BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- Dijadualkan membuka pintunya pada suku keempat tahun 2022, Villa le Voile – salah satu hartanah warisan tinggalan terakhir bandar ini – akan dihidupkan semula sebagai destinasi warisan dan menjamu selera ulung Vietnam. Maha karya seni bina yang menggabungkan pengaruh Vietnam, Cina dan Perancis asli, rumah warisan dua tingkat ini merupakan salah satu daripada hanya 52 bangunan warisan Kategori Satu di bandar ini.
Vila berkeluasan 1,500 meter persegi ini dibina antara tahun 1927 dan 1930 di plot tanah berukuran 3,000-meter persegi. Dengan visi untuk memulihkan bangunan ini ke zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu, vila ini diperoleh pada tahun 2015 oleh Minerva Corporation, melabur sebanyak lebih US$20 juta dalam proses pemulihannya. Pakar-pakar Palazzo Spinelli Institute for Art and Restoration dari Itali dan Stonewest dari UK, yang mana bidang kerja masing-masing melibatkan estet, katedral serta institusi sejarah dan budaya yang lain, dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan berskala penuh hartanah ini.
Nama Villa le Voile diinspirasikan oleh voile (dalam bahasa Perancis bermaksud "selubung"), melambangkan perjalanan kajian dan pemulihannya selama tujuh tahun yang ekstensif – selain banyak lapisan sejarah yang didedahkan dalam proses ini. Terdiri daripada vila utama, ruang yang fleksibel untuk pameran dan acara sementara serta kawasan landskap luar, vila ini akan menempatkan tiga destinasi menjamu selera yang diselangi oleh semangat artistik, kepekaan budaya dan promosi warisan.
Sebuah tempat untuk inspirasi, komuniti dan penerokaan budaya, Villa le Voile akan menawarkan tempat untuk bertukar-tukar dan memahami Vietnam melalui pameran, bengkel dan program-program lain sepanjang tahun.
Latar Belakang Villa le Voile
Villa le Voile bersedia untuk menjadi destinasi ulung Bandar Raya Ho Chi Minh untuk menjamu selera, warisan dan budaya. Dicirikan oleh campuran yang eklektik, namun harmoni antara unsur-unsur seni bina dan reka bentuk Perancis, Cina dan Vietnam, Villa le Voile merupakan satu penjelmaan sejarah dan budaya unik Saigon. Membuka pintunya kepada orang ramai pada suku keempat tahun 2022, Villa akan menempatkan tiga konsep menjamu selera yang tersendiri yang meningkatkan persepsi hidangan masakan Vietnam, berserta pameran sementara, acara sementara dan program kebudayaan yang mantap sepanjang tahun. Ikuti Villa le Voile di Instagram dan Facebook: @villalevoile. www.villalevoile.com
Untuk mengakses kit akhbar penuh dan imej resolusi tinggi, klik di sini.
Hubungan Akhbar:
Manica Tiglao: manica.tiglao@finnpartners.com | villalevoile@finnpartners.com (Asia)
Alison Buchbinder: alison.buchbinder@finnpartners.com (AS & Eropah)