omniture

Xinhua Silk Road: Industri teh China kekal momentum pertumbuhan dalam pengeluaran dan jualan, menurut pakar

Xinhua Silk Road
2021-11-08 18:30 52

BEIJING, 8 November 2021 /PRNewswire/ -- Memandangkan wabak domestik semakin dikawal dengan baik, industri teh China menunjukkan lonjakan dari segi pengeluaran dan penjualan pada tahun 2021, kata Wang Qing, presiden China Tea Marketing Association di Persidangan Tahunan Ekonomi Industri Teh China kali ke-17 yang diadakan di Daerah Autonomi Dong Sanjiang, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi selatan China baru-baru ini.

 

Menyelaraskan budaya teh, industri teh dan teknologi teh, persidangan tahunan ini mengadakan pelbagai aktiviti termasuk pameran, pameran ekonomi dan perdagangan, laporan tema, forum kesihatan, persidangan promosi dan forum pembangunan industri yang bertujuan untuk menggalakkan perkembangan industri teh yang berkualiti tinggi di Liuzhou, Sanjiang serta di seluruh negara ini.

Menurut Kuang Qu, ketua parti Daerah Autonomi Dong Sanjiang, Sanjiang akan menjadikan persidangan tahunan ini sebagai titik permulaan yang baharu untuk pembangunan dan menggalakkan perkembangan industri teh ini dengan teknologi teh dan budaya teh.

Diketahui bahawa industri teh telah berkembang ke seluruh daerah Sanjiang dengan jumlah kawasan taman tehnya mencecah 200,000 mu (kira-kira 13,333.33 hektar) manakala kawasan taman teh hijaunya yang diperakui mencecah 137,800 mu (kira-kira 9,186.67 hektar).

Daerah Sanjiang telah menjayakan penanaman teh di setiap kampung melalui model "perusahaan berserta koperasi berserta petani", memupuk dan memperkenalkan perusahan terkemuka serta menggalakkan operasi taman teh secara besar-besaran bagi meningkatkan industri teh dari segi varieti, kualiti dan jenama.

Ketika ini, industri teh telah menjadi industri tonggak Daerah Sanjiang. Statistik menunjukkan bahawa setakat penghujung September tahun ini, output bagi teh kering Sanjiang ialah 16,256 tan, bernilai 1.9 bilion yuan, satu peningkatan berbanding tahun sebelumnya masing-masing sebanyak 13.5 peratus dan 20 peratus.

Semasa berlangsungnya persidangan tahunan ini, laporan mengenai pembangunan industri teh China pada tahun 2021 telahpun dikeluarkan, merangkumi penggiatan semula luar bandar, perdagangan domestik, perdagangan antarabangsa, keselamatan makanan, industri teh pintar, pembinaan pelancongan budaya dan sebagainya.

Menurut anggaran daripada China Tea Marketing Association, jumlah pengeluaran teh China pada tahun 2021 akan mencecah kira-kira 3 hingga 3.2 juta tan, dengan nilai output mencecah 280 bilion yuan manakala jumlah jualan domestik dijangka mencecah 2.3 hingga 2.5 juta tan, dengan jumlah jualannya melebihi 300 bilion yuan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324632.html

Foto menunjukkan Tempat Pemandangan Indah Gunung Xianren di kampung Buyang, Daerah Autonomi Dong Sanjiang. (Oleh Gong Pukang)

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Publishing/Information Service