omniture

Modul Format Besar 210mm GCLSI Terima Pensijilan IEC daripada TÜV Rheinland

GCLSI
2021-11-08 18:38 122

SUZHOU, China, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCLSI" atau "Syarikat") (Shenzhen:002506), sebuah syarikat fotovolta (PV) yang terkemuka di China, mengumumkan bahawa modul monohabluran mono muka/dwimuka 210mm generasi baharunya (sel 60/66) melepasi ujian IEC modul fotovolta TÜV Rheinland dan telah diberikan pensijilan standard prestasi modul PV IEC 61215 dan standard keselamatan modul PV IEC 61730. Memandangkan pensijilan ini menawarkan asas yang kukuh untuk pembangunan global GCLSI, ia merupakan satu lagi pencapaian penting setelah selesai penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran besar-besaran modul siri 182 mm pada bulan Jun ini.

GCLSI in 2021 INTERSOLAR EUROPE
GCLSI in 2021 INTERSOLAR EUROPE

Sebagai perintis dalam industri tenaga boleh diperbaharui, GCLSI telah lama komited untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang berkualiti tertinggi di seluruh dunia dan semangatnya terhadap peningkatan yang berterusan menjadikan GCLSI sebagai salah satu peneraju dalam inovasi tenaga bersih. Dua pensijilan Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC) merupakan bukti kepakaran syarikat ini dalam membangunkan modul dan komponen PV dengan prestasi serta keandalan yang utama dalam industri selain pengiktirafan terhadap usahanya dalam menyertai barisan hadapan syarikat-syarikat global untuk memerangi perubahan iklim.

"Modul solar 210mm baharu kami telah disahkan untuk kualiti, keselamatan dan ketahanan tingginya melalui satu set ujian ketat bagi memastikan prestasinya dapat memenuhi standard antarabangsa yang tertinggi. Pengiktirafan daripada TÜV Rheinland, penyedia perkhidmatan teknikal antarabangsa yang terkemuka membuktikan kehebatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami yang mantap. Ia mengukuhkan reputasi kami serta memberi keyakinan kepada kami untuk mencipta produk inovatif yang memenuhi standard kualiti tertinggi di seluruh dunia dan memacu pembangunan sektor tenaga baharu ke hadapan," kata Shu Hua, Presiden GCLSI.

Disokong oleh sebilangan besar teknologi pembuatan yang canggih termasuk pempakejan berkepadatan tinggi pemotongan tak memusnah, portfolio produk terkini GCLSI dalam rangkaian modul monohabluran mono muka/dwimuka 210mm mempunyai kadar degradasi rendah, kecekapan tinggi dan keandalan luar biasa dengan output kuasa maksimum mencecah 670W, direka bentuk untuk mengurangkan kos setiap kWj dan menangani pelbagai cabaran yang melibatkan penjanaan kuasa solar.

GCLSI turut menerima pensijilan TÜV untuk tapak pengeluaran baharunya bagi modul PV di Hefei, China. Dengan jumlah pelaburan sebanyak RMB 18 bilion dan kapasiti pengeluaran yang dirancang sehingga 60GW setahun, kilang ini akan dibina dalam empat fasa dengan barisan pengeluaran Fasa 1 akan mula beroperasi tidak lama lagi. Setelah projek siap pada tahun 2023, GCLSI akan memiliki kapasiti pengeluaran modul solar yang terbesar di dunia.

Source: GCLSI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities