omniture

Pengeluar pencetak 3D Cina Creality ambil bahagian dalam Ekspo 2020 Dubai

Firma teknologi berpandangan jauh kekal komited untuk menyebarkan kemesraan ke seluruh dunia dengan teknologi pencetakan 3D
CREALITY
2021-11-05 14:39 202

NEW YORK, November 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar pencetak 3D Cina Creality 3D (Creality) akan mempamerkan tawaran terkininya di Pavilion Brazil di Ekspo 2020 Dubai pada 4 November 2021 sebagai satu-satunya jenama pencetakan 3D yang telah diundang oleh pavilion kebangsaan pameran ini. Ini merupakan kali pertama jenama pencetakan 3D ini berganding bahu dengan kerajaan Brazil di pentas antarabangsa.

Kerjasama ini berpunca daripada matlamat berterusan Creality untuk menyebarkan kemesraan ke seluruh dunia dengan teknologi pencetakan 3Dnya.

Pada bulan Jun 2021, Brazilian Space Agency (AEB) menandatangani satu perjanjian dengan National Aeronautics and Space Administration (NASA) untuk menyertai program Artemis, mencetuskan lonjakan minat secara mendadak dalam kalangan penduduk Brazil terhadap angkasa lepas dan perjalanan angkasa lepas. Melalui penilaian yang komprehensif terhadap rakan-rakan kongsi berpotensi di seluruh dunia, seorang wakil program ini yang menyatakan nama beliau sebagai Alex menjelaskan bahawa beliau mendapati Creality memiliki kepakaran yang mendalam terhadap domain teknologi pencetakan 3D di samping komitmen yang berterusan kepada tanggungjawab sosial korporat. Selepas perbualan yang bermaklumat bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Creality Ao Danjun, Alex memberi pujian tinggi kepada jenama pencetakan 3D ini. Pertukaran ini khususnya ini memudahkan pewujudan projek Space Robotics.

Dilancarkan oleh Creality dengan kerjasama bersama Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Brazil, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil, Brazilian Space Agency dan University of Brasília, projek Space Robotics bertujuan untuk meningkatkan pendidikan di seluruh Brazil dengan mempromosikan aplikasi pencetakan 3D yang telah dilaksanakan di 250 buah sekolah di seluruh negara ini. Creality menyediakan semua pencetak 3D yang diperlukan untuk projek ini termasuk, dalam campuran model, Ender-3, Ender-7, CR-30, CR-6 SE, Sermoon D1, CR-200B dan HALOT-ONE, selain daripada filamen asid polilaktik (PLA) dan pengimbas pemodelan 3D CR–Scan 01. Tujuannya adalah untuk meningkatkan minat dalam kalangan pelajar terhadap pencetakan 3D dan merangsang kebolehan kreatif mereka dengan mengajar mereka cara untuk mencetak melalui aplikasi model robotik angkasa. Di samping itu, Creality telah diiktiraf oleh komuniti tempatan sebagai "Pencipta Kapsul" susulan pelaporan mengenai projek ini oleh beberapa outlet media Brazil yang berwibawa termasuk TV Brasil.

Semasa berlangsungnya pameran ini di Dubai, Creality akan mempamerkan pelbagai jenis model baharu bersama-sama Brazilian Trade and Investment Promotion Agency serta Funetec, termasuk Ender-3 S1, CR-10 Smart Pro dan Sermoon V1.

Creality, jenama pencetakan 3D pengguna No. 1 di dunia, yang disokong oleh portfolio yang mencakupi siri CR, siri Ender, siri tertutup sepenuhnya, siri resin berserta Creality Cloud APP dan ekosistem aksesori pencetakan 3D, terus meningkatkan pengalaman pengguna di samping menyusun strategi dan hala tuju demi pertumbuhan dan pengembangan masa depan firma ini.

Menuju ke hadapan, Creality merancang untuk meneruskan komitmennya untuk menyebarkan kemesraan ke seluruh dunia menerusi teknologi pencetakan 3D berdasarkan misi untuk menjadikan pencetak 3Dnya yang mudah digunakan dan berteknologi tinggi boleh diakses oleh ribuan isi rumah, dengan tujuan untuk menyampaikan pengalaman pencetakan 3D yang nyata.

Laman sesawang: www.creality.com

Facebook 
Nama: @OfficialCreality3d 
Pautan: https://www.facebook.com/OfficialCreality3d/

Instagram 
Nama: creality3d
Pautan: https://www.instagram.com/creality3d/

Twitter 
Nama: Creality3dP
Pautan: https://twitter.com/Creality3dP

YouTube 
Nama: Creality
Pautan: https://www.youtube.com/c/Creality3D/videos

Tiktok
Nama: crealityofficial
Pautan: https://vm.tiktok.com/ZSJnYEvvx/

Source: CREALITY
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Computer Accessories New products/services Trade show news