omniture

TV Mini LED QLED TCL Tawarkan Pengalaman Permainan Tiada Tandingan Untuk Pemain

TCL Electronics
2021-11-08 16:13 112

HONG KONG, 8 November 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha utama dalam industri TV global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna terkemuka membawakan pengalaman yang tiada tandingan kepada peminat permainan video dengan TV Mini LED QLED terkininya. Sebagai Rakan TV Rasmi untuk Call of Duty: Vanguard, X925, C825 dan C728 TCL menggabungkan Mini LED, QLED dan resolusi sehingga 8K dengan HDMI 2.1 untuk menyampaikan corak permainan yang memukau yang meletakkan peminat permainan video di tengah-tengah aksi.


"TCL berdedikasi untuk memastikan peminat mendapat corak permainan yang sebaik mungkin dan kami teruja untuk pemain di seluruh dunia bagi mengalami Call of Duty: Vanguard di TV TCL. Kami mereka bentuk teknologi paparan canggih TCL untuk permainan video popular hari ini dan kami bermatlamat untuk mencipta pengalaman unggul yang menarik dan imersif," kata Shaoyong Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Electronics.

Menggabungkan Mini LED, QLED dan resolusi sehingga 8K dengan HDMI 2.1, siri pilihan TV TCL menawarkan prestasi imejan yang berkuasa dan lancar bagi memenuhi kehendak pemain yang paling cerewet dari segi warna, kadar segar semula, kependaman rendah, peralihan waktu sebenar dan kejelasan.

Teknologi audio-visual yang canggih dan sokongan untuk ciri-ciri generasi seterusnya termasuk pampasan dinamik kadar segar semula tinggi sehingga 120Hz, mengurangkan leret warna, pengaburan dan getaran berserta mod Game Master yang mengagregatkan Kadar Segar Semula Boleh Ubah (VRR), Mod Kependaman Rendah Auto (ALLM) bagi memastikan pengalaman permainan yang sebaik mungkin.

TV Mini LED dan QLED dengan resolusi sehingga 8K dapat menghidupkan permainan generasi seterusnya. Paparan TCL turut menampilkan Dolby Vision® HDR untuk kontras cemerlang yang meningkatkan sorotan, bebayang dan siluet bagi menonjolkan butiran yang luar biasa. Audio Dolby Atmos® memastikan pemain tidak terlepas sebarang kesan bunyi hasil daripada bunyi ruangan 3D.

TCL menyokong komuniti permainan dan telah bekerjasama dengan Call of Duty® di Amerika Utara sejak tahun 2018. Sebagai Rakan TV Rasmi Call of Duty: Vanguard, TCL akan menggunakan saluran dan titik sentuhan utama bagi menunjukkan sejauh mana teknologi paparannya dan TV yang memenangi anugerah dapat membawakan pengalaman permainan visual dan audio yang imersif dan tiada tandingan kepada pemain.

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Licensing/marketing agreements New products/services