omniture

Sinopec Tandatangani Kontrak Jangka Panjang dengan Venture Global LNG

SINOPEC
2021-11-05 14:50 46

BEIJING, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") telah menandatangani kontrak gas asli cecair (LNG) selama 20 tahun dengan pengeluar dan pengeksport LNG A.S., Venture Global LNG pada 4 November 2021 untuk membeli 4 juta tan LNG setahun.

Sinopec Tandatangani Kontrak Jangka Panjang dengan Venture Global LNG
Sinopec Tandatangani Kontrak Jangka Panjang dengan Venture Global LNG

Venture Global akan membekalkan LNG daripada lojinya di Plaquemines, Louisiana. Di samping itu, China International United Petroleum & Chemicals ("UNIPEC"), subsidiari Sinopec, akan membeli sumber LNG berjumlah 3.8 juta tan daripada projek Calcasieu Pass Venture Global.

Ma Yongsheng, presiden Sinopec, menyatakan bahawa Sinopec sentiasa menegaskan strategi pembangunan rendah karbon, mesra alam, selamat dan juga bertanggungjawab.

"Sinopec telah menggalakkan secara bersungguh-sungguh pembangunan perniagaan gas asli yang berkualiti tinggi dan meningkatkan keupayaan jaminan bekalan tenaga bersih untuk terus membina kehidupan yang lebih baik. Kontrak LNG bersama Venture Global LNG memperlihatkan kesepakatan yang tinggi antara kedua-dua syarikat ini dalam menyokong transformasi tenaga global dan merealisasikan matlamat "dwi-karbon" untuk mencapai karbon puncak serta meraih keneutralan karbon," kata Ma.

Mike Sabel, Ketua Pegawai Eksekutif Venture Global LNG, menyatakan betapa besarnya penghormatan ini untuk menjalin hubungan kerjasama jangka panjang bersama Sinopec dan bagaimana kerjasama ini akan mempercepatkan pengurangan emisi karbon kedua-dua pihak dan menyediakan sumber tenaga bersih yang berkos rendah, andal dan selamat kepada China. Venture Global LNG komited untuk menggalakkan transformasi bahan api global daripada arang batu kepada gas asli sejak syarikat ini ditubuhkan dan amat gembira dapat membekalkan LNG A.S. kepada Sinopec bagi menyokong transformasi tenaga China.

Venture Global LNG ialah pembekal LNG yang penting di kawasan Teluk Mexico di A.S. dan komited untuk memanfaatkan kekayaan sumber gas asli Amerika Utara bagi menyediakan sumber LNG yang bersih dan menjimatkan kepada dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Contracts