omniture

Penyertaan Konsisten Infinitus dalam ICMCM untuk Mempromosi "Rawatan Pencegahan Penyakit"

Infinitus
2013-08-23 17:12 107

HONG KONG, 23 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Dari 15 hingga 19 Ogos, Infinitus telah menyertai Persidangan & Pameran Antarabangsa Pemodenan Perubatan & Produk Kesihatan China Ke-12 (ICMCM), yang dianjurkan bersama oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong dan Persatuan Antarabangsa Perubatan China Moden (MCMIA), di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong.

Infinitus telah menyertai persidangan ICMCM secara aktif selama lima tahun berturut-turut sejak 2009 untuk mempromosikan falsafah kesihatan "Rawatan Pencegahan Penyakit", jenama Infinitus dan produk kesihatan herba Cina yang berkualiti tinggi.  Tahun lepas, ia juga menjadi tuan rumah bersama Forum Memelihara Kehidupan tentang "Rawatan Pencegahan Penyakit" dengan MCMIA dan menjemput beberapa pakar yang terkenal dari dalam dan luar negara untuk membentangkan kejayaan terkini dan mengendalikan perbincangan akademik yang mendalam.

Tahun ini, kaunter pameran Infinitus memaparkan pencapaiannya dalam polisakarida herba Cina dan produk China daripada empat kategori Infinitus (Hong Kong), termasuk makanan kesihatan Infinitus, produk penjagaan kulit Beautrio, produk penjagaan peribadi Phytocare dan produk penjagaan rumah Homemate. Ia juga memaparkan beberapa ceramah memelihara kehidupan oleh doktor perubatan China yang berinteraksi secara dekat dengan hadirin.

Infinitus yang diasaskan pada tahun 1992, telah dikhususkan untuk menyediakan produk kesihatan herba Cina, berkualiti tinggi dan mempromosikan falsafah kesihatan "Rawatan Pencegahan Penyakit" kepada orang awam. Berasal daripada karya agung purba China "Huangdi Neijing", falsafah sebegitu menggalakkan pencegahan penyakit sebelum anda jatuh sakit.

Infinitus juga memperhalusi falsafah kesihatan uniknya iaitu "Mengukuhkan Asas ke Arah Kehidupan yang lebih Sihat" yang menekankan "Kawal Atur Tiga Penjuru" dan "Kesederhanaan Empat Aspek".  "Kawal Atur Tiga Penjuru" merujuk kepada kawal atur tenaga Qi, Yin & Yang dan Zang-Fu, sementara "Kesederhanaan Empat Aspek" merupakan kesederhanaan Pemakanan, Gaya Hidup, Senaman dan Emosi.

Encik Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group dan jurucakap Infinitus, berkata, "Dengan ciri unik 'Rawatan Pencegahan Penyakit,' perubatan China telah memperolehi semakin banyak pengiktirafan antarabangsa dan kepopularan. Infinitus sentiasa menyokong regimen kesihatan China yang premium. Melalui ICMCM, kami memperkenalkan falsafah kesihatan dan produk kesihatan herba Cina berkualiti tinggi Infinitus dan membantu lebih ramai orang melaksanakan kehidupan sihat."

SUMBER  Infinitus

Source: Infinitus
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news