omniture

Kajian Klinik Mayo yang Menggalakkan Menunjukkan Ginseng Wisconsin Membantu Mengurangkan Kepenatan dalam Pesakit Kanser

Ginseng Board of Wisconsin
2013-08-24 09:16 138

WAUSAU, Wisconsin, 24 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Jutaan pesakit kanser mendapati diri mereka sangat penat walaupun setelah membuat kerja ringan, dan lebih masa tidur nampaknya tidak membantu. Hari ini, mereka mendapat harapan daripada makanan tambahan yang ditunjukkan oleh penyelidik perubatan sebagai berkesan dalam meningkatkan tahap tenaga mereka: Ginseng Wisconsin.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130819/LA66004)

Dalam satu percubaan klinikal fasa III kolaboratif, penyelidik Kumpulan Rawatan Kanser North Central dan Klinik Mayo di Rochester, Minnesota, baru-baru ini menyiapkan satu kajian yang dijalankan selama lapan minggu bagi menilai impak Ginseng Wisconsin ke atas tahap kepenatan dalam pesakit kanser. Mereka membahagikan 364 pesakit ke dalam dua kumpulan; satu kumpulan menerima plasebo dan satu lagi menerima Ginseng Wisconsin sebanyak 2,000 miligram setiap hari selama dua bulan.

Pada permulaan kajian, kedua-dua kumpulan memperingkatkan tahap kepenatan mereka, secara puratanya, pada markah 40 daripada 100. Selepas lapan minggu, kumpulan yang mengambil Ginseng Wisconsin menunjukkan peningkatan dalam tahap tenaga keseluruhan, melaporkan tahap kecergasan yang lebih tinggi dan pengurangan gangguan aktiviti kerana kepenatan. Para peserta melaporkan peningkatan sebanyak 20 markah dalam tahap tenaga, dan ini signifikan daripada segi statistik.*

"Ginseng Wisconsin dikenali dalam perubatan tradisional Cina kerana ia membantu dengan pelbagai penyakit, termasuk kepenatan," kata Joe Heil, presiden Lembaga Ginseng Wisconsin. "Kami sangat gembira kerana perubatan Barat kini memberi perhatian kepada faedah kesihatan Ginseng Wisconsin."

Lembaga Ginseng Wisconsin mewakili pengeluar Ginseng Wisconsin sebagai peneraju seluruh dunia dalam industri ginseng Amerika. Ia komited untuk pengiklanan, promosi dan jualan Ginseng Wisconsin, ginseng paling tulen di dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Ginseng Wisconsin, lawati www.ginsengboard.com. Untuk keyakinan pembelian produk Ginseng Wisconsin asli, cari Meterai Ginseng Wisconsin.

 *Hasil pengambilan kapsul Ginseng Wisconsin mungkin berbeza-beza. Sila ambil perhatian bahawa penemuan ini dibuat daripada kajian terkawal. Produk makanan tambahan tidak dikawal atur dengan cara yang sama seperti ubat preskripsi. Ginseng yang boleh didapati di kedai mungkin berbeza daripada Ginseng yang digunakan dalam kajian ini. Sangat penting bagi orang ramai mempunyai maklumat apabila membeli produk di kaunter. Ada banyak sumber dalam talian bagi membantu orang ramai mendapat maklumat tentang makanan tambahan, salah satunya ialah laman web untuk Pusat Perubatan Pelengkap dan Alternatif Kebangsaan di Institut Kesihatan Kebangsaan.  

 

 

 

 

Source: Ginseng Board of Wisconsin
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Supplementary Medicine Clinical Trials/Medical Discoveries