omniture

Acara Maya Inspire Days Quadient Menjanjikan Banyak Maklumat untuk Membina Pengalaman Pelanggan Positif

Quadient
2021-11-05 08:55 170

PARIS, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- Quadient (Euronext Paris: QDT), peneraju dalam membantu perniagaan mencipta hubungan pelanggan yang bermakna melalui saluran digital dan fizikal, akan menganjurkan persidangan pengalaman pelanggan (CX) Inspire Days 2021 mayanya pada 17-18 November.

Acara tahunan ini telah berkembang daripada persidangan pengguna Quadient Inspire kepada persidangan CX global yang wajib dihadiri pada hari ini. Acara ini menghimpunkan golongan profesional CX dan pengurusan komunikasi pelanggan (CCM) dari seluruh industri dan wilayah untuk memperoleh pemahaman, kemahiran dan strategi bagi mentransformasikan perniagaan mereka dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Inspire Days akan membawakan 40 penceramah yang menarik dan empat trek yang menampilkan sesi-sesi pendidikan, kes penggunaan yang menginspirasikan, perbincangan dan sesi soal jawab (Q&A) dalam tiga zon waktu untuk menampung keperluan ribuan hadirin dalam talian di Amerika, Asia-Pasifik (APAC) dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA). Geoffrey Godet, Ketua Pegawai Eksekutif Quadient dan Chris Hartigan, ketua pegawai penyelesaian, Automasi Komunikasi Pintar, untuk Quadient, akan mengalu-alukan para hadirin dengan ucapan dasar "Empower, Elevate, Accelerate" ("Memperkasa, Meningkatkan dan Mempercepatkan"). Rakan-rakan kongsi Quadient dan penaja-penaja utama Inspire Days terdiri daripada Capgemini, Cognizant, Canon, Duck Creek, Blue Rush dan Microsoft.

Barisan hebat pemimpin pemikiran yang berpengalaman dan berpengetahuan dijadualkan sepanjang acara selama dua hari ini untuk membentangkan dan membincangkan apa yang boleh dilakukan oleh organisasi-organisasi ketika ini dan dalam masa terdekat untuk menarik minat pelanggan serta mengekalkan kesetiaan mereka. Penceramah-penceramah terdiri daripada:

  • Steven Van Belleghem, penulis dan pemimpin pemikiran CX global akan berkongsi kelainan baharu mengenai CX menerusi ceramah beliau "Making the Offer You Can't Refuse. Hint: Technology alone is not enough" ("Membuat Tawaran yang Tidak Dapat Ditolak. Petunjuk: Teknologi sahaja tidak mencukupi")
  • Marci Maddox, pengarah penyelidikan untuk program Digital Experience Management Software (Perisian Pengurusan Pengalaman Digital) IDC akan memberi panduan bagaimana untuk bertemu pengguna di mana mereka berada ketika ini untuk mencipta hubungan yang dipercayai.
  • Jim Tincher, pengasas firma perunding Heart of the Customer, akan berkongsi bagaimana teknologi CX menyokong pengurusan perjalanan hujung-ke-hujung, perbualan pelanggan dan kecekapan operasi

Sesi-sesi tambahan akan mencakupi pelbagai aspek dari segi bagaimana untuk memulakan dan melaksanakan strategi pengurusan pengalaman pelanggan (CXM) dalam sesebuah organisasi dan menawarkan cadangan amalan terbaik untuk mengaplikasikan alatan CCM kepada CXM dan pengurusan hubungan pelanggan (CRM) demi keputusan yang optimum. Quadient akan membentangkan mengenai "Roadmap for Exceptional Experiences" ("Hala Tuju demi Pengalaman Luar Biasa") berfokuskan masa depan serta pratoton tidak rasmi selama 15 minit untuk keluaran Inspire Flex R15 penyelesaian CCM perusahaannya yang akan datang. Selain itu, Quadient dengan gembiranya melabuhkan tirai Inspire Days tahun ini bersama pelanggannya dan, buat julung kalinya, anugerah rakan kongsi global dan serantau.

"Inspire Days merupakan peluang yang sempurna untuk menyelami dengan lebih mendalam berbanding sebelum ini terhadap CX dan muncul dengan strategi serta taktik baharu untuk memperkasa pekerja anda, meningkatkan pengalaman pelanggan anda dan mempercepatkan transformasi dalam seluruh organisasi anda," kata Hartigan. "Di Quadient, kami telah menjangkakan penumpuan CCM, pemetaan perjalanan pelanggan, automasi dokumen, akaun belum bayar dan akaun belum terima dan kami gembira untuk berkongsi bersama anda mengenai perkembangan terkini dalam bidang ini, lebih spesifik lagi dalam CCM dan CXM. Sertai kami di Inspire Days!"

Latar Belakang Quadient® 

Quadient merupakan daya penggerak di sebalik pengalaman pelanggan yang paling bermakna di dunia. Dengan menumpukan kepada tiga bidang penyelesaian penting, Automasi Komunikasi Pintar, Penyelesaian Loker Bungkusan dan Penyelesaian Berkaitan-Mel, Quadient membantu mempermudah hubungan antara orang ramai dan perkara yang penting. Quadient menyokong ratusan ribu pelanggan di seluruh dunia dalam usaha mereka untuk mewujudkan hubungan yang relevan dan diperibadikan serta mencapai kecemerlangan pengalaman pelanggan. Quadient disenaraikan dalam petak B Euronext Paris (QDT) dan merupakan sebahagian daripada indeks CAC® Mid & Small dan EnterNext® Tech 40.

Untuk maklumat lanjut mengenai Quadient, kunjungi www.quadient.com.

Source: Quadient
Related Stocks:
EuronextParis:QDT
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Trade show news