omniture

CGTN: Inisiatif Tindakan Global 2021 - Projek Bumi

CGTN
2021-11-08 23:39 146

("Inisiatif Tindakan Global 2021 – Projek Bumi" berlangsung mulai 2 hingga 6 November)

BEIJING, 8 November 2021 /PRNewswire/ -- Acara sepanjang minggu China Media Group "Inisiatif Tindakan Global 2021 – Projek Bumi" ("Global Action Initiative 2021 – Project Earth") telah mengetengahkan mengenai keseriusan krisis iklim, mendengar daripada pemimpin global, saintis, aktivis muda dan meneroka idea serta penyelesaian. 

"Inisiatif Tindakan Global 2021 – Projek Bumi" berlangsung mulai 2 hingga 6 November
"Inisiatif Tindakan Global 2021 – Projek Bumi" berlangsung mulai 2 hingga 6 November

Program Lima Hari kami memfokuskan kepada anak muda mengenai idea serta inovasi mereka. Pada penghujung acara ini, kami mengumumkan deklarasi kami – "Rangka Kerja Strategik Media Global terhadap Tindakan Iklim". Ia merayu tindakan segera untuk mencapai sasaran global bagi membendung emisi karbon. Deklarasi ini turut mencadangkan penubuhan Perikatan Media Global mengenai Iklim bagi membina rangka kerja untuk tindakan iklim yang akan melibatkan:

- Mengutamakan pelaporan berkaitan iklim bagi meningkatkan kesedaran awam.
- Berkongsi sumber mengenai laporan iklim untuk memenuhi dengan lebih baik peranan tanggungjawab sosial media.
- Menganjurkan acara media bersama untuk meningkatkan penglibatan orang ramai dan bagi menggalakkan pembinaan komuniti.
- Berkolaborasi untuk memperkasa suara anak muda bagi menarik minat belia sebagai bahagian yang penting dalam penyelesaian krisis iklim.
-  Mengukuhkan kerjasama dalam kesemua platform media untuk menjadi sumber yang disatukan bagi memberi maklumat yang boleh dipercayai.
- Berkongsi sumber media dengan komuniti akademik dan perniagaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa dan pertubuhan berasaskan keuntungan, bagi meningkatkan inisiatif isu iklim.
- Saling bekerjasama bagi memastikan ketulenan dalam kewartawanan bagi memerangi maklumat salah mengenai krisis iklim dan demagog.

Dalam ucapan dasar mereka sempena program Lima Hari ini, Penyelaras Residen PBB di China, Siddharth Chatterjee, berucap mengenai keperluan terhadap peralihan seismik dalam inovasi, pelaburan dan teknologi. Pemimpin Global Iklim dan Tenaga World Wildlife Fund, Manuel Pulgar-Vidal, yang juga merupakan bekas menteri alam sekitar Peru, memberi amaran bahawa kita berada dalam "dekad penentu" ketika dunia berusaha mencapai emisi sifar dan ekonomi bingkas.

Qin Gang, duta China ke A.S. menjawab soalan-soalan daripada pelajar dari China dan Amerika Syarikat mengenai perubahan iklim. Kami turut mendengar daripada pegawai kanan Bank Dunia, ahli ekonomi yang memenangi Hadiah Nobel dan profesor di Harvard University.

Acara kami selama empat hari pertama membawakan impak perubahan iklim ke atas persekitaran global, kepentingan biodiversiti, tanggungjawab media dan tindakan individu dalam kalangan penduduk global, bersama ketua negara dan kerajaan, pegawai kanan daripada PBB, IMF dan Bank Dunia selain pakar-pakar iklim berkongsi perspektif mereka.

Sebahagian besar daripada liputan kami melibatkan lima dokumentari "Zero Hour". Ia menyelidik kesan corak cuaca yang melampau dan bagaimana anak muda di seluruh dunia mencari cara yang kreatif demi meredakan krisis iklim ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai "Inisiatif Tindakan Global 2021 – Projek Bumi", sila ikuti https://america.cgtn.com/gai/gai.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Environmental Issues Trade show news