 biochromatography screening" ("Pengenalpastian komponen farmakologi anti-COVID-19 berpotensi ubat tradisional Cina kapsul Lianhua Qingwen berdasarkan kepada pendedahah manusia dan pemeriksaan biokromatografi ACE2") telah diterbitkan dalam jurnal Acta Pharmaceutica Sinica dengan faktor impak 7.097, menjadi bukti hebat berhubung peranan Lianhua Qingwen dalam pencegahan dan rawatan COVID-19.

Berdasarkan kepada HRMS dan teknologi perlombongan data tidak bersasar pintar, kajian ini menganalisis secara komprehensif komponen Lianhua Qingwen Capsules dalam plasma dan urin selepas pemberian secara berulang. Keputusan percubaan menunjukkan bahawa 85 komponen yang berkaitan berjaya dikenal pasti dalam tubuh manusia selepas pemberian berulang, termasuk amygdalin, prunasin, glycyrrhizin, phillyrin A, phillyrin I, rhein dan aloe emodin, kesemuanya mempunyai keafinan mengikat dengan ACE2. Perhatian boleh diberikan kepada fakta bahawa sebatian-sebatian tersebut menunjukkan keafinan yang baik dengan ACE2 dan boleh mengikat permukaan kontak ACE2 dan kompleks protein pepaku dengan berkesan. Komponen-komponen pengikat ACE2 ini boleh merencatkan SARS-CoV-2 dengan mempengaruhi pengikatan antara ACE2 dan protein pepaku dengan efektif, yang bertindak sebagai asas ujikaji untuk pencegahan dan rawatan COVID-19 yang berkesan daripada Lianhua Qingwen Capsule.

Pencapaian kajian ini menerangkan mengenai komponen farmakologi dan mekanisme tindakan Lianhua Qingwen Capsules dan menjelaskan bagaimana ubat ini berfungsi dan komponen yang membuatkannya begitu kuat dalam tubuh manusia, yang merupakan lanjutan daripada kajian eksperimen dan bukti klinikal Lianhua Qingwen bagi rawatan COVID-19.

Sehingga 55 sasaran kesan berguna terhadap SARS-CoV-2

Satu lagi kajian oleh Wang Lin et al. daripada First Teaching Hospital of Tianjin University of Traditional Chinese Medicine telahpun diterbitkan dalam jurnal Chinese Medicinal Materials. Dalam kajian ini, pangkalan data TCMSP dan TCMID serta literatur yang berkaitan digunakan untuk menyaring bahan aktif dan sasaran Lianhua Qingwen. Keputusan menunjukkan bahawa sejumlah 378 komponen aktif, 282 sasaran berpotensi dan 55 sasaran biasa dengan 2019-nCOV diperoleh semasa pemilihan dan 22 sebatian penting ditemui, terutamanya termasuk quercetin, aloe emodin dan wogonin, yang mana antaranya quercetin mempunyai tahap aktiviti tertinggi dan jumlah sasaran terbesar. Quercetin mempunyai kesan farmakologi seperti anti-radang, tindakan antivirus dan imunomodulasi. Ia juga merupakan komponen utama dalam Forsythiae Fructus dan Lonicerae Japonicae Flos.

Semasa pandemik, Lianhua Qingwen telah digunakan secara meluas di hospital kabin bergerak di Wuhan, China, termasuk Huoshenshan Hospital dan Leishenshan Hospital.

Sejak menembusi pasaran pada tahun 2003, Lianhua Qingwen telah disyorkan dalam lebih daripada 20 protokol peringkat negara di China termasuk protokol untuk memerangi virus influenza A, virus influenza B, selesema burung dan COVID-19. Selama lebih daripada 10 tahun, ia telah disyorkan untuk rawatan terhadap peristiwa kesihatan awam utama yang disebabkan oleh virus berjangkit. Semasa tempoh khas pencegahan dan kawalan wabak yang diburukkan oleh keadaan awal musim sejuk, orang ramai cenderung terdedah kepada serangan bersama antara selesema, flu dan COVID-19. Sebaik sahaja demam, batuk atau gejala-gejala lain ditemui, orang ramai harus mengambil ubat seperti yang diarahkan dan menjaga kesihatan mereka dan juga keluarga mereka sepanjang masa.

Source: Yiling Pharmaceutical
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Survey, Polls & Research