omniture

Seven Knights 2, Sekuel Yang Telah Lama Dinantikan Untuk RPG Mudah Alih Asal Netmarble Seven Knights, Dilancar Seluruh Dunia

Netmarble
2021-11-10 10:00 214

Kini Boleh Didapati dalam 12 Bahasa sebagai Permainan Main-Percuma di App Store, Google Play 

LOS ANGELES, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- Peminat-peminat permainan main peranan mudah alih asal dan berlangsung dalam tempoh yang lama Netmarble, Seven Knights kini dapat memulakan lembaran francais sinematik yang baharu, mendalam dan imersif apabila Seven Knights 2 membuat kemunculan sulungnya secara rasmi di serata dunia. Permainan ini kini boleh didapati sebagai permainan muat turun percuma di App Store dan Google Play. Pengguna boleh menonton video serba baharu untuk pelancaran ini di Saluran YouTube Seven Knights 2 Rasmi.

Seven Knights 2 Dilancarkan Secara Global dalam 12 Bahasa sebagai Permainan Main-Percuma di App Store, Google Play
Seven Knights 2 Dilancarkan Secara Global dalam 12 Bahasa sebagai Permainan Main-Percuma di App Store, Google Play

Seven Knights 2 muncul 20 tahun selepas permainan Seven Knights asal. Cerita baharu ini memberi tumpuan pada Daybreak Mercenaries yang diketuai oleh Lene, anak perempuan Eileene, yang merupakan ahli Seven Knights dalam permainan asal. Daybreak Mercenaries memulakan perjalanan untuk mencari Rudy, ahli terakhir dalam Seven Knights selepas beberapa peristiwa yang melibatkan seorang gadis misteri yang bernama Phiné. Peminat-peminat di seluruh dunia kini boleh mula mengumpul dan membangunkan wira berkarisma dan dalam masa yang sama terlibat dalam kisah sinematik yang mendalam dan imersif.

Bagi meraikan pelancaran permainan ini, Netmarble merancang acara "New Mercenary Commander Special Daily Login" bagi membolehkan pengguna meraih pelbagai ganjaran termasuk 'Saint of Light Karin' Legendary Grade selepas log-masuk harian ke-7 dalam permainan ini.

Ciri-ciri utama yang boleh dinantikan oleh pemain-pemain semasa pelancaran termasuk:

  • Wira Berkarisma Boleh Kumpul: Terdapat sejumlah 46 watak yang tersedia untuk dikumpul semasa pelancaran termasuk watak-watak biasa daripada Seven Knights asal yang disertai oleh watak-watak Seven Knights 2 yang baharu
  • Pergaduhan Ketua yang Mencabar:  
    • Pemain boleh menantikan peluang untuk menyusun strategi dengan dek yang berbeza menggunakan pelbagai komposisi, formasi dan haiwan peliharaan.
    • Di samping itu, pemain akan terlibat dalam pertempuran menggunakan kemahiran dengan visual hebat, sekali gus terlibat dalam pertempuran kumpulan waktu sebenar yang dapat mengawal sehingga empat wira secara serentak.
  • Cerita Sinematik yang Mendalam, Imersif: Seven Knights 2 membawakan kisah yang mendalam dan imersif dengan adegan potong (cutscene) sinematik yang berkualiti tinggi selama dua jam untuk dinikmati oleh pemain main-peranan

Seven Knights 2 merupakan RPG mudah alih sinematik yang membolehkan pemain mengumpul dan membangunkan wira berkarisma dalam semua bentuk dan saiz sekali gus terlibat dalam kisah sinematik yang mendalam dan imersif hasil daripada kawalan waktu sebenar dan kelengkapan pertarungan dalam-permainan dengan kombinasi statistik wiraan, formasi dan haiwan peliharaan. Dibintangi oleh pelbagai watak yang digambarkan dengan grafik berkualiti tinggi serta menakjubkan yang dikuasakan oleh Unreal Engine 4, Seven Knights 2 akan mengasyikkan pemain dalam sekuel sebenar yang menampilkan corak permainan Seven Knights yang menyeronokkan dan inovatif yang dinikmati oleh pemain-pemain di serata dunia.

Setakat ini, Seven Knights telah menyaksikan 60 juta muat turun di seluruh dunia. Seven Knights 2 turut melakar kejayaan di Korea, menduduki kedudukan #1 dalam App Store dan #2 di Google Play dari segi hasil yang diperoleh susulan pelancaran November 2020 olehnya. Berikutan pelancaran global ini, Seven Knights 2 akan dapat dimainkan dalam dua belas bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Cina Mudah, Bahasa Cina Tradisional, Bahasa Thai, Bahasa Portugis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Perancis, Bahasa Rusia dan Bahasa Indonesia.

Maklumat lanjut mengenai pelancaran Seven Knights 2 boleh ditemui di halaman Facebook rasmi, YouTube, Discord dan Forum Rasmi atau dengan melawati saluran YouTube Global Netmarble.

Latar Belakang Netmarble Corporation 

Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble Corporation ialah pembangun dan penerbit terkemuka yang menerobos sempadan pengalaman permainan mudah alih dengan permainan yang sangat inovatif termasuk MARVEL Future Revolution, Ni no Kuni: Cross Worlds, Lineage 2: Revolution, The Seven Deadly Sins: Grand Cross, Blade & Soul Revolution dan Marvel Future Fight. Sebagai syarikat induk Kabam dan pemegang saham utama Jam City dan HYBE (dahulunya Big Hit Entertainment), Netmarble berusaha untuk menghiburkan khalayak di seluruh dunia menerusi pelbagai permainan mudah alih berdasarkan kepada francais dan kolaborasi hebatnya dengan pemegang IP di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh ditemui di http://company.netmarble.com.

 

Source: Netmarble
Related Stocks:
Korea:251270
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services