omniture

Eye Level adakan Eye Level Math Olympiad 2021 pada November

- Bersaing di seluruh dunia dan ketahui kedudukan pengetahuan matematik global anak anda.
Eye Level Malaysia
2021-11-05 13:02 56

KUALA LUMPUR, Malaysia, Nov. 5, 2021 /PRNewswire/ -- Sejak tahun 2004, Eye Level telah mengadakan Pertandingan Matematik tahunannya yang dikenali sebagai Eye Level Math Olympiad (ELMO) bagi membolehkan pelajar menunjukkan kemahiran matematik mereka dalam gred 1 hingga gred 8. Acara ini dibuka bukan sahaja kepada ahli-ahli Eye Level tetapi untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya. Ujian ini berlangsung kira-kira selama sejam dan dirancang untuk mencabar kemahiran matematik pelajar dalam pelbagai bidang dan mencakupi kebanyakan aspek aritmetik dan pemikiran kritis.

Pada tahun 2020, sekitar 5,000 orang pelajar dari 12 negara mengambil bahagian dalam acara ini dan Eye Level menjangkakan akan menerima lebih daripada 10,000 orang pelajar yang memohon dari 12 negara tahun ini.

 

Acara ini bukan sahaja berperanan sebagai peluang untuk pelajar menunjukkan kemahiran matematik mereka, tetapi juga untuk ibu bapa membandingkan kedudukan relatif anak mereka dalam perkembangan pembelajaran. Pemenang-pemenang dari setiap negara akan diumumkan di myeyelevel.com pada bulan Januari 2022. Majlis Penyampaian Anugerah untuk peserta-peserta cemerlang akan diadakan di peringkat tempatan mengikut budi bicara setiap pejabat Eye Level di negara masing-masing  

Pendaftaran untuk acara ini kini disediakan secara dalam talian dan dibuka mulai 18 Oktober hingga 15 November 2021. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara lain oleh Eye Level, kunjungi myeyelevel.com.

LATAR BELAKANG Eye Level 

Lebih daripada 2.8 juta orang kanak-kanak dari 20 negara telah mengikuti program Eye Level. Falsafah pengajaran kami bermula dengan memahami tahap akademik, minat peribadi dan kebolehan belajar setiap kanak-kanak. Selepas itu, kakitangan kami membantu pelajar menguasai setiap konsep dengan bimbingan secara bersemuka melalui pendekatan langkah kecil kami. Di Eye Level, kami membantu pelajar muda menjadi penyelesai masalah terarah kendiri, pemikir kritis dan pelajar sepanjang hayat -- memberi sokongan kepada mereka untuk mencapai kejayaan di sekolah dan lebih jauh lagi.

Source: Eye Level Malaysia
Keywords: Computer/Electronics Education STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)